Selamat menyambut Hari Kemerdekaan untuk semua rakyat Malaysia..bertuahlah kita kerana seorang yang merdeka..kalaulah kita hamba abdi atau tawanan tentunya tak dapat mengecapi nikmat hidup seperti yang kita kecapi kini..Alhamdulillah syukur padaNya.
Salah satu lagi dari nikmatNya yang menciptakan buah kelapa yang mempunyai pelbagai kegunaan darilah air, isi, kulit, tempurung, santan dan sebagainya..semuanya bermanfaat.
Dari kelapa muda juga mebolehkan kita membuat pelbagai makanan yang membangkitkan selera..tua mahupun muda, kecik mahupun besar..dok ditanahair mahupun oversea...
Dan dari isi kelapa muda yang tak habes makan hari tu, seperti yang dicadangkan oleh rakan2 blogger melalui komen2 mereka..buatlah lempeng kelapa
Senang jer nak masaknya. Anggarkan sahaja secawan gandum, 1/3 cawan kelapa muda yang diparut. Letak sikit garam, air ..adunan cam lempeng biasa jer kecairannya. Masak jerlah cam lempeng biasa. Senang dimakan cicah sambal sardin ker,sambal ikan bilisker...kalau makan kosong jer camtuh boleh tapi tak lajulah sikit nakmenghabiskannya.
Ade jugak yang mencadangkan buat jelly kelapa,
Terima kasih kepada Norma NML yang sudi memberikan resepi melalui komen..mintak izin kongsikan disini yer Norma..
Resepi jelly kelapa
Bhn2
3 biji kelapa muda
10gms serbuk jeli jenama Swallow
1 cwn gula - kalau nak kurang manis boleh kurangkan gula
9 wcn air
Bekas kecil
Daun pandan
Cara2nya
Sukat air kelapa. Nisbah air kelapa dan air ialah 7:2. Tapi kalau nak semua air kelapa muda pun boleh. Masak air tersebut bersama daun pandan . Apabila air agak2 mendidih, masukkan campuran gula dan serbuk jeli. Kacau sehingga sebati dan perlahankan api.
Sementara itu, hiris isi kelapa dan masukkan dalam apa jua bekas yang disediakan.
Kemudian tuangkan campuran jeli itu ke dalam bekas. Biarkan sejuk baru simpan dalam peti ais.
p/s - BW mungkin tergendala buat sementara waktu, harap maaf yer kawan2.