Showing posts with label Yang Bersarang Rendah. Show all posts
Showing posts with label Yang Bersarang Rendah. Show all posts

Wednesday, 28 November 2012

Didalam Tanganku Ada...


 Baby bird yang baru bersarang ditempat lama, seekor sahaja kali ini.

Jatuh dari sarang actually, terkejut dengan jiran yang datang berhampiran dengan pagar dimana sarang berada, ibunya cuba mengajar terbang tinggi kebumbung, namun masih lemah. Bimbang tertangkap dek si meow, ambil dan letakkan disarang kembali..Alhamdulillah telah selamat bersatu balik dengan parents. Setidak-tidaknya dapatlah menebus kegagalan untuk menolong baby birds yang dahulu...:)

Friday, 19 October 2012

Yang Bersarang Rendah - Farewell My Dear Baby Birds

The Flashback,
30/9/12 - Two eggs discovered

 7/10/12  - Happy birthday

 8/10/12 - Day 2

 9/10/12 - Day 3

 10/10/12 - Day 4

 11/10/12 - Day 5

 12/10/12 - Day 6

 13/10/12 - Day 7

 14/10/12 - Day 8

 15/10/12 - Day 9

16/10/12 - Day 10

 17/10/12 - Day 11

18/10/12 - Day 12
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
19/10/12 - Day 13

Pagi nie sewaktu sibuk round kebun, tiba2 terdengar bunyi bising2 dekat garaj, riuh rendah dengan suara burung. Kemudian pergi menjenguk ke sarang..aaahhh.. kosong.... 

Gone....we'll miss you..

Nampaknya anak2 burung telah tiada dari sarang. Tidak pasti samada telah terbang atau dimakan sang meowww.. ibubapanya kelihatan, namun cuma berdua. Hairan juga, kelibat langsung tidak kelihatan. Takkan dah boleh terbang laju walaupun baru walhal petang semalam masih berada didalam sarang waktu hujan lebat. Biasanya jika masih awal mereka akan terbang rendah... ini langsung tidak kelihatan.. musykil..musykil.. 

>> kemudian petang bila abuaidan balik, dia cuba trace the birds..katanya nampak kat balcony rumah neighbour sebelah, tengah bagi makan the babies...wah cepat juga progress dah terbang sejauh tu. Kemudian kami jenguk dari dari tingkap (hampir maghrib), nampak yg the parents terbang, & diikuti oleh one of the babies..terbang keatas pokok..semoga selamat dari meowww...

So goodbye my dear birds and take care...:)


Wednesday, 17 October 2012

Yang Bersarang Rendah - Baby Birds Dah Cantik

Betullah bila kita leka seketika kita akan miss something. Semalam pagi terasa letih sangat, hanya kekebun sekejap pastuh, masuk dalam rumah sorting gambar2 yg di Lautoka. Petang isnin dan pagi semalam tak sempat menjenguk 'anak2 angkat' nie.. dan bila petang semalam menjenguk balik, Allahuakbar, dah penuh bulu dah si baby birds?? cepatnya..macam happened overnight kan...dalam 24 hours jer missed, dah terlepas salah satu detik penting....

Semalam (16/10/12) - petang


 2 gambar dipagi ini - cute baby birds (dah tak menggelikan lagi)

Rasanya cuma tinggal part yang ekor panjang belum panjang sepenuhnya lagi.,,
Yang dewasa

Monday, 15 October 2012

Yang Bersarang Rendah - Baby Birds (1 week after)

Lihatlah... baby birds dah semakin besar, bulu2 pun hampir memenuhi tubuh. Mata pun dah terbuka dua hari yang lepas. 

 14/10/12 - Morning (nampak semakin relaks)

 14/10/12 - Evening

15/10/12  (Today)- Morning


Inilah reaksi the parents bila sarangnya diganggu,

Sedang memprotes dan datang agak rendah dan dekat.




Saturday, 13 October 2012

Yang Bersarang Rendah - Baby Birds Berhujan

Sedikit catatan tentang sibaby birds untuk hari ini (untuk rujukan dimasa depan):

Dah semakin besar, tengok mata mereka berdua dah terbuka. Bulu pada ekor pun dah mula tumbuh.

Gambar diambil masa hujan mula turun, nak cepat (agak kurang sharp sikit)

Dalam hujan-hujan mereka mengangakan mulut, meminta makanan.

Lepas tangkap gambar, hujan semakin lebat. 

Kesian pulak tengok sibaby birds ini kebasahan. Parents nya pun tidak kelihatan. Bagaimana nanti jika hujan semakin lebat, basah kunyuplah jawabnya...


Last-last kami letakkan payung diatas sarang. Hujan lebat hampir setengah jam.


Ibubapa mereka datang dan memandang dari atas bumbung, agak suspicious. Namun tidak mendekati sarang. Kedua-duanya cuma bertenggek diatas pokok dengan makanan yang dibawa sang ibu masih lagi dimulut untuk disuapkan kepada babies.


Lama jugak mereka berada diatas pokok nona serikaya ini. Daripada kami mula minum teh hingga habis. Bila hujan berhenti hampir maghrib, Abuaidan mengalihkan payung. Intai2 tengok mereka kembali mendekati sarang, alhamdulillah.


Friday, 12 October 2012

Yang Bersarang Rendah - Baby Birds (Day 6)

Gambar the latest hari ini pukul 5.12pm Fiji time (1.12pm Malaysia),






Layanlah gambar dan renunglah, cepatnya anak burung ini membesar, hari ini sudah panjang dan kuat lehernya meminta makanan, responnya lebih cepat. Mata sudah hampir terbuka, sayap pun semakin panjang....


Klik >>> kisah terdahulu yg bersarang rendah

Thursday, 11 October 2012

Yang Bersarang Rendah - Baby Birds (Day 5)

Perhatikan bahagian mulut/ paruh yang semakin sempurna terbentuk, juga bulu2 pada sayap semakin memanjang. Dalam masa sehari pun perubahan berlaku amat cepat..Allahuakbar!

10/10/12 - morning

 10/10/12 - evening

11/10/12 - morning


Yang lemah akan beransur menjadi kuat, yang kuat akan beransur  menjadi lemah.

>> previously on Yang Bersarang Rendah

Tuesday, 9 October 2012

Yang Bersarang Rendah - Baby Birds (Day 3)




'Allah, Dialah yang menciptakan kamu dari keadaan lemah, kemudian Dia menjadikan (kamu) sesudah keadaan lemah itu menjadi kuat, kemudian Dia menjadikan (kamu) sesudah kuat itu lemah (kembali) dan beruban. Dia menciptakan apa yang dikehendaki-Nya dan Dialah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa' - (30-54)




Monday, 8 October 2012

Yang Bersarang Rendah - Part 3 (Khabar Gembira)

Assalamualaikum & Peace be upon you,

Nampaknya kisah yang bersarang rendah ini menjadi bersiri pula. Eager nak tengok perkembangan yang didalam sarang ini.

Semalam ketika duduk-duduk dipintu berhampiran dengan balcony rumah bersama-masa Aidan menemaninya bermain-main disamping membuat sedikit bacaan. Kemudian bertanyakan Aidan 'what mummy's bird is doing?", jawabnya "there..there mummy's bird is sitting.. menjenguk tengok keluar,

Masih belum habis mengeram lagi ker burung nie, asyik duduk jer..?

Lepas beberapa ketika tanya lagi Aidan tentang burung, jawabnya "mummy's bird is standing there..", kemudian bangkit tengok..nampaknya burung telah berdiri dan macam seolah-seolah satu pergerakan mematuk-matuk, dalam pikiran burung ini patuk telurnya sendiri kot boring tunggu tak menetas-netas jugak. 


So out of curiosity, keluarlah rumah menuju garaj nak tengok apa kerja si bulbul nie. Walapun sarangnya rendah (tinggi sikit dari pagar rumah, lebih tinggi dari ummuaidan), namun tak dapat dilihat dalam sarang begitu sahaja kerana masih tinggi, terpaksa juga guna sesuatu untuk tengok apa yang didalam sarangnya.

Anak panah menunjukkan sarang

Pun begitu tak dapat lihat direct masih tinggi, cuma mampu lihat dengan lensa kamera sahaja. Mashaallah, besarnya kuasa Allah, baru kali pertama melihat baby birds, terpegun dan insaf sekejap akan kekuasaanNya. Alhamdulillah Allah telah makbulkan hasrat Ayut nak tengok baby bird dan perkenankan doa-doa Kak Purnama, IbuQis dan rakan -rakan lain untuk keselamatan telur2 itu. 

Alhamdulillah pada 7/10/12 lahirlah 2 ekor bulbul setelah seminggu dari telurnya discovered

 Bayangkan telur yang sebesar ini boleh menjadi baby burung sebesar didalam gambar, Allahuakbar!



Baby birds kelihatan mengangakan mulut kepada lensa kamera, kesiannya. Mungkin kelaparan. Dah la diganggu oleh ummuaidan untuk buat story..hurmmm. Dalam masa menghalakan kamera didalam sarang, salah seekor daripada pasangan mengawal dari atas bumbung garaj kereta dan berbunyi bising..

Kelihatan agak marah. Terasa kemungkinan burung ini akan datang mamatuk kepalaku kerana mengganggu sarangnya..nasib baik mereka tak seberani itu...

Setelah itu turun dari mengintai sarang dan cuba mengambil gambar aktiviti mereka dari dekat pula..kali ini mereka tidak lari dengan pantas, mungkin kerana the babies is there, kena jaga. Betullah kata En. Adry burung ini bergerak dan menjaga anak2 mereka bersama-sama. Entah ibu atau bapa yang tengah menyuapkan sesuatu kepada babies. 




Makanan yang disuap kelihatan seperti makanan yang lembut sebagai makanan permulaan bagi babies. Namun mereka masih lagi mengambil langkah berjaga-jaga ketika diganggu,

 Yang memberi makanan tadi keluar dari sarang untuk memerhati dan memberi warning mungkin.
Sama tak dengan yang dibawah ini? Burung yang berbeza actually...

Manakala didalam garaj pasangannya berada tidak juga tidak jauh (diatas tali ampaian didalam garaj) , memerhatikan orang yang memegang kamera ini. Mulut mereka bising berbunyi...

Petangnya kelihatan seolah-olah hujan akan tiba, kesian juga memikirkan nasib baby burung tu kan nanti. Abuaidan  kata "maybe we should put an umbrella on top of the nest"... then jawab "why not we put a zinc on top of the roof and put some bricks on top of the zinc (to stop from flying) and you can use the ladder to climb"..apa lagi cepat-cepat suruh dia amik ladder..namun jawabnya kemudian.."no..no need, they have their own natural way to protect".. so tak letak apa-apa walaupun risau jugak, namun alhamdulillah hujan tidak turun.

Ketika menikmati hidangan petang, kelihatan seekor falcon berada diatas pokok limau dihalaman dan burung-burung lain berkeliaran lari ketakutan.  Mungkin mencari mangsa.. kata Abuaidan kalau falcon nampak the babies finish lah...nasib baik falcon tidak menuju kesarang. 

Namun selain falcon ada lagi ancaman2 lain terhadap baby birds ini, antaranya,
  • Hujan
  • Meowww (rendah, senang panjat)
  • Mawkucing (a.k.a Aidan la tuh.. silap-silap haribulan dengan penyapunya gie 'poke' kat pokok sarang burung, budak-budak bukan tau apa-apa, kan)
Pagi ini menjenguh kesarang ketika the parents keluar mencari makanan,

Masih lemah, namun kelihatan lebih gelap mungkin kerana bulu-bulu semakin 
byk tumbuh/ muncul pada badan mereka.

Inilah video live, our baby birds...

Ada dua part dalam 1 video nie, yg semalam dan hari ini digabung. Sorry gambar agak bergoncang sikit, berangin dan guna sebelah tangan. 


Nuffnang Ads