Showing posts with label Marukku Kerinting. Show all posts
Showing posts with label Marukku Kerinting. Show all posts

Thursday, 18 April 2013

Maruku Kerinting Tersedap, Termudah

Suka makan maruku yang panjang2 tuh tak..alaa yg ala kinting2 gitu..sebenarnya maruku nie senang sangat nak buatnya..mudah sangat  bahan-bahannya..lebih murah dari yang dibeli di kedai dalam paket..tp bila buat sendiri cepat habislah kerana kerap mengangkut kan..:)

Nak buat marukku nie mengambil masa tak sampai setengah jam daripada mengadun bahan hinggalah menggorengnya..cepat & mudah gitu...sedap pun sama jer seperti yang dibeli dari kedai...

Mari dikongsikan cara2 nak buat marukku nie..bahan2 dan peralatan yang perlu,

Acuan marukku, tepung dhal (chickpeas) - 1 cawan, garam- 3/4 sudu kecil, asefeotida (serbuk yg warna kuning) - 1/3 sudu kecil, serbuk cili - 1/2 sudu kecil,  serbuk kunyit - 1/2 sudu kecil..dan minyak masak - 2 sudu besar. Air mengikut keperluan.

Gaulkan semua bahan2..kemudian tambahkan air secara perlahan2..gaulkan hingga membentuk doh seperti didalam gambar.

Masukkan didalam acuan..gunakan yang berlubang kecil...

Tekan terus didalam minyak yang sedang panas de ngan api sederhana..goreng sehingga kekuningan dan masak.

Tunggulah sehingga marukku betul2 sejuk barulah disimpan didalam botol..(kalau tak lemau nanti)..

Siap disimpan dalam botol kedap udara...tahannya sebanyak nie sehari jer...anak bujang asyik ngangkut ngan botol2 makan depan komputer sambil tengok programmnya...maknya pun sama..:)


Nuffnang Ads