Terharu dan berterima kasih kepada rakan2 blogger yang memberikan sokongan, nasihat serta very understanding diatas entri saya semalam..terima kasih yer sahabat dimana kan kucari ganti..:). Inshaallah selagi ada idea dan sedikit kelapangan akan terus menulis walaupun tidak aktif berblogwalking..kerana for me menulis adalah suatu terapi minda yang baik..dan sekiramya ianya sesuatu yang baik untuk dikongsikan..inshaallah dikongsikan..
Tebu dilaman yang ditanam setahun yang lepas akhirnya 80% telah dituai..dinikmati akan kesedapan jusnya..alhamdulillah.. Pada mulanya ingatkan rumpun tebu yang baki tidak dituai tidak akan meneruskan zuriatnya sebab tiada anak atau tunas tebu yang muncul..risau jugak sebab takde back up tanam kat tempat lain..
Kemudian En. Abuaidan amek inisiatif membersihkan persekitaran rumpun tuh..buang daun2 dan semak samun mana yang patut..
Dalam 2 minggu kemudiannya, alhamdulillah nampak bibit tunas telah muncul..dan in less than a month banyak lagi tunas yang baru muncul dan membesar..tambah2 lagi dengan musim hujan sekarang nie...
Worry no more..sudah ada penyambung warisan..tak perlulah susah payah tanam balik kalau malas..hehe
Sampai pada batang pun bertunas..nie tak tak boleh makan dah kalau macam nie..tunggu potong dan tanam balik somewhere.
Harap2 in the next 8 months boleh makan tebu fresh dari ladang lagi..inshaallah...eh sempat ker nie sebelum balik? hmmm
