Showing posts with label Dalam Lingkaran Ini. Show all posts
Showing posts with label Dalam Lingkaran Ini. Show all posts

Sunday, 2 June 2013

Nasib Mereka Yang Terbiar ...

Hujung minggu ini nampaknya kami berhujan kat sini..smalam cuaca mendung, hujan seharian dan gelap..langsung takleh kuar kelaman tapi kuar jgklah ke bandar..last minute shopping...

Hari ini alhamdulillah setelah sedikit hujan dipagi hari..cuaca semakin clear..matahari juga telah muncul dan dapatlah jemur pakaian kat luar..Alhamdulillah..cuma terlalu becak untuk kekebun..

Dek kerana tukang kebun sibuk ngan urusan tanaman..semuanya nak tanam sebelum 'maternity leave' nanti..maka laman depan agak terbiar..terutamanya patch bunga-bungaan...

Inilah yang terjadi...

 Zinnia yang dah hampir jadi arwah...kekeringan dan banyak yang telah mati..si taik ayam yang menguasai tempat nampaknya...hajat dihati nak simpan benih tapi belum terbuat lagi..huhuh

 Si marigold atau bunga taik ayam nie pun wpun berbunga tapi pokok dah2nak menyembah bumi ..mungkin sebab angin kot.

 Nasib zinnia putih..hidup segan mati tak mau..Aidan asyik dok kerja petik bunga nie...

Keembung pun hidup sendiri jer selagi hayat dikandung badan...yg nie si tukang kebun kecik tak berminat nak petik..selamat..

Big boss dah mula berbunyi..katanya bunga2 tuh dia nak buang ..buruk sangat kelihatan..huhuh ..itulah kan tukang kebun mmg dah tak larat nak uruskan mereka nie...biarlah dia nak buang pun..nanti lepas 'maternity leave' mungkin leh tanam elok2 semula...inshaallah...:)

Wednesday, 1 May 2013

[Wordless Wednesday] Keembung Pertama Saya

 Dari benih kiriman Nadia Rashid

Baru kukenal...

Pokok Keembong
 Keembong hidup sendiri dalam semak tanpa jagaan tuannya...:)


^SELAMAT HARI PEKERJA^

Thursday, 25 April 2013

Marigold atau Bunga Tahi Ayam

Setelah sekian lama menunggu akhirnya Marigold daripada benih kiriman Kak Puteri Purnama telahpun berbunga..seronok dan puas hati tukang kebun kerana hajat nak memiliki bunga nie di taman sendiri akhirnya tercapai..pun begitu baunya masih belum 'semerbak' lagi dilaman...:)

Kuning

Orange

 Masih belum kembang

Yang pokoknya mengingatkan tukang kebun akan kisah lucu yang diceritakan oleh Kak Zakie...kalau tengok sekali memang seperti ulam raja jugak kan...:)

Menanam marigold nie bukannya susah pun..main tabur jer benihnya..disiram sekali sekala ketika rajin.. mungkin lambat  muncul kerana terselindung dibalik zinnias yg ditanam dipatch yang sama.

Semoga bunga2 dilaman ini tetap menjadi lambang persahabatan dengan pengirimnya daripada awal blog dibuka hinggalah selama-lamanya..inshaallah...:)

Sunday, 24 March 2013

Masih Belum Hilang Serinya Zinnia

Salam Hujung Minggu...

Pastinya seronok kan, hujung minggu, cuti sekolah..dapatlah bersama2 keluarga kalau tak keluar pun bersantai dirumah tiada kurangnya kan...

Anyway..citer hujung minggu from Fiji tak adelah sangat..En. Abuaidan masih berpergian..letrik takder sepagian, baru jer ade nie..dapatlah tulis entri sket...Berdua jerlah ngan anak bujang yang galak kesana kemari mengekor maknya..akhirnya kaki sendiri terluka terpijak mainan yang diletaknya merata-rata..meraung tak sudah2 macam kambing nak kena sembelih..akhirnya tetido...

Oklah ..cuci sahaja mata ngan zinnia yang masih bermusim tanpa henti..semakin tinggi pokoknya..semakin besar bunganya..semakin cantik dipandang....

Warna warni yang sedap dipandang..(abaikan tayar buruk tak sapa gantung kat situ..)

Merah dan Ungu

Merah dan Putih

Putih, ungu dan Orange..

Yang baru muncul..family zinnia jgk nie tp bunga jenis lain..

Kembangnya si ungu..

Yang nie plak tumbuh jgk dalam lingkaran bnga nie tapi belum berbunga lagi...bunga taik ayam kerr?

Oklah selamat berhujung minggu yer..take care..

Friday, 28 December 2012

Colourful Zinnias

Dah penat membebel 3, 4 hari pasal cyclone.. hari ni tak nak membebel lebih2, layan jer gambar2 zinnia yang kebanyakkannya telah berbunga berbagai colour. .Zinnia nie ditanam dihadapan rumah, pokoknya tak tak tinggi mana sebab itulah tak terjejas...alhamdulillah..

Campuran pelbagai warna..

Cik2 purple..

Orange ngan merah + purple..

Merah hati

Macam purple kan..

Putih susu

Orange


Seronokkan melihat warna2 ceria nie..korang punya pun mesti dah rancak berbunga ..ya dak...? Lepas nie nak cuba mulakan projek tanam bunga lain lak..nantilah bila dah bertenaga nanti..inshaallah.

Monday, 26 November 2012

Zinnia Mula Menampakkan Seri

Zinnia yang di 'Dalam Lingkaran Ini' (cawangan Fiji), benihnya dari Kak Puteri Purnama yang kini telah berada dalam rangka cuti2 disemenanjung (selamat becuti dan melancong ya kak). Bunga yang pertama spotted pagi tadi sewaktu tukang kebun ke laman kejap, nasib baik tidak terlepas saat yang ditunggu. Tak lama rupanya zinnia untuk berbunga, dalam sebulan lebih dah berhasil, alhamdulillah..  


 Warna bunga yang pertama - kuning air

 Yang separa mekar, pink barangkali warna kelopaknya nanti.

Penunggu setia zinnia.

Tak sabar nak tunggu saat zinnia nie menjadi lebih meriah lagi dengan pelbagai warna bunga-bungaan.

Friday, 9 November 2012

Semuanya Zinnia Ke Dalam Lingkaran Ini...?

Cerita Dalam Lingkaran ini cawangan Fiji bermula 19/10/12, dimana tapak disediakan dan pelbagai benih bunga telah ditabur berselang seli. Kini 3 minggu telah berlalu, benih2 bunga pun telah bercambah dengan meriahnya.

Namun sedikit kemusykilan pulak dihati, nampak sejenis jer pokok yang tumbuh. Kalau tak salah zinnia. Hampir semua yang bercambah dah tumbuh subur berwajah seperti ini,


 dan ini... mana yang lain2 yang telah ditabur... tak tumbuh yer...

Apapun syukur tapak ini telah ditumbuhi dengan pokok2 bunga yang kecil. Inshallah masa yang ditunggu akan tiba beberapa bulan lagi untuk memeriahkan laman.


Friday, 19 October 2012

Demi Lingkaran Ini Kugagahkan Juga

Benih dah tersedia dari hari isnin hari tu lagi..namun kerana dengan 'penyakit' baru yang ada pada ummuaidan ni, memang buat masa nie tak larat nak turun buat kerja2 kebun. Turun siram air pun dah termengah2, nasib baik sehari dua nie hujan pulak. 

Namun mengingatkan niat suci dan susah payah Kak Purnama menyimpan dan menghantar benih dari cawangannya ke cawangan baru di Fiji Islands ini, terpaksa digagahkan jugak to do something about it. Lagipun abuaidan sangatlah busy lately bila sekolah menghampiri penamat. Sabtu Ahad pun belum tentu free. 

Jadi sebagai seorang wanita malaysia (yang kebanyakkannya adalah independent)  akan membuat kerja-kerja sendiri tanpa menyusahkan suami selagi termampu. Tidak seperti wanita disini dan lelaki disini yang sangatlah bergantung pada each other. Takder suami, isteri tak boleh kemana, takde isteri laparlah sisuami jwbnya..:) Kata Abuaidan lelaki suka bila isteri bergantung sepenuhnya kepada suami seperti sukanya ibu bila anak kecil bergantung kepada mereka sepenuhnya..entahlerr.... mungkin begitu kot fitrah yang asal..hurrmm.. 

Berbalik kepada Dalam Lingkaran Ini, inilah kerja-kerja yang dibereskan hari ini.

Tapak lingkaran sebelum dibersihkan, dah reserved dari awal actually..luas nie kawasan ini

 Selepas kerja-kerja memecah dan meratakan tanah.

Benih2 terpilih dari lingkaran sabah, maaf kak ku tak tahu namanya, semuanya.. 
(ummaidan nie buta bunga)

A. Nie benih sayur kan Kak? Tlg explain further..kang tersilap kutertanam sayur2 
didalam lingkaran bunga pulak 

 B. Yang nie bunga ker kak? atau sayur, please help...

Operasi menabur benih oleh tukang kebun kecil yang setia menolong, tak puas menabur asyik mintak 
lagi benih untuk ditaburnya.

Berjenis benih yang selamat di tabur bercampur-campur,.... bismillahi tawakkal alallah

Alhamdulillah selesailah kerja2 membangunkan Dalam Lingkaran Ini cawangan Fiji Islands. Another 3 months, mmg akan mengubah segala, tunggulah..heheh

Selamat, ada beberap benih lagi tinggal manalah tau simpan untuk kegunaan kemudian pulak. Setelah siap terasa hilang segala kepenatan dan dapat bernafas dengan lega. Namun dek kerana no appetite pulak lately, letihlah jugak somehow sebab tak cukup makan..:)

P/s : Kak Purnama tolong explain yang part A & B tuh yer..thanks....

Nuffnang Ads