Showing posts with label Potato/ Kentang. Show all posts
Showing posts with label Potato/ Kentang. Show all posts

Thursday, 1 November 2012

Malang Nasib Si Kentang

Tiga minggu yang lepas rasa seronok sangat melihat pokok kentang membesar dengan cantiknya dan suburnya. Maklumlah baru pertama kali tanam kentang.


Namun hari ini rasa sedih melihat keadaan pokok2 kentang yang ditanam. Gara-gara hujan yang lebat seminggu dua yang lepas, lihatlah 

Pokok dah mengering dan hampir mati. Kesilapannya bila pokok dah menjadi besar dengan batangnya yang lembut, seeloknya membuat sokongan dengan memacakkan kayu dikeliling dan mengikat batang pokok pada kayu. Namun kerana tukang kebun mengambil tidak mengambil berat tentang pokok2 ini pada ketika itu dan membiarkan mereka survive sendiri, nampaknya mereka tak dapat survived. 

 Batang kebanyakkan patah2 kerana ditimpa hjan dan bila patah terus mengering
 dan tidak dapat kekal lama 

Ini pula adalah kentang yang disemai 3 minggu lepas pada batas yang lain. Baru keluar ke permukaan bumi. Ada 5 biji kentang yang disemai, alhamdulillah nampaknya dah bertunas dan semuanya mula keluar. 

Nampaknya kalau nak merasa harvest kentang dari kebun sendiri kena menjaga pokok2 ini betul2, tambah pula hujan yang tak menentu. Masa hujan lebih elok mereka duduk dalam tanah lagi,  bila keluar banyak pulak risiko.

Tuesday, 9 October 2012

One Month Old Potato Plants in My Garden

Since this is my first time tanam pokok kentang, can't help but admire the plant I've never seen before, only know the 'ubi' jer....


 the leaves 

 the smallest

 bigger 

the biggest 

The smallest planted from eyes (tunas) while the bigger and biggest planted directly from the 'ubi'...

Tuesday, 25 September 2012

Surprise!! Kentang Dah Tumbuh....

Rasanya dah lama percubaan menanam kentang ini dilakukan, pada 7/9/12 dah nak masuk 3 minggu patutlah rasa lama. Ingatkan dah tak tumbuh dah sebab lama sangat, tapi alhamdulillah,

Yang terkecil tumbuh - daripada semaian melalui tunas 
(cuma 1 sahaja tumbuh daripada 11 keping tunas, yang lain mungkin mereput atau menjadi buruk)

Yang kedua terkecil - walaupun kelihatan bentuk daun yang tidak jelas, namun anak kentang
 ini lebih besar daripada gambar yang pertama (ini daripada biji kentang yang ditanam)

Yang terbesar (daripada 4 biji ketang ditanam, baru 2 biji sahaja bercambah)

Oleh kerana excited sangat percubaan menanam kentang yang pertama ini menunjukkan perkembangan positif, 3 biji lagi kentang ditanam,

Bismillahitawakkal alallah-moga tumbuh cepat2


P/S : Olive, you must try again after this, ok? 

Tuesday, 11 September 2012

Percubaan Menanam Kentang

Kebanyakkan kentang yang terdapat dipasaran adalah yang diimport dari negara yang beriklim lebih sejuk. Sebenarnya kentang juga sesuai ditanam  dinegara yang beriklim tropika, tetapi rendah sikit kualitinya. Disini juga terdapat kentang yang 'local' selain daripada yang diimport, tetapi saiznya lebih kecil sedikit. 

Telah lama ingin mencuba menanam kentang, so setelah buat research sikit kat internet dan hari jumaat yang lepas (7/9/12) telah memulakan experiment. Kalau ikut cara yg dibaca dalam internet, kentang sesuai ditanam ditanah gembur dan agak berpasir, samada untuk membuat batas (raise bed) atau menanam direct diatas tanah yang telah digemburkan tanpa membuat batas (mcm tanah sawah yg digemburkan)

Fork digunakan untuk menggemburkan tanah,

Menanam pula daripada samada dari mata tunas yang dihiris dari biji (kalau dibiarkan lama sedikit dan berada ditempat gelap kentang akan bertunas),
 Atau menanam biji kentang direct didalam tanah yang digali,
Oleh kerana tak sure cara mana yang lebih baik, so kedua2  kaedah digunakan mengikut common sense.
 Yang bertunas ditanam sedalam 3-5 cm

Yang menggunakan biji kentang pula ditanam dengan mata keatas sedalam 15-20cm.

Belum kelihatan sebarang perkembangan lagi setakat ini (baru 4 hari), akan mengambil masa untuk tunas berkembang dari dalam tanah sebelum muncul dipermukaan.

Tapak eksperimen kentang (4 biji kentang, dan 11 keping tunas ditanam)

Nuffnang Ads