Bayam pasir kalau kat Malaysia adalah bayam liar yang tidak mendapat perhatian seperti sayur-sayuran hijau yang Malaysia, betul tak?
Kalau kat Fiji nie bayam pasir dikenali sebagai Curiya dan mempunyai nilai komersial dan dijual dipasar2 seperti sayuran2 hijau yang lain. Malah bayam nie ditanam lagi bagi tujuan pemasaran. Bayam seperti yang terdapat ditempat kita tak terdapat pulak disini, kecuali dikebun Ummuaidan..:)
Namun hakikatnya bayam pasir nie tak payah tanam, boleh tumbuh sendiri lebih cepat dari cendawan. Kalau musim hujan lagilah senangnyer mereka nie tumbuh.
Sama seperti bayam hijau yang biasa, membiak melalui benih yang senang ditiup angin..
Bunga dan benih bayam pasir
Gara2 kebun agak lama terbiar masa dalam pantang dulu, banyaklah pokok bayam pasir nie berkuasa dikebun..walaupun pokok2 sudah dicabut namun sudah terlambat untuk menghalang mereka, begitu banyak benih ditinggalkan..
Pokok bayam pasir yang masih kecil
Dalam masa seminggu ditambah dengan hujan..membesar dengan cepat dan meriahnya..yang bagusnya bayam pasir nie tak dimakan ulat pun walhal kalau bayam kita mmg cepatlah kena mamah.
Batas kangkung menjadi batas bayam pasir..kangkung tak tumbuh2..mungkin benih agak lama dan cuaca kurang sesuai semasa menyemai.
Bayam pasir yang masih kecil tumbuh bersama-sama dengan pokok jagung.
Sudah menjadi rezki peminat bayam pasir didalam rumah nie, dituai sebelum pokok menjadi raksasa2 yang besar..
Dituai dengan mencabut bersama2 akar..en.Abuaidan suka bayam pasir nie..biasanya dia akan memasak sendiri ikut style nya...gorenglah biasanya.
Zat2 yang terdapat dalam bayam pasir sama jer dengan bayam biasa cuma bayam pasir nie kalau besar sikit pokoknya, maka rasanya agaklah pahit sikit..kalau yang kecil lagi sedap jugak. Pokok2 yang besar boleh mencapai ketinggian lebih paras pinggang jika dibiarkan..kalau tidak dicabut dengan aka2nya, pokok akan tumbuh lagi walaupun batang dipatahkan..