Showing posts with label Betik/ Papaya. Show all posts
Showing posts with label Betik/ Papaya. Show all posts

Tuesday, 28 October 2014

Bila Pokok Betik Semakin Tinggi

The number 1 betik kat Fiji, Hawaiaan Pawpaw yang buah bersaiz kecil warna isinya mcm pink manis bersari sekali makan takmo betik kuning dah.

Pokok yang tumbuh sendiri dilaman, setelah mengeluarkan hasil dalam 3 bulan lebih..pokok menjadi semakin tinggi, tak boleh amek ngan tangan..kalau jolok ngan galah nanti betik jadi lebam tak sedap dimakan..

Harus guna teknik yang lebih selamat tuk buahnya..abaikan bontot kedua2 mereka ini..

Kalau jiran sebelah umah yang Fijian dulu tuh masih menyewa lagi rasanya tak menyempat kami nak merasa buah  nie masak..adakah harus bersyukur kerana mereka telah lama pindah & korang dapat makan betik sedap?

Sebenarnya ade beberapa biji lagi yang diamek.tapi dah pass kat jiran sebelah umah immediately lepas kutip buah..yang ini tuk Nahesh & Family..

Rasanya kena preserve buat benih tuk tanam kat kampung ditanah malaya nanti inshaallah. Tak tahulah kalo kat mesia buah nie senang didapati dimana2 kalo hado korang cakap yer takyah susah2 aku simpan benih....kalo dl rsnya  aku tak ingat pernah makan betik hawai nie..mungkin aku ketinggalan zaman kot..*()*

Thursday, 26 June 2014

Our Hawaian Paw Paw

Seronok rasanya bila impian tuk merasa betik hawai dari laman sendiri akhirnya dimakbulkan Arrazak (Pemberi Rezki). Walaupun menunggu lama namun berbaloi jugak pabila melihat buah yang semakin masak satu persatu..

Rasa korang ade berapa biji semuanya atas pokok nie? semuanya cam cinonet2 kang...

 Actually buah dipetik sebelum betul2 masak..dibiarkan masak didalam rumah..yang nie kira dah ready dah nie...

 Isi dalam macam pink gitu kalernya..bukan kuning yer..rasanya manis dan tidak too much rasa tipikal betik...so happen yang nie seedless sungguh.sebijik jer bijiknya..

Betik nie agak femes kat Fiji nie..ade satu kawasan yang banyak menjual betik nie..iaitu Singatoka nama tempatnya...harga tak mahal..dalam $1 boleh dapat 3 biji kalau kena musim...

Sedang kami menikmati betik nie..tiba2 mengira2 akan untung ker tidak penanaman komersial betik nie...bayangkan nak tanam betik perlu tanah yang luas, jarak yang luas antara pokok..masa lak lama tunggu berbuah..kalau sepokok berbuah 50biji jer..berapa boleh dapat? $15 lebih kurang..kalau 1 ladang ade 50 pokok? $750 jer ker hasilnya..masa penanama dalam 9 bulan jugak tuh tuk dapat hasil...

Hmmm cam tak berbaloi kan...tapi camaner pun depa tanam jugak..tapi kalau depa tak tanam kempunanalah nak makan hawaian paw paw nie...

Wednesday, 23 April 2014

[WW] Menunggu Masaknya Buah Sulung

Oct'13 mula berbunga

Jan'14 makin berbuah

Mar'14 mula masak

Last week

 20th April petik

 Hari nie

Sedang eloknya masak manis bersari

Overall dekat setahun jugak dari tempoh menanam hingga mengecap hasil..tapi bergantung jugak kepada jenis betik itu sendiri ade yg cepat berbuah ade yg lambat. Once masak, semua akan masak beransur2 ikut turutan..enough stok betik sebagai fresh fruit kami for sometimes...

Inshaallah buah dari pokok2 lain jugak turut menyusul..:)

Tuesday, 15 April 2014

Jantan Betinanya Sibetik

Aku pernah terbaca dalam blog Kak Puteri Purnama tentang jantan & betina pokok betik yang dapat dikesan sewaktu mereka baby lagi iaitu daripada akarnya..boleh baca sinilah tuk tambah ilmu..

Tapi satu masalah ngan tanam betik nie adalah nak untuk dapatkan anak pokok yang kuat dan cepat berbuah. Dalam enrti dulu, Kak Zakie bagi petua bapaknya tanam betik adalah dengan tabur benih dalam lubang dan tidak alih2 dah  lepas tuh..inshaallah pokok akan menjadi lebih subur dan kuat dari yang dialihkan dan ditanam ditempat lain..

Aku dah cuba dua2 cara dan terbukti betul seperti yang petua Kak Zakie tuh. Cuma...

Cuma (sorry yer kakzakie) bila aku cuba kaitkan dengan ilmu untuk mengetahui jantan dan betina pokok betik daripada blog Kak Puteri Purnama, dimana kita perlu cabut dan tengok akarnya tuk mengetahui jantan betinanya itu..kalau cabut tengok, tanam balik biasanya pokok tuh tak sekuat yang tumbuh tak beralih2 dah..

Satu permasalahan, kenapa perlu discriminate in between jantan dan betina?

Kerana pokok yang jantan akan menghasilkan bunga jantan..manakala pokok betina menghasilkan bunga betina (dan mungkin jantan juga) bila mereka berbunga (harap betulkan jika aku salah yer)

Macam yang aku discovered pada betik yang aku tanam secara tanam biji direct pada lubang tanpa alih..dimana banyak benih ditabur dan banyak jugak anak2 akan tumbuh..cuma pilih satu yang dirasakan paling bestlah..

Cam yang nie dipilih oleh En.AAA lepas pokok tumbuh dan menjadi besar hanya 1 sahaja berpeluang meneruskan penghidupan yang lain kena berkorban..fair tak?

So bila pokok nie dah berbunga dalam 3 bulan usianya, barulah kami dapat tengok bunganya dan mengetahui apakah boleh berhasil ker tak pokok yang ditanam..

Seperti orang yang mengharapkan sangat anak perempuan namun akhirnya dapat anak lelaki jugak..apakan daya tak dapat mengatasi takdir kan..satu pokok semuanya bunga jantan sahaja..sib baiklah cepat jugak berbunga..kalau dah setahun  lebih baru berbunga dan jantan lak tuh? huhuhu..haru ke biru..

Bunga jantan beginilah..tidak membentuk kelopak seperti bunga betina..kalau tiada kelopak tiada sistem pembiakan bagaimanakah ia akan membiak berbuah kan..

 Beginalah kalau betinanya..indah putih berseri  bunga berkelopak..menjadi tarikan tuk pendebungaan..

 Pokok yang mempunyai bunga betina*

So apa nak buat bila pokok betik berbunga jantan? Kalau kami amek golok cantas sahaja batangnya rapat2..tapi awas pokok betik boleh tumbuh dari batang yg dicantas selagi tak dicabut akarnya...so cabut jerlah senang cerita kan..:)


*sori tidak dapat nak dipastikan samada pokok nie cuma berbunga betina sahaja atau kedua2nya. Jika pokok berbunga betina sahaja, ia memerlukan pokok kedua untuk persenyawaan (pollination). Ade pokok yang mempunyai kedua2 bunga jantan dan betina, jadi tidak memerlukan pokok yang kedua tuk pollination. Ade jugak yg berbunga bisexual dimana ade bahagian jantan dan betina pada bunga yang sama dipanggil perfect flower..semuanya bergantung kepada variety betik tuh dan jugak paling pentingnya kuasa Allah yang Maha Berkuasa menciptakan segala sesuatu mengikut kehendakNya.. 

Thursday, 23 January 2014

Menanti Masaknya Betik

Lama betul menunggu untuk mengecap hasil daripada betik organik tanam sendiri nie...tanamnya dari bulan October 2012, sekarang dah lebih setahun dah masih belum boleh petik dari laman lagi nampaknya...

Walaubagaimanapun setelah sekian lama menunggu betik2 yang ditanam sendiri berbuah, akhirnya kalau tak silap setelah setahun usia barulah  mula berbunga. Nie yang ditanam depan rumah,

Yang survived dari menjadi mangsa tukang kebun kecik..heheh..salah satu sebab lambat berbuah adalah kerana ditanam rapat..satu lagi kerana siabang asyik dok cabut daunnya...(nampak tak keembung sikit nyer besar tumbuh sendiri kat bawah tuh...subur kan)...

Inilah buahnya yang tak berapa lebat..dalam gambar nampak agak besar, in real life mungkin sebesar tapak tangan jer kot...masih lagi confuse betik jenis apakah ini..Hawaian Pawpaw lah harapnya...

Yang tumbuh sendiri kat belakang umah..lagi besar dan subur berbanding ngan yang ditanam sendiri kat depan umah tadi..berbuah pun lebih awal jugak..

Buahnya agak lebat sikit berbanding ngan yang kat depan umah tadi...pun tidak pasti betik jenis apakah nie..

Rasanya tempoh dari mula berbuah hingga masak mengambil masa lebih dari  bulan..mungkin boleh cecah 5 bulan kot. Harap2 cepatlah masak supaya tak payahlah kami beli dari pasar lagi tiap2 minggu..jimat duit, lebih organik kan..:) 

Tuesday, 24 September 2013

Nasib Sipokok Betik

Dek kerana tak menang tangan nak menjaga kedua-dua hero dan heroin kecik nie, dimana most of the time banyak habeskan masa ngan heroin kecik, maka kebanyakkan masa jugak sihero kecik banyak menghabeskan masa bermain dilaman..nak main ngan adik, adik banyak tidur dan tak seronok sangat lain main at this age...kalau adik nangis, abang tutup telinga atau buat bunyi bising ..tak mau dengar tangisan..huhu

So bila dah bermain dilaman sorang-sorang tuh, paham2 sahajalah banyak eksperimen dan 'kerja2' kebun secara volunteer yang dilakukannya.. atau lebih tepat lagi 'mengerjakan' kebun..:)

Lihatlah pokok2 betik nie,

Dahlah kurus walaupun berusia dekat setahun kena cantaslah pulak. 3 pokok semuanya senasib.

 Daun2 serta pucuk tiada yang tinggal..cuma batang jer..

Namun nasib baik pokok betik membiak melalui pertunasan,

Dua minggu kemudian kelihtan betik mula bertunas..tak tahulah sempat berbuah ker tak kali nie..

Actually betik yang 3 pokok nie kurus kerana tidak mendapat cahaya matahari secukupnya, terlindung dek pokok besar yang menaunginya. Pokok-pokok yang seusianya adalah lebih besar kerana lokasi lebih strategik.

Pekebun kecik tak keluar 'berkebun' hari nie kerana baru terkena demam selsema..lepak dalam rumah jerlah nampaknyer..tuh pun asyik mintak nak main luar lagi.. 

Sunday, 10 March 2013

Hawaiaan PawPaw

Hari ini hendak memperkenalkan salah satu betik yang paling popular disini..yang lebih dikenali sebagai Hawaian Pawpaw. Tidak pasti samada ade ker tidak ditanahair, namun seumur hidup belum pernah lagi jumpa betik jenis nie kat Malaysia..^-^


Betik nie saiznya kecil sahaja, mungkin dalam saiz tapak tangan ataupun lebih besar sedikit dari buah mangga yang besar. Juga ringan. Biasanya dipetik sebelum betik berwarna kuning dibahagian kulit luar, dan dibiarkan sehari dua sebelum dikupas.. kalau kuning macam gambar diatas tuh menunjukkan dah memang sesuai untuk dimakan. 


Isi didalamnya berwarna orange instead of kuning macam betik biasa..dengan biji yang agak banyak. Sedap dimakan bila tidak terlalu lembik atau keras. Nak tahu waktu yang sesuai, tekan pada bahagian kulit luar, jika terasa lembik sedikit, makan eloklah dibelah makan...


Dari segi rasanya pula, agak manis dan tidak terlalu kuat rasa betik macam betik biasa. Memang lebih sedap jika dibandingkan dengan betik kuning yang besar dan panjang. Kalau sebiji tuh memang ngam2 untuk dinikmati oleh 1 orang sahaja..

Kami baru sahaja menanam betik nie dilaman, belum pun merasa yang ditanam sendiri lagi. Inshaallah jika berjaya nanti, bolehlah dikirimkan benihnya untuk rakan-rakan yang berminat...Bila korang dah biasa ngan hawaiaan Pawpaw nie, rsnya nak makan betik jer daripada yang lain..^-^

Saturday, 6 October 2012

Tertanamlah Pokok Buah-Buahan Idaman..

Alhamdulillah hari ini sempurnalah usaha Abuaidan menanam sedikit pokok buah-buahan dilaman hadapan. Sebenarnya laman hadapan rumah adalah bertentangan dengan jalanraya dan diseberang jalan pula bus shelter, jadi kalau bas berhenti sekiranya kami berada dilaman hadapan orang-orang yang berada didalam bas dapat melihat laman. Jadi sebagai cover up sikit dan juga untuk teduhan daripada panas cahaya matahari sewaktu lepas zohor, elok juga dengan adanya pokok yang agak besar. Juga untuk mendapatkan sedikit privasi sewaktu berada dilaman hadapan.

 Barisan untuk pokok-pokok yang baru ditanam.

 Pokok pisang dari jenis yang agak rendah, orang -orang tempatan memanggilnya 'chinese banana'

2 Pokok betik dari jenis 'Hawaiaan Pawpaw' yang telah lama kami cuba untuk menanamnya.

Semuanya pokok diambil dari rumah jiran, sudah agak besar setelah cubaan menanam daripada benih tidak berjaya.  Semoga dapatlah kami merasa pisang renek dan Hawaiaan Pawpaw yang sedap dan terkenal ini, inshaallah.

Nuffnang Ads