Showing posts with label Labu Kundur. Show all posts
Showing posts with label Labu Kundur. Show all posts

Sunday, 24 February 2013

Rezeki Dipagi Ahad

Hujan lagi hari ini walaupun sudah tidak segalak semalam...(hinggakan ade kawan abuaidan tinggal keta kat umah nie takut banjir kat umah dia). Moga2 beransurlah awan gelap..terbitlah sang matahari.(byk kain dok jemur dlm ampaian..huhuhu).

Seronok tido dipagi hari sejuk2, tambah2 bila budak sorang tuh his father sibuk dok melayan. Sejam jer pun tido..bangun2 dah kena buat morning tea utk big boss. Goreng kentang (fries) jerlah light sikit kan sebab nak lunch lak lagi.

Anyway..masuk2 dapur tengok2 ade seplastik ubi kayu pemberian jiran sebelah umah..alhamdulillah...

Tengah2 pikir nak buat apa..tepung boko taknak dahlah sebab serik kena bagi makan kat burung..uhhuhu. Mungkin kupas2 kulit simpan dalam freezer..takpun goreng jer kan mcm goreng pisang gitu...

Kemudian turun kekebun, meninjau2 keadaan penghuni disitu..manalah tau kot ade yg memerlukan bantuan, kot lemas too much water 2,3 hari nie..alhamdulillah so far so good. Ternampak pulak petola yang dari pokok lama, dah besar buahnya...

 
Dalam keadaan yang tak tamak cukup nie buat sayur air lada hitam mahpun sayur putih campur kan...sedap jugak.

Kemudian melihat untuk kesekian kalinya pada labu kundur..nampaknya dah ready dah tuh..siap berbedak dah, cuma tak bergincu jer lagi. Ade cita2 nak wat sesuatu tapi musim hujan tak sesuai..kena tunggu panas. Since dah seminggu lebih berbedak silabu kundur nie, pikir2 eloklah petik sblm terlebih matang..bagi kat jiran ngan kawan2 dulu..

Kena berhati2 sket bila handle benda buah labu kundur nie sebab ade banyak duri2 kecik mcm miang buluh gitu.

Alhamdulillah rezki dari kebun ke kebun dimusim hujan...

Thursday, 7 February 2013

Musim Labu

Sepatutnya pada awal tahun begini kami dapat menikmati musim buah2an tempatan iaitu limau mandarin. Memandangkan limau mandarin yang baru berbuah semuanya gugur kerana taufan yang telah berlaku..jadi tiadalah musim limau mandarin kali ini.

Musim durian atau langsat atau duku atau rambutan atau dokong ... jangan bermimpilah..memang takder. Dulunya orang2 dikedutaan pernah membawa masuk durian untuk ditanam namun tiadalah menjadi..begitu juga rambutan..tidak sesuai dengan cuaca pulau barangkali.

Berbalik kepada tajuk..musim yang ade dikebun yang baru bermula sekarang ini adalah musim labu kundur..heheh... Ini labu import dari tanahair ini bat pengetahuan korang..benih yg dieksport oleh Kak Puteri Purnama.

 Yang berbuah diatas jaring greenhouse..

Yang berbuah diatas pagar belakang

 Buah yang lebih muda..diatas pagar juga..yang menjalar kedepan..

Nampknya tukang kebun tiada rezki ngan menanam tembikai, asyik jer tak menjadi. Namun lain pulak ngan labu kundur nie..tak jaga pun berhasil.alhamdulillah.

Pada pendapat korang...masak apa yang sedap ngan labu kundur nie ya?

Monday, 22 October 2012

Semaian2 Imported Benih

Semaian2 baru pada pagi ini benih2 yang dihantar oleh Kak Puteri Purnama sebagai rekod untuk tukang kebun.

Benih labu kundur 

Benih limau purut

Benih bunga telang

Bunga telang dan labu kundur ditanam berdekatan pagar supaya senang menjalar manakala benih limau purut ditanam didalam plastik/ kotak dahulu sebelum dialihkan pada permanent place. Sekiranya bunga telang dan limau purut ini berjaya ditanam inshaallah mungkin akan mencipta rekod tanaman yang baru dibawa masuk ke negara ini ..:) 

Nuffnang Ads