Berada dalam bulan June dikira sebagai antara bulan yang tersejuk di Fiji Islands..sejuknya bukanlah mcm kat negara2 4 seasons..min temperature boleh jd between 14-16 degree..maxima siang hari dalam 26 degree..kira taklah sepanas bulan2 dihujung dan awal tahun. Namun kerana Fiji adalah sebuah kepulauan, cuacanya jugak banyak dipengaruhi oleh tekanan udara yang menjadikan suhu yg sejuk boleh menjadi panas, sebelum datangnya hujan lebat beberapa hari.
Kiranya berbanding dengan tahun2 lepas..tahun ini, cuaca kat sini so far taklah sejuk sangat sampai bangun pagi2 menggeletar nak amek wudhuk dan berselimut cukup tebal...bulan Julai nanti tak tahulah plak..boleh berubah lagi..somehow cuaca masih lagi membolehkan untuk penanam sayuran musim sejuk alhamdulillah...
Kita tengok kebun yang telah dirancang penanamannya sejak awal tahun lagi...
Seimbas pandangan tanaman yang ditanam dibawah teduhan greenhouse yang buruk ..telah menjadi agak padat
Pemandangan pada sisi yang lain...
Dari kanan - Pakchoy, sawi yang hampir sedia dan juga bunga kobis dalam usia hampir 3 bulan..
Sawi yang dibiarkan berbunga dan menjadi benih, sebelahnya brokoli yang berusia 3 bulan lebih..
Pakchoy yang hidup dengan rumput rumpai (tak terjaga), dan brokoli yang telah matang..alhamdulillah beberapa pokok telah mula mengeluarkan hasil.
Batas yang bercampur-campur - Kobis yang sedang matang dan ade yang telah ready, juga brokoli dan bunga kobis dibelakangnya. Yang paling hampir dengan pagar adalah bunga kobis berusia dalam 2 bulan lebih.
Tomato yang berusia diantara 2-3 bulan..ade yang telah mula berbunga..
Dibahagian luar pula kobis yang berusia hampir 2 bulan dan tomato yang telah pun mengeluarkan hasil dan dinikmati...alhamdulillah.
Ruang yang dahulunya untuk kebun tropika..namun telah berubah rupa sebab tanaman tropika kurang menjadi waktu nie...yang tinggal kacang botor dan petola semakin kekeringan. Tanaman baru pula adalah tomato, kacang buncis dan 4 batas ready untuk tanaman seterusnya..
Anak2 kacang buncis yang berusia hampir 2 minggu..
AUTP PUBLISH : Mintak maap tidak dapat berblogwalking dan menjawab komen2 buat masa ini.