Semalam kan dapat buku2 resepi..salah sat daripadanya yang menarik hati adalah Nestle Holiday Recipes..bila belek2 beberapa halaman ternampak gambar Chocolate Chip Cookie Brittle. Sangat mengancam tengok cookie brittle tuh, belek2 resepi lain asyik teringat yang tuh jer. Tengok2 resepi simple jer bahan2nyer, senang pulak cara membuatnyer. Cma takder Nestle Toll House Semi Sweet Chocolate Morsels...
Hari ini berkira-kira lagi, nak buat ker tak? Nestle Morsels tuh takder... tapi selalunya boleh guna bahan yang lain tak semestinya guna nestle sahaja kan. Google2 dengan internet separuh nyawa ikan tadi, terjumpalah resepi yang lebih kurang cuma diorang guna coklat chips..sama jer...apa lagi tengok review mrk tentang cookie brittle nih pun sedap jer baik buat cepat2 untuk minum petang.
Penyediaan bahan tak samapai 10 min, bakar dalam 30min..siaplah Chocolate Chip Cookie Brittle yang memang lebih sedap dari cookies.
Rasa yang rangup, manis coklat serta sedikit masin memang menjadikan kita ketagih..makan sikit2 tapi nak lagi. Jika dtambah nuts memang lagi ngam.
Resepi yang mudah :
Bahan2
- 3/4 cawan butter
- 1 cup sugar (boleh kurangkan ikut taste)
- 1/2 tsp garam
- 1/2 tsp vanilla
- 2 cawan tepung gandum
- 1 cawan chocolate chip
Kaedah :
- pukul butter dan gula sehingga lembut dan kembang, tambahkan garam serta vanila, pukul rata
- masukkan gandum sedikit demi sedkit gaulkan rata.
- akhir sekali masukkan chocolate chips, gaul rata
- masukkan dan tekan rata didalam tin pembakar roti yang dah digriskan.
- panaskan oven, masak selama 20-25 min atau sehingga keperangan dan masak
- keluarkan dari oven, sejukkan lebih kurang 10 min sebelum dipotong.
- boleh disimpan dalam bekas kedap udara.
Seronok pula makan cookie brittle nie, aidan habis beberapa keping walaupun makan cicah ngan air teh..hehehe...rasa lepas kejap kejap nak makan lagi....ketagih...