Panjang juga pakunya, sehingga tembus kedalam kasut but dan juga menusuk kedalam kaki, nasib baik sempat sedar dan kaki tidak tertekan lebih lagi, kalau tak...
Sakitnya kepalang juga, sampai berjalan terjengket-jengket. Cepat2 basuh luka denga air sejuk dari fridge. Kemudian Abuaidan menyediakan air garam untuk merendam kaki seketika. Takut juga dengan paku yang agak berkarat boleh menjadi mudarat atau bengkak dan sebagainya.
Dikala luka begini teringat alangkah baiknya jika ada daun kapal terbang (namun disini tidak ditemui),
Pokok kapal terbang mudah tumbuh dimana-mana sahaja. Senang didapati. Untuk kegunaan luaran sahaja, jika luka ambil beberapa helai daunnya kemudian letakkan sedikit air liur, dikisar menggunakan tapak tangan sehingga keluar airnya menjadi warna hijau. Itulah yang selalu dibuat semasa kecil-kecil dahulu jika mendapat luka. Agak berkesan, darah cepat kering dan cepat sembuh lukanya.
Begitu juga jika anak kecil mengalami kembung perut atau cirit birit. Daun ini dikisar bersama kapur makan sehingga mengeliarkan buih dan kemudian letakkan pada perut anak yang kembung atau cirit birit tadi. Inshaallah akan beransur baik.
Namun pokok kapal terbang ini ada juga racunnya, maka perlu berhati-hati didalam penggunaan dan penanamannya. Dari sedikit pembacaan dikatakan merbahaya kepada binatang ada boleh membawa maut. Juga keracunannya boleh menyebabkan kerosakkan hati kepada kanak-kanan, wallahua'lam.
