Salah satu sayuran yang menjadi kemestian untuk ditanam dimusim yang lebih sejuk adalah kacang buncis. Namun kali nie tak tanam banyak kerana agak kelewatan.
Yang sedang berbuah kini ditanam dalam 2 minggu sebelum bersalinkan Arissa...alhamdulillah setelah hampir 2 bulan mula berhasil..
Kacang yang agak panjang.
Dek kerana kesibukan dengan baby kecik..kelewatan menuai..banyak jugak yang menjadi matang sebelum dituai...
Sebanyak ini sahajalah kacang buncis yang ditanam..
Yang pertama kali dituai..masak dengan sayuran lain ala sayur campur..
Kalau diikutkan cuaca kat Fiji kacang buncis tak berbunga bila cuaca panas..memerlukan suhuh dibawah 24 degree untuk berbunga dan berbuah..kalau kat M'sia rasanya ade jugak rakan2 yang menanam walaupun cuaca agak panas dan ade yang berhasil alhamdulillah..