Showing posts with label Kangkung. Show all posts
Showing posts with label Kangkung. Show all posts

Tuesday, 8 April 2014

Dimana Bibitnya..

Terima kasih korang semua tuk well wishes for Acicha..masih lagi demam dengan malam tadi pun tak lena tidur still dan sampai hari nie asyik tepis makanan jer tak mau tengok maupun makan..tapi yang amazingnya aku tengok, bila balik jer siabang from school terus jer dia macam sehat & bermain ngan hepinya..heheh

Pagi nie bila first round dia tidur terus aku amek kesempatan keladang kejap tengok apa yang patut...dan aku terperasan yang pokok kangkung En.AAA tanam dari tahun lepas nie sudah berbunga dengan banyaknya...

Kangkung nie bukan setakat murah malah free lagi..heheh ..cuma kurang subur kerana cuaca tak menentu..

Aku sentiasa wonder dan blur bila tengok kangkung nie..bukan apa bunga aku biasa lihat tapi benihnya tak pernah pulak aku terserempak..

Tuk memuaskan keinginan tuk tahu aku spent sket masa belek pokok kangkung tuh..sib baik takder pacat or lintah weeii kat sini..kalo dok tamo aku dok situ. Selain bunga yang aku nampak ngan mata kasar..akhirnya aku terjumpa yang mcm dalam gambar nie..pods yer? ..picit2, kopek tengok nampak cam ade isi kat dalam..tapi tak sure..

 Akhirnya dalam belek2 lagi kangkung2 tuh..jumpalah yang dah kering camnie...macam promising lead kan..:)

Bila aku kopek buka..memang sah macam biji didalamnya..cuma kelihatan seperti bukan benih yang elok.mungkin kering sebelum matang kot...Oh barulah aku tahu dimana tersimpan bibitnya yang aku dok wonder selama bertanam nie..

Bila aku siasat lagi lanjut..akhirnya aku jumpa banyak yang seperti pods nie..cuma aku jer yang tak terperasan sebelum nie atau ingatkan sebahagian dari pembentukan bunga..At least dapat ilmu baru dan dapatlah jugak aku preserve tuk buat benih sendiri...inshaallah..

Friday, 22 February 2013

Perosak Kecil, Efek Besar

Ini adalah hasil dari kerja2 perosak mahir ..daun kangkung yang bercorak2..

Cantik jer kan..

Hampir tiada yang tertinggal dari menjadi santapannnya..

Tidak mungkin angkara dia nie...

Pak spidermen makan daun ker?

Akhirnya dapat juga mengenalpasti angkara siapa, inilah..kecik2 yang berbisa..

Yang berwarna coklat kehitaman

Coklat muda

Berpasangan

Anak2 kangkung yang baru ditanam juga tidak terkecuali..

Nampaknya time for kangkung is over now. Sememangnya bila out of season, adalah tanda2 seperti serangan makhluk perosak diatas. Kalau sebelum ini sehat walafiat sahaja komuniti kangkung nie..cuma sejak kebelakangan nie kelihatan semakin banyak yg rosak dak tidak begitu subur walaupun musim hujan lately...mungkin sekarang adalah time for sawi dan familnya pula...we'll see..

p/s: ade sesiapa tahu nama makhluk Allah nie...?

Thursday, 10 January 2013

Fresh Kangkung - Tiada Di Market, Ada Dikebun Sahaja

Kangkung2  yang ada dikebun adalah ditanam dari benih pemberian leng lui Olive. Sebelum ini ade jgk tanam namun daripada batang (kangkung yang diberi dari pasar). Namun ade perbezaan yang nyata diantara kangkung ditanam dari batang dan benih. 

Kangkung yang ditanam dari batang tidak lama kesuburannya, selepas tiga kali potong tuai..batang dan daun menjadi kecil dan lebih kepada menjalar. Tak lama lepas tu kena cabut dan tanam balik yang baru.

Kangkung yang ditanam dari benih pula saya dapati mudah hidup, tahan lama serta dapat bertahan didalam cuaca yang panas jauh lebih baik dari kangkung yang ditanam dengan batang.

 Daun2 yang lebar serta kurang serangan che ulat..

 Sebanyak ini ditanam dituai berkali2 dalam masa 2 bulan lebih daun dan batangnya masih subur dan besar. Selepas 3 atau 4 hari dituai, yang baru pula ready untuk dituai lagi. 

Tuaian pagi ini sudah cukup untuk dibuat sayur for the day...

Yang bestnya dengan cuaca panas yang suhu dalam 37 degree nie...kangkung tidak terdapat dipasar! Namun hanya dikebun kami sahaja kangkung hidup dengan suburnya. Mungkin kangkung ini dari jenis yang mudah hidup dan tahan panas... dan juga kerana ditanam dari benih menjadi pokok induk yang lebih tahan lama.

Kalaulah rajin bertani dan menjual agaknya boleh buat duit dengan sayur nie kan...namun mentality pula tidak sampai kesitu..cukuplah untuk keperluan family..

Friday, 23 November 2012

Menikmati Hasil Dari Batas Olive

Hari ini bila saya check balik entry lama, nak tengok tarikh kiriman benih dari rakan online saya Olive, macam tak percaya pula 19/10/12 saya terima benih, dan 22/10/12 iaitu 3 hari kemudian saya menyemai benih2 yang dikirim iaitu benih kailan, kangkung dan bayam. Dan hari ini 23/11/10, rupanya baru sebulan masanya dari tarikh semaian, namun saya dah mengutip hasilnya..? macam tak percaya tapi alhamdulillah, memang benar... inilah batas khas untuk benih2 Olive...

 Satu batas panjang ditanam serentak Kailan, Bayam dan Kangkung

Bayam yang dulunya dirasakan terlalu rapat & padat, namum Alhamdulillah setelah dituai sedikit demi sedikit akhirnya semua berpeluang untuk bernafas dan membesar.

 Bayam yang dituai, dinikmati untuk kali pertama, alhamdulillah sedap sangat.

Kangkung. Dulunya masa pokok2 masih kecil dirasakan tidak cukup benih yang ditabur, namun bila telah membesar dan bercabang banyak, penuh pula ruang ini.

 Kangkung yang pertama kali dituai. Sihat dan gemuk

Kailan yang masih lagi dalam proses pembesaran, inshaallah akan dapat dinikmati hasilnya tak lama lagi.

Terus terung cakap, saya tak larat nak menjaga kebun buat masa nie kerana 'badan dah jadi lebih dari satu nie..', namun bila ingatkan akan keikhlasan dan susah payah Olive menghantar benih ini, saya gagahkan juga untuk melihatnya berhasil. Cuaca sangatlah panas sekarang nie, kalau tak siram alamat kekeringanlah mereka2 ini, namun saya usahakan dengan meletakkan rumput2 kering sebagai sungkupan untuk mengekalkan kelembapan. Pagi memang tak dapat turun kekebun, namun sebelah petang saya tetap usahakan juga walaupun letih dan sakitnya pinggang demi memberi setitik dua air untuk tanaman ini. Alhamdulillah, berbaloi....thank you so much leng loi Olive kerana menjadikan dream came true  untuk menanam dan merasa tanaman2 ini dibumi pasifik ini.

Thursday, 25 October 2012

Cambahan Baru dan Angan2 Tentangnya

Di musim panas ini nampaknya kekurangan sayuran hijau untuk dijadikan sayur. Sawi mahupun pakchoy nampaknya tidak begitu subur diwaktu ini, banyak sangat serangaan bugs. Bila terasa hendak memakan sayur hijau susah pulak nak dapat, walaupun sedikit untuk diletakkan dalam maggie. 

Nasib baiklah ada benih sayuran hijau tropika yang dihantar oleh Olive baru-baru ini. Benih yang ditabur pada sabtu lepas telah pun bercambah, alhamdulillah. Sedang menunggu sayur-sayuran ini membesar. Sejak tinggal disini hampir 4 tahun, sejak itulah tidak merasa sayuran2 ini. Namun kesedapannya tidak pernah dilupakan. Malah sedang berangan-angan apa yang nak dibuat dengan sayur-sayur ini nanti.

Kailan - Kailan ikan masin atau nasi  goreng kailan pun sedap jugak

 Bayam -benih yang ditabur begitu rapat nampaknya, mungkin kena jarangkan lagi. Sayur putih bayam pun sedap, goreng pun boleh tahan jugak. Rasa-rasanya hendak memperkenalkan sayur bayam ini kepada kawan2 serta jiran disini, selama ini mereka tahu tahu makan bayam pasir sahaja, ini bayam sebenar sudah datang.

Kangkung - yang biasa ditanam dari batang (dari kangkung yang dibeli dipasar), namun ini pertama kali menanam dari benih. Rasanya kangkung dari benih daunnya tidak selebar kangkung air dan batang yang lebih kecil. Namun lebih senang barangkali dengan hanya menabur benih dah tumbuh dah mereka ini, lagipun kangkung yang subur tak byk dijual dipasar bat masa ini. Teringin nak makan kangkung belacan rasanya ataupun nasi goreng kangkung. 


Kita doakan sayur-sayuran ini cepat membesar dan cepat plak boleh dituai, inshaallah.

Saturday, 20 October 2012

Semaian Baru Di Batas Ini..

Ini hanyalah untuk rekod tukang kebun, agar easy to trace back the activites. Beberapa benih yang baru ditabur direct pada batas,

Benih kangkung, kailan dan bayam telah mengambil tempat

Benih2 sayuran dari tanahair kiraman Olive.

Nuffnang Ads