Showing posts with label Karipap Ala Ikea. Show all posts
Showing posts with label Karipap Ala Ikea. Show all posts

Thursday, 16 May 2013

My Fat & Yummy Karipap ala IKEA

Bila kali terakhir anda semua makan karipap Ikea? Korang mesti last week jer baru kan..but sadly for me, it was more than 5 years ago.. apa yang best tentang karipap ikea? saiznya yg besar dan intinya didalam yang sedap..ade telur jgk gitu..

So alang2 buat karipap keledek smalam, terlebih kulitnya plak..banyak lak tuh..nak buang gitu rs sayang jer so ari nie dlm kesusahan nak mencanainya (tersangkut kat perut lah) tetap jgk teruskan usaha mengkaripap.asalnya nak mudah kerja buat guna acuan besar,.at the it turned out very good (mari angkut bakul..hehe), tasty rangup dan satu tidak cukup (mmg biasa kalau buat sendiri mesti  bedal lebih dari satu pun..) ...

 Karipap saiz XL berinti kentang + ayam + telur...ala2 IKEA gitu kan...:) 

Since dah dapat formula untuk karipap buatan sendiri yang mmg terangkap bakul sendiri nie..eloklah keep it in record, supaya senang nak refer ..asik2 tiap kali nak wat, tiap kali menggoogle..leceh kan...

Resepi Karipap Sedap ala IKEA

Inti
- Rebus 3 biji telur, potong 4 bhg
- 2 biji kentang yang besar (potong dadu)
- 1/2 cawan daging ayam (potong dadu)
- 1 biji bawang besar (kisar)
- 3 biji bawang putih (kisar)
- sedikit halia (kisar)
- 4 sudu besar rempah kari
- separuh kiub ayam
> Panaskan minyak, tumis bahan2 kisar sampai naik minyak, masukkan rempah kari dan sedikit air dan masak sehingga naik minyak. Masukkan ayam dan kentang, masak sehingga kering air, jangan terlalu lembik. Masukkan garam, sedikit gula dan perasa. Biarkan sejuk

Untuk kulit/ doh
- 4 cawan tepung
- 1 cawan air
- 2 sb marjerin
- 1/2 cawan minyak masak
-1/2 sk garam
> panaskan minyak dan marjerin, kemudian gaulkan kedalam tepung, masukkan sedikit garam...masukkan air pelan2 dan uli sehingga membentuk doh..rehatkan dalam 5-10 min. 
> Bulatkan kecil, canaikan dan terapkan..dan letak dalam acuan, masukkan intik..tekap..dan siap...



Satu karipap XL = 2 karipap biasa..makan panas2 memang sedap, alhamdulillah.

Mak buyung makan lebih dari 3, anak bujang habiskan sebiji, kerana karipap XL nie jgk kekenyangan waktu lunch..nampaknya lunch lewatlah hari.. heheh

p/s : Sorry yer kengkawan tak dapat balas komen dan blogwalking semalam kerana internet running out of data semalam...mati kutu jugaklah seharian hidup tanpa blog...:). inshaallah slowly akan jln2 dan reply komen...

Nuffnang Ads