Showing posts with label Gardening tips and Infos. Show all posts
Showing posts with label Gardening tips and Infos. Show all posts

Sunday, 6 October 2013

Tips Menanam Kacang Panjang Dalam Cuaca Kering

Pasaran kacang panjang kat sini dalam keadaan agak kritikal dengan cuaca keringnya hinggakan susah untuk mendapatkan kacang panjang dekat pasar..kalau ade pun satu atau dua gerai yang menjual dengan harga yang agak mahal..seikat/ secekak dah $3.50 (+/-RM5.00). Mahal tuh..untunglah siapa yang menanam sendiri dan menghasilkan buah.

Kami pun pernah beberapa kali mencuba menanam kacang panjang nie, namun tak bernasib baik kerana tanah terlalu kering, kadang merekah dek kerana cuaca panas dan kering..susah betul nak bercambah.

Entah camaner semasa mengalihkan anak2 kailan, teringat akan idea sungkupan tuk elak anak2 kailan tuh dari mati kekeringan dan kepanasan ..dan idea yang sama boleh dipraktikkan kepada kacang tanah..mungkin boleh membuahkan hasil..inshaallah.

 Benih kacang tanah diletakkan pada lubang diatas batas yang telah siap ..biasanya lebih dari satu untuk meningkatkan posibiliti cambahan (1 tak cambah, ade 2 lagi yang mungkin boleh)

 Benih ditutup nipis dengan tanah.

 Kemudian letakkan rumput kering diatasnya untuk mengekalkan kelembapan. Mesti disiram kurang2 2 kali sehari.

 Alhamdulillah dalam tempoh 3-4 hari mula bercambah.

Cambahan semakin besar, daun2 mula terbentuk.

Sungkupan dengan rumput2 kering pada tanaman mahupun benih yang disemai banyak membantu percambahan mahupun pertumbuhan. Yang pernah kami apply adalah pada ketumbar, kangkung serta kobis...memang banyak membantu dan berhasil alhamdulillah.

Sunday, 26 May 2013

Tips - Cara Nak Menguatkan Tanaman

Dikongsikan sedikit tips yang biasa kami untuk membantu menguatkan tanaman..terutamnya yang telah dialihkan dari bekas semaian.

Selepas 2 minggu dialihkan..anak sayuran biasanya dapat menyesuaian diri dengan persekitaran yang baru dan semakin membesar. Namun dalam pada itu kita perhatikan ade yang terkeluar akar, terbalik dan sebagainya...cara kena tolong sikit supaya mereka nie lebih kukuh kedudukannya..

Anak bunga kobis  yang berusia sebulan lebih pun masih belum tegap kedudukannya..silap2 haribulan batangnya boleh patah ditiup angain mahupun siraman air yang kuat.

Kautkan tanah yang disekitarnya menutupi bahagian batang.. dengan ini tanah dapat menyokong batang supaya lebih tegap...

Setelah diberikan sokongan..tanaman kelihatan lebih kuat...

Seelok-eloknya dibuat daripada usia tanaman 2 minggu lebih..dan berterusan sekiranya tanaman kelihatan tidak kuat dan tegap...inshaallah dengan cara ini tanaman menjadi lebih kuat dan cepat membesar...

Sunday, 12 May 2013

Tips Penjagaan Tanaman

Dikongsikan sedikit tips penjagaan tanaman yang biasa kami praktis  bagi rakan2 yang minat dengan aktiviti gardening. Penjagaan ini lebih kepada tanaman yang bermusim lebih sejuk seperti kobis, brokoli dan bunga kobis.


Stok baja tahi ayam. Memang bagus untuk tembesaran tanaman. Boleh didapati di nurseri2 mahupun pada pembekal ayam daging yang sudi menjual baja mereka kepada individu.


Bila baja tahi ayam tidak lagi 'panas' bolehlah diletakkan dekat dengan batang pokok/ tanaman..boleh cuba meletakkan berjauhan dahulu sebagai percubaan jika khuatir baja masih panas. Biasanya baja yang lama tersedia tidak sepanas yang baharu.


Bila memesin rumput plak jangan dibuang ataupun dibakar, simpan untuk digunakan sebagai sungkupan tanaman. Sungkupan elok untuk mencegah kekeringan, melambatkan penumbuhan rumput dan juga boleh menajdi organik.


Sungkupkan pada tanaman yang telah besar sedikit. Kami tidak sungkupkan pada tanaman kecil khuatir jika kelembapan rumput oleh menjejaskan anak2 tanaman yang masih kecil.


Pembajaan - Tomato biasanya memerlukan nutrien yang mencukupi untk menghasilkan buah2 yang segar dan bermutu. Biasa kami menggunakan baja NPK yang  berwarna hijau yang mana sesuai untuk tanaman yang mengeluarkan buah. Tabur pada pokok yang telah berusia lebih 3 minggu atau sebulan untuk lebih selamat..pokok2 yang masih kecil akan mati kekejutan jika diletakkan baja.  Taburkan berdekatan dengan batang yang berhampiran dengan akar..siram dengan air yang mencukupi untuk mencairkan baja.


Meletakkan kompos pada tanaman setelah kompos dikeluarkan dari lubang. Kompos yang bercampur tanah      dan berwarna hitam adalah sangat baik dan membantu menyuburkan tanaman. Letak direct pada tanaman, lindungi bahagian batang hampir keseluruhan namun jangan ditutupi bahagian berdaun.

> Happy weekend & Happy Gardening <

Sunday, 25 November 2012

Cara Mudah Membuat Baja Kompos/ Organik Dirumah

Idea berkebun dirumah adalah untuk mendapatkan sayur-sayuran segar yang tersedia  dan untuk mengelakkan membeli sayur-sayuran yang telah terdedah kepada penggunaan yang tidak terkawal racun perosak dan juga menjimatkan perbelanjaan dapur. Jika kita perlu membeli baja untuk kebun, ini akan menambah kos dan juga tidak membantu kesuburan tanah kerana kita akan berterusan menggunakan   baja untuk mendapatkan hasil yang baik. Oleh itu, adalah amalan yang baik untuk mengembalikan nutrien kepada tanah dengan cara   menambahkan bahan organik ke dalamnya.

Dalam entri ini, kami ingin berkongsi pengalaman kami membuat kompos organik sendiri di rumah.


Apakah kompos
Kompos adalah campuran reput bahan2 organik yang boleh dicampur dengan tanah untuk menjadikan tanah yang kaya dengan nutrien. Ia adalah selamat digunakan, tidak  memerlukan kos yang berkaitan dan bermanfaat  besar. Sayur-sayuran kita juga akan kelihatan sihat dan subur.

Bagaimana untuk membuat kompos
oursimplegarden Membuat Kompos Organik Sendiri anda di Rumah
Lubang Kompos sedia untuk diisi
Cari tempat yang jauh dari rumah sebaik-baiknya tempat di halaman belakang rumah untuk membuat lubang yang agak dalam sedikit, kira-kira 1 hingga 2 kaki dalam bergantung kepada anggaran bahan-bahan yang hendak diisi. Biasanya, kami membuat lubang segiempat 2 by 3 feet dan kira-kira 2 ft dalam.  Saiz ini agak munasabah kerana ia dapat mengisi kira-kira dalam tempoh 6 minggu dan sedia untuk digunakan dalam lebih kurang 6 minggu kemudiannya. Sekiranya kita mempunyai anak-anak kecil, adalah dinasihatkan untuk keselamatan, membuat halangan/ pagar di sekitar lubang kompos.  Sewaktu  mengisi lubang, pastikan untuk membalik-balikkan bahan2 reput sekali-sekala untuk menjadikan proses pereputan lebih cepat. Setelah lubang penuh tutup dengan lapisan nipis tanah dan tinggalkan ia untuk beberapa ketika. Kita boleh menggali dan membalik-balikkan bahan2 reput itu dalam pada itu. Lubang serupa dengannya yang baru digali, dan mula mengisi sebelum mengosongkan lubang yang telah ada.

Apa yang perlu dimasukkan ke dalam lubang kompos
oursimplegarden Membuat Kompos Organik Sendiri anda di Rumah
lubang kompos yang terisi

Apa sahaja yang boleh reput.Terdapat banyak kupasan sayur-sayuran dan sisa-sisa yang datang dari dapur yang boleh kita gunakan dengan selamatnya dikebun. Kami sentiasa menyediakan bekas plastik didapur untuk mengisi  sisa buangan dapur, kemudiannya mengosongkannya kedalam lubang. Kami juga mengisi lubang dengan daun-daun kering dan rumput selepas membersihkan laman. Malah sejak bertahun-tahun selepas melihat manfaat menggunakan kompos di laman sendiri, kami cuba untuk mengisi lubang dengan cepat.
Selain itu Kita juga boleh meletakkan ranting-ranting pokok yang lembut didalam lubang selepas pemangkasan pokok tetapi pastikan dipotong menjadi kepingan kecil sebolae mungkin kerana jika besar ia akan mengambil masa yang lebih lama untuk reput. Jika lubang terlalu kering siramkan sedikit air kedalamnya sekali-sekala. Ini akan mempercepatkan proses  pereputan.

Bagaimana untuk menggunakan kompos

oursimplegarden Membuat Kompos Organik Sendiri anda di Rumah
Kompos sedia untuk digunakan
Apabila bahan-bahan telah betul-betul reput dan membentuk baja yang kaya dengan nutrien, ia digali keluar dan dicampurkan dengan tanah untuk menyediakan batas yang baru. Biasanya kompos akan mengandungi banyak serangga-serangga kecil, maka tidak digalakkan untuk meletakkan ia secara langsung dalam kebun yang sedia ada atau pada tumbuhan pada hari yang sama. Kita boleh menghamparkan baja kompos digali pada tempat lain dan  menggunakannya untuk kebun yang sedia ada kemudiannya. 


oursimplegarden Membuat Kompos Organik Sendiri anda di Rumah

Mengekalkan kompos di rumah adalah satu tabiat yang baik dan perlu dipupuk didalam ahli keluarga. Malah, sentiasa memberi penekanan kepada penggunaan semula, dan kitar semula.






(artikel asal ditulis oleh Abuaidan dalam bahasa Inggeris 'Making your Own Organic Compost at Home', ditulis kembali dalam bahasa melayu agar dapat dijadikan panduan kelak kepada sesiapa yang memerlukan)

Friday, 21 September 2012

Ulam-Ulaman Diperantauan

Assalamualaikum,

Hidup diperantauan tetapi selera-tetap selera Melayu. Apatah kalau asalnya dari Pantai Timur yang cukup sebati dengan ulam-ulaman, budu dan sambal belacan.  Salah satu sebab berkebun atau  bertanam sendiri adalah untuk merasa ulam-ulaman yang segar dari kebun yang boleh dipetik bila-bila masa jika teringin. 

Buat masa sekarang, sayur-sayuran inilah yang ada dikebun untuk menjadi ulam-ulaman,

Timun batang - bagaikan ulam pelengkap yang dalam kebanyakkan masakan 
mahupun nasi atau mee.

Terung - enak jika direbus atau dimakan mentah dan dicicah bersama sambal belacan atau budu

Petola - rebus dibuat ulam bersama budu yang diletakkan limau nipis dan cili padi

Kacang Panjang - rebus atau ulam mentah 

  Kobis bulat - ulam mentah dicicah budu

Selain itu sayuran lain yang boleh dibuat ulaman juga adalah seperti pucuk ubi kayu, kacang bendi, jantung pisang - semuanya direbus dan dibuat ulam. Antara ulaman yang biasa dimakan ditanahair yang menjadi kegemaran adalah ulam raja dan kacang botor. Ulam raja mungkin tak dapat merasalah, manakala kacang botor, alhamdulillah dari benih kiriman kakak dalam Ramadhan yang lepas kini semakin membesar,

Harapannya dapatlah merasa kacang botor buat ulam dengan budu. Kecur liur rasanya bila membayangkan...

Wednesday, 19 September 2012

Semaian September, Tuaian?

Beberapa tanaman yang telah disemai pada bulan September (daripada awal bulan hingga setakat ini).

Jenis semaian - tempoh kematangan - jangkaan masa menuai hasil 

                                            Ketumbar - Sebulan - penghujung October?

Sawi -  sebulan hingga sebulan setengah - pertengahan October?

 Timun batang (variety 'Supermarket') -sebulan setengah - November?

 Kacang panjang - dua bulan- awal bulan November?

 Jagung Manis - tiga bulan - penghujung December? 

Tomato (variety 'Roma) - tiga bulan - dipenghujung December?

Cili Merah Besar -tiga bulan - penghujung December?

Jangakaan dibuat berdasarkan pengalaman yang lepas namun faktor cuaca dan variety tanaman juga memainkan peranan.  Tidak mengambik kira kematian atau kemusnahan pokok dalam tempoh mencapai kematangan. Masa yang tepat tidaklah dapat dipastikan lagi sehinggalah saatnya tiba. Cuma sebagai catatan agar mendapat sedikit gambaran dan perancangan penanaman secara berterusan, inshaallah. Agar bekalan dari 'kitchen garden' juga tidak terputus.

Tuesday, 18 September 2012

5 Tips for Great Flower Pictures

Don't you think that we, the gardening bloggers should be able to take better, more beautiful and stunning photos as compare to cooking bloggers? Look at those cooking blogs - Tiffin Biru, Salam Dua Benua,Jintan Manis, Mamafami dan lain2 lagi blog masakan yang terkenal.di Malaysia.how nice their food photos, jealous kan..I believe most of them have DSLR (and good setting too) kalau takpun close to it..but definitely  bukan calang2 digital camera or henpon camera.

.....so keep dreaming about CANON POWERSHOT G12 

Lately I like to read and do some research on garden photography, to gain more knowledge and improve my photos inshaallah.  Camera juga kena improve tapi belum dapat improve lagi..sabar dulu..heheh.

Ok some tips on how to improve our Flower Pictures :-
(the easiest way to understand for non photographers like us -after so much googling around)

Tip 1: Lighting for Flower Pictures
Perfect flower photo (with DLSR)
It can be tempting to wait for the brightest midday sun to take your flower pictures. That's actually one of the worst times because the powerful sunlight will wash out your image, and can create harsh shadows. Instead, take flower pictures when it's overcast, or in the morning, afternoon or evening when the sun isn't as bright and overpowering. This will result in more saturated colors in the blooms of the flowers.
Tip 2: Level with the Flowers
To get unique and beautiful flower pictures, move around. Don't just stand and shoot it. Try getting on the same level with it, standing above it, or even shooting underneath it. Play with distances of how close or far away you are.
Tip 3: Focus on the Flowers
With normal digital camera
Be sure you have a focal point, whether it is a cluster of brightly colored flowers or simply one blossom. Follow the photography rule of thirds, and avoid placing your subject in the middle of the frame. Also be sure you pay close attention to everything in your frame. Watch in particular for distractions or unattractive items or lines in the foreground and background. If you encounter that, try moving into another position to shoot.
Tip 4: Keep it Steady
A potentially stunning flower picture can be ruined by something as simple as human nature: the shaky hand. Even if you think your hand is steady, you might be surprised that it does move. Try using a tripod (you can even get a mini tripod if you don't want to lug around a large one.
Tip 5: Add Some Spice to Your Flowers
Don't just shoot the flower, but also look for unique ways to capture the flower or flowers. You can try framing the flower with something natural in the environment, such as dangling vines. You can also look for insects on flowers to make for an interesting flower picture.

Yang PATUT ADA Dihalaman Belakang

Assalamualaikum,
Pada entri yang lepas kita dah bincangkan yang mesti ada dihalaman belakang, kali ini kita lihat yang patut ada pula. Maksudnya yang kita bukan guna hari-hari dalam masakan dan kalau hendak beli daripada kedai juga tidaklah mahal. Juga boleh disimpan untuk tempoh seminggu dalam peti sejuk sebelum menjadi rosak.

Pokok Kari 
Kalau pokok pandan menjadi penghias laman atau identiti yang berkait rapat denga orang melayu, maka pokok kari pula yang berkait rapat dengan kaum india. Percaya atau tidak, orang india yang 'pure' akan meletakkan daun dari dalam setiap masakan mereka atau 'curry' (mereka panggil)  sebelum menumis bawang dan sebagainya. Daun kari untuk memberikan rasa dan bau, juga baik untuk kesihatan. Pun begitu, sperti disini daun kari tidak dijual dipasar kerana setiap rumah pasti akan menanamnya. Rasanya bagi orang melayu pokok kari macam optional samada nak tanam atau tidak sebab kegunaan tidak sebegitu kerap. Menanam pokok kari lebih senang menggunakan anak pokok. Biasanya anak pokok terhasil daripada buah2 kecil yang akan menjadi benih kemudiannya. Senang hidup terutamanya pada kawasan rumah yang agak teduh sedikit dan tidak mendapat cahaya matahari direct. 

Pokok Serai
Yang bagusnya tentang serai, ianya digunakan dalam masakan yang istimewa seperti satay, kuah kacang, masakan goreng berempah, percik nasi kerabu dan sebagainya. Mungkin serai tidak digunakan hari2 dalam masakan, namun jika ada ruang dan harga serai agak mahal eloklah juga ditanam, kerana jika ada keperluan, sudah tersedia, tidak perlu mencari dikedai. Tanaman yang mudah tumbuh menggunakan batang pokok berakar yang telah dikerat daun-daunnya. Tidak memerlukan penjagaan rapi, cukuplah disiram pada awalnya, namun setelah pokok besar ia boleh hidup sendiri. Sekali sekali dibuang daun2 yang telah kering dan mati agar pokok lebih sihat. Selepas 6 bulan barulah boleh menuai hasil kerana lebih banyak pokok yang akan terhasil dalam tempoh itu.

Lengkuas
Masakan Kelantan rasanya paling banyak menggunakan lengkuas daripada menyinggang ikan, kari lengkuas kunyit, merebus ikan dan bermacam lagi. Setengah orang membuat tomyam homemade dari lengkuas. Pokok lengkuas mudah hidup, daripada lengkuas yang dibeli dari pasar pun boleh ditanam. Juga mudah berkembang tetapi agak mengambil ruang jika tidak diambil isinya dan dicantas batang-batang. Pokok lengkuas berciri seperti pokok2 hutan, tanpa penjagaan pun akan tetap hidup berkembang sendiri. Jika tidak kerap menggunakan lengkuas, rasanya tidak perlulah ditanam dihalaman kerana jika ruang sempit boleh jadi semak kemudiannya.

Limau (Limau nipis, limau kasturi, limau purut)
Limau terdapat pelbagai jenisnya seperti limau nipis, limau kasturi, limau purut dan sebagaimanya. Banyak kegunaannya  keluarga limau ini, boleh dibuat jus limau, perahan dalam budu dan lain2 masakan, berkesan untuk menghilangkan bau hanyir ikan yang melekat pada tangan, juga untuk membersihkan kulit kepala, menghilangkan gatal dan sakit kepala. Saiz pokok bergantung kepada jenis baka, ada yang besar dan ada yang kecil pokoknya. Pokok bersaiz kecil elok ditanam dihalaman kerana kurang mengambil ruang, jika pokok rendah senang untuk memetik buah dan juga tidak menjadi menghadang cahaya untuk tanaman lain. Biasanya ditanam melalui anak pokok kerana mudah tumbuh. Pokok yang telah matang dan berbuah tidak memerlukan banyak penjagaan, cukuplah memangkas dahan atau ranting yang berlebihan ataupun kering pada pokok.

Terung
Biasanya dimasak mengikut kesukaan samada sebagai kari, sayur putih, ulam mentah atau rebus, dibuat dalca atau goreng. Percaya atau tidak kaum india menggunakan terung untuk menjadikan kuah yang pekat kepada masakan lain seperti kekacang atau kentang, biasanya terung dipotong kecil dan dimasak sehingga lembik dan menjadi sebahagian dari kuah (sehingga rupa terung tidak dapat dikenalpasti lagi). Sepohon terung cukup untuk kegunaan seiisi rumah kerana terung yang subur boleh menghasilkan banyak buah pada waktu yang sama. Juga ditanam menggunakan anak pokok, tidak memerlukan banyak penjagaan malah tanpa baja juga mampu menghasilkan buah. Pokok terung yang baik mampu hidup dan berbuah sehingga bertahun-tahun sekiranya tidak mendapat serangan penyakit seperti penyakit akar.

Tanaman-tanaman yang disenaraikan diatas adalah berdasarkan kepada pemerhatian dan pengalaman sendiri. Setiap kita mempunyai pilihan pokok-pokok kegemaran masing-masing, pokok-pokok yang dibincangkan diatas adalah diantara yang senang hidup, tahan lama dan tidak memerlukan maintenance yang banyak atau dalam erti kata lain tidak menyusahkan kita malah berjasa pula.

Antara pokok-pokok tanaman lain yang menjadi pilihan juga adalah seperti cili besar pokok limau purut, limau kasturi, kunyit, ketumbar dan sebagainya. Yang penting adalah praktikal - menanam sesuatu yang kita sukai, sesuai dengan saiz halaman, selalu gunakan, tiada perlu banyak penjagaan, boleh hidup sendiri dan tempoh hidup lama.

Selamat bertanam dan memenuhi kebun untuk kawan-kawan semua.

Monday, 17 September 2012

Yang Mesti Ada Dihalaman Belakang

Sebenarnya list yang mesti ada ini adalah yang paling basic dimana perlu ada dihalaman kita walaupun ruang tanah itu sikit sahaja. Dalam erti kata lain, lebih praktikal untuk menanam daripada membeli dikedai.


Pokok Pandan

Pandan menjadi seperti identiti orang melayu dan juga indonesia dimana dikebanyakkan halaman rumah mereka mesti ada tanam pokok pandan. Sekiranya kita berada ditempat asing dan terjumpa dengan pokok pandan dikawasan rumah seseorang, berita baik- kerana ada jejak orang berketurunan seperti kita disitu. Banyak digunakan didalam masakan,kuih muih, pengat, pewarna dan juga sebagai bunga rampai majlis kahwin. Bayangkan jika bangun pagi teringin nak masak nasi lemak, jika ada pokok pandan dihalaman senang kan tak payah tunggu mencari2 dikedai.  Pandan biasanya ditanam menggunakan anak pokok yang kecil yang diambil dari induk. Boleh membesar dan berkembang membiakkan banyak anak2 lagi pada pokok induk. Penjagaan pada awalnya semasa kecil memerlukan siraman air setiap hari. Selepas pokok berkembang besar, siraman air 3 hari sekali atau seminggu sekali memadai sekiranya pokok subur dan tidak kekeringan. Pokok pandan boleh tahan bertahun2, sekali sekala maintenance seperti membuang rumput rumpai dan letakkan rumput kering dipangkalnya boleh menggalakkan kesuburan pokok. 
Cili

Kebanyakkan kita penggemar cili, bila makan nasi, mee atau sup tidak lengkap tanpa cili - macam sesuatu kekurangan. Sepokok atau dua cili dihalaman adalah cukup untuk keperluan dapur. Berbanding dengan jika dibeli dipasar, ditanam sendiri lebih segar, senang dipetik bila2 masa sahaja yang diperlukan. 

Cara menanam pun tidaklah susah, dengan biji cili yang telah masak dipokok pun boleh ditanam (daripada pengalaman). Samada ditanam dalam pasu atau direct diatas tanah. Gali lubang, gemburkan tanah kemudian taburkan beberapa biji cili yang telah dikeringkan ditengah panas, kemudian ditutup dengan secara nipis dengan deburan tanah. Siramkan air 2 kali sehari, inshaallah tumbuhlan ia. Cili juga sekali ditanam, boleh tahan bertahun-tahun jika tidak diserang penyakit dan berbuahnya juga berterusan sepanjang tahun.

Hanya 2 jenis tanaman ini dahulu sebagai pilihan yang mesti ada, jika rasakan ada yang lain yang lebih utama kawan2 boleh berikan pendapat pada ruangan komen inshaallah.
Inshaallah lain entry kita akan berbincang tentang yang patut ada dihalaman kita.

Wednesday, 5 September 2012

Bila Hari Mendung..

Assalamualikum,

Macam menjadi kebiasaan setiap awal bulan akan terjadi tekanan udara yang dipanggil 'low pressure' yang menyebabkan perubahan sejuk panas. Sehari terlalu panas rasanya, kemudian hari berikutnya hujan dan terasa udara lebih sejuk sedikit. Dari semalam hari mendung, hujan renyai2 tetapi cukup membasahkan bumi dan melembapkan tanah. Kali ini, alhamdulillah hujan yang tidak membimbangkan.

Abu Aidan cakap semalam, "now it is a good time for you to do planting, so plant whatever you want before it become hot again".

Dengan tanah berselut dan halaman yang lembap, secara automatiknya the small gardener kena tinggal dalam rumah, not a good time to play outside. 
Hujan renyai2, cuaca mendung dan tak nampak matahari keluar adalah peluang yang terbaik untuk menanam atau mengalihkan anak2 semaian. Ini kerana tanah telah pun basah dan lembap, tak payah siram air banyak2, tiada cahaya matahari yang panas - anak2 yang ditanam tidak akan layu kepanasan.  Kurang2 sehari dua cuaca macam ini, setidak-tidaknya dapat membantu anak pokok menyesuaikan diri dengan tempat baru dan menjadi semakin kuat, inshaallah.

Semalam telah selamat mengalihkan anak kobis bulat daripada variety KK Cross (bolehlah tahan hot tropics sikit2) untuk hidup dimusim panas ini. Bukan apa, untuk meneruskan stok kitchen garden dan yang pastinya selepas musim, harga kobis akan menjadi lebih berganda mahal (kerana import).

Benih radish pun dah disemai dalam batas baru yang sediakan cuti sekolah baru2 ini, Selain itu benih carrot dan benih bawang merah besar juga ditabur sebagai percubaan, 

 Benih radish - semalam semai hari ini dah bercambah, alhamdulillah cepat..

Pagi ini pulak dengan cuaca masih mendung mengambil kesempatan untuk mengalihkan anak2 tomato yang telah berusia 3 minggu,

 10 anak tomato telah selamat dialihkan

Juga anak sawi benih daripada malaysia yang sampai masa bulan puasa tu (ingatkan tak idup, alhamdulillah idup), 


Selain itu juga, digunakan kesempatan hari2 hujan begini untuk meletakkan baja NPK pada pokok2 tanaman yang berbuah seperi Capsicum, Tomato dan Tembikai,

 Baja diletakkan berhampiran dengan pokok

Ingatkan nak terus bertanam lagi dengan cuaca macam ini, tetapi nampaknya tak dapat kerana tak adalah pulak yang anak2 tanaman yang sedia untuk ditanam, hehe.

Nuffnang Ads