Showing posts with label Malay Garden. Show all posts
Showing posts with label Malay Garden. Show all posts

Monday, 31 March 2014

Apa Nak Dibuat?

Nak tanya pendapat korang yang banyak idea tentang apa yang korang akan buat kalau ade rezki melimpah ruah cam kami punya Malay Garden..

Hendak dibuang sayang..hendak ditelan banyak2 tidaklah larat kan...:)

Meh bagi idea bernas2 sket tuk masalah mereka2 yang dibawah nie.

Lengkuas. Serumpun nie actually besar jugak kawasan mereka nie..tiap kali tebas buang batang, makin banyak yang merebak tumbuh..yang aku guna pun paling banyak sebesar ibu jari kaki jer dalam seminggu ...heheh. Nak kena uproot btul2 ker baru kurang sket?

Kunyit. Dulu dah gali amek buat serbuk kang,..sekarang nie makin merebak jadi besar dan luas lagi kawasan tawanan. Aku jarang guna daunnya kecuali nak buat rendang jer..bakar ikan pun jaranglah sangat. Yang isi kunyitnyer pun adalah 2 inci seminggu kot tuhpun kalau ade masak singgang..malas nak menggali pun yer..takut tebuan pun yer..

Pandan. Nie pun bukan main banyak lagi pokoknyer..kalau ikut kegunaan aku 2 pokok cukuplah..bukannya aku rajin sangat nak buat kuih mahupun nasik lemak nie..jarang2lah tapi mesti nak ade jugak kan..cabut buang sebahagian besarlah yer..?

Pokok ubi keledek. Kemain meriah merebak sesuka hati tapi percayakah korang yang sebenarnya ubi dia nie tak berisi..dah banyak kali kami cabut buang pokok tuk tanam benda lain..namun tak lama lepas tuh wujud jugak lagi depa nie..Atau korang rasa memang ade ubi tapi kami tak jumpa?

Sunday, 20 January 2013

[Our Garden] Yang Subur dan Banyak Anak..

Siapa sangka dinegara yang penduduknya tidak pernah mengenal mahupun mengetahui keistimewaan daun dari pokok ini, pokok pandan dapat hidup subur seperti dinegara asal ianya dibawa masuk iaitu bumi Melayu. Asalnya dibawa masuk oleh kakitangan kedutaan Malaysia disini dan juga diberi kepada rakyat Malaysia yang duduk dinegara 'jin bertendang' ini. 

Asalnya cumalah 2 pokok kecil yang ditanam berasingan,  namun telah berkembang menjadi lebih banyak pesat lagi dengan anak2 yang baru tumbuh. 


Didua tempat yang berbeza, namun kesuburannya tetap sama. Walhal tukang kebun bukanlah rajin menyiram pun, harapkan air hujan sahajah mereka ini. Pertumbuhan mengatasi penggunaan, almaklum sahajalah bukanlah super rajin nak buat kuih manjang..nasi lemak pun sekali sebulan. So hiduplan mereka ini dengan sedikit sahaja ancaman kena potong. 


Begitu juga dengan pokok kunyit. Masa belum ade memang tak sabar2 nak tanam, nak jugak ade kat laman..namun bila  dah ade, banyak pulak tuh..tak juga digunakan seberiya mana pun...


Pokok yang asal ditanam tidak sebanyak nie, cuma bila disemai tuh, 1 tempat tumbuhlah 1 atau 2 pokok. Tak lama kemudian pokok lupus atau dormant, isi tidak digali keluar dibiarkan sahaja didalam tanah. Namun Alhamdulillah sejak beberapa bulan kebelakangan nie, nampak mereka mula berkembang biak dengan suburnya.  

Selalu teringin nak letak dalam gulai kuninglah,buat rendanglah, namun masalahnya adalah malas nak kuar korek isi musim panas2 begini. Mungkin suatu hari nanti kalau ade kerajinan boleh usahakan buat serbuk kunyit plak kan..jimat duit takyah beli serbuk lagi..

Tuesday, 6 November 2012

My Mini Malay Garden

Peace be upon you all...

Lately dah menjadi kebiasaan pulak kena berehat dan tido waktu waktu dalam kul 9am, lps setel sikit kerja2 umah, tengok2 kebun, bagi makan Si Aidan dsbnya...most of the time tak boleh settle semua kerja rumah cepat seperti dulu, 1 hari cuma limited 1 atau 2 major joblah kan..huhuh..sebab terlebih buat mmg tersangatlah penat.  Rumah bersepah sikit pun biarkanlah janji dpt cukup rest...Abuaidan pun sesangatlah paham..buat mana yang terdaya..kerja kebun petang dia balik dari kerja, beriadahlah dua beranak tu sampai almost maghrib baru brenti...

Semalam dia dah bersihkan hampir semua sections yang berserabut, so nampaklah rupa kebun sikit. Dan melihatkan area tanaman beridentiti malaysia tuh teringat yang mungkin boleh update sket dalam blog pasal mini malay garden..bukan banyak pun..yang basic lah..yg orng sini takder kaitan dengannya..cuma orang melayu sahaja paham...betul tak..hurrmmm...

 Area yang sebelah greenhouse, dekat ngan longkang mini garden ini terletak. Nampak pokok lengkuasnya yang unstoppable pembesarannya..?dulu amek dari Embassy sebesar ibu kaki jer, sekarang rs menyemak lak. Ingat mesti tanam kerana nak buat singgang ikan, gulai mahupun lain2 resepi melayu sejati mesti ada lengkuas kan..sekarang hampeh..sebulan sekali pun jarang menggali isinya. 

 Pokok pandan yang ditanam dari anak, dah beranak pinak pulak. Gunanya banyak time nak buat kuih dan nasi lemak jerr..kalau tak duduklah mrk ini aman2 kat sini tanpa diganggu.. masa first time cuba tanam dulu sebesar inilah yang diberikan oleh staff embassy untuk tanam, namun tak idup. Next year pulak gie diorang nyer open house semata2 nak mintak pokok pandan nak tanam huhuuhu...

Pokok yang lain ditanam dibelakang pokok2 lengkuas, tak dpt full sun pun namun tetap membesar jugak..malah menyiram pun cuma once in a blue moon jer...

Lihat banyak pulak anak2 yang muncul dekat pangkal...nanti makin berimbunlah pokok pandan nie nampaknya..sapa berminat nak anak nie bolehlah inform..heheh 

Ini pula kunyit..sebenarnya pokok yang asal ditanam dah besar, kemudian mati kerana tidak dijaga, namun isi tidak dikeluarkan. Semalam bila area nie dibersihkan nampaklah pokok kunyit yang baru lak muncul. Tanam nie pun ingat kalau2 nak guna daun nak buat rendang... isi kunyit pun boleh jgk digunakan dalam perubatan sewaktu anak kecil demam... 

Serai yang baru dialihkan beberapa bulan yang lalu..dah semakin membesar..namun biarkan berkembang lagi sebelum diusik..

So itulah sikit sebanyak updates tentang mini malaysia garden in fiji islands nie... Hari raya lepas bila jiran Indon datang berkunjung ada offernya pokok2 nie..namun katanya semua dah ade ditanam..siap curik2 bawa masuk dari indon lagi..hhuuhu....dia lagi advanced....

Nuffnang Ads