Bila kita tinggal dinegara panas dan menjadikan berkebun aktiviti yang serius, salah satu masalah yang dihadapi adalah cuaca yang panas menyebabkan sayuran hijau susah nak membesar dengan sihatnya. Salah satu alternatif adalah dengan menanam dibawah greenhouse atau greenshade untuk meminimalkan cahaya matahari yang diterima oleh sayuran.
Salah satu lagi masalah yang kami hadapi dekat sini adalah time harvest tebu dan kilang mula beroperasi siang dan malam. Hasilnya..too much dust and dirt on the plants. consequences? tumbesaran boleh jadi terbantut, contohnya pada kobis..lihatlah perbezaannya;
Ini adalah kobis yang telah terbentuk dengan sempurna seberat 1kg, perhatikan pada kelopak atas berbentuk sepert topi manakala bila ditekan terasa padat.
Ini pula kobis yang terbantut pembentukannya disebabkan kesan dari kilang tadi - lapisan teratas tidak cantik bentuknya manakala bila ditekan terasa tidak padat dan longgar.
Yang ini pula kobis yang sedang terbentuk tetapi sudah kelihatan kekotoran dari factory mula menyelubungi dibahagian luar yang masih muda kelopaknya.
Jika mengambil kira masa untuk mengutip hasil kobis adalah lebih 4 bulan, dengan effort untuk menanam dan menjaga, tidak berbaloi jika semuanya ends up dengan hasil yang terbantut.
Memikirkan tentang masalah ini, so saya decided to cover 2 batas kobis yang mula membentuk nih dengan temporary greenhouse. Since Abu Aidan is very busy lately with his school works, voluntary organisation works dan etc, so have to use tenaga sekerat seorang ni sahaja. dan dalam masa 1 jam..
Materials and equipments :
- The greenshade- about 5m long. Yang paling penting dan perlu ada. This one we've been using it for more than 10 yrs already, jenis heavy quality, panas atau hujan memang tak rosak atau koyak. Abu Aidan bought it about $11 permeter.
- 2 pieces lebihan dawai pagar (Lenght 5m, width - 2m). pun dah lama usianya. .
- Kayu2 untuk buat tiang dan turus, pun yang recycle.
- Last, hammer untuk kerja2 mengetuk.
Steps:
- Lembutkan tanah tempat yang pacak tiang, tanah terlalu keras, jika tak dialirkan air terlebih dahulu memang tak boleh nak tembus kedalam walupun ketuk sekuat mungkin dengan hammer. Bila dah lembutkan tanah dengan air, ketuk dengan hammer memang senang tembus kedalam tanah.
- 4 tiang dipacak disetiap bahagian. Buat yang rendah jer supaya dapat tutup lebih banyak ruang sikit.
- Kemudian letakkan palang2 diatas tiang2 yang telah didirikan, ini sebagai sokongan kepada dawai yang akan diletakkan diatasnya. Tak payah paku atau ikat sebab temporary jer lagipun jika tiang dah cukup kuat untuk menyokong ia takkan runtuh begitu mudah.
- Kemudian dawai diletakkan diatas palang2 tadi..2 keping cukup cukup. nasib baik sebab saya main agak jer tanpa mengukur terlebih dahulu..
- Kemudian letakkan the greenshade atas dawai tadi, dawai terlebih tak apa asal greenshade dapat tutup area yang kita nak cover tadi.
- Jika takutkan greenshade kena terbang dek angin letakkan beberapa kayu diatasnya.
So siaplah temporary simple greenhouse yang boleh dibuka tutup anytime. Masa yang diambil dalam 1 jam. Alhamdulillah. moga Allah protect the plants..
.
For those who take gardening seriously sebagai sumber sayuran dirumah tidakkah rugi untuk invest membeli greenshade ini kerana ia memang bermanfaat dan tahan lama sampailah lebih dari balik modal yang dilaburkan.