Showing posts with label Samosa. Show all posts
Showing posts with label Samosa. Show all posts

Thursday, 25 July 2013

Stok Frozen Samosa Untuk Iftari

Memikirkan orang lain tentunya seronok beriftari dengan pelbagai juadah samada yang dibeli ataupun dibuat sendiri, rasa kesian plak ngan En.Abuaidan yang beriftari hanya dengan kurma dan teh susu panas. Maklumlah mak dalam pantang kadang2 tak sempat masa nak buat banyak2 kerja sebelah petang dengan waktu iftarinya yang agak awal..nak masak dinner lagi..nak layan che mek molek dan abangnya lagi..

Jadi bila ade kesempatan, mak dalam pantang nie cuba menyiapkan samosa yang hendak dijadikan frozen..bila hendak makan..cuma goreng sahaja..tak perlulah susah payah, penat lelah membuatnya lagi..inshaallah..

Frozen samosa yang bolehlah tahan untuk 10 kali goreng..kalau gorengnya 3, 4 biji  sekali..:)

Kalaulah mak dalam pantang tak pantang..surenya pelbagai nafsu timbul nak makan tuk iftari nie..ngan cucur udangnya..onde2nya..agar2 santanya..bla bla bla...tapi big boss senang jer nak maintan..apa yg ada tak kesah..asal tidak menyusahkan sahaja...:)

Wednesday, 27 February 2013

S for ... Samosa!

Samosa adalah salah satu kuih muih yang agak femes disini..di Indian restauran selalunya menghidangkan samosa sebagai kuih muih untuk dinikmati bersama2 chai (white tea). Di Malaysia pun rsnya biasa kita jumpa samosa nie di restauran2 mamak kan...Kat sini yang femesnya samosa tradisional, iaitu kulit daripada tepung yg dibuat sendiri, bukannya dari yg ready made kulitnya.

Masih terngiang2 kata2 Abuaidan beberapa minggu lepas yang dia makan nice samosa masa tea party kat school. Katanya yang sedap sangat tuh macam mencabar dan membakar semangat untuk membuat samosa yang best jugak ..hehehe.

So dalam sejam lebih berhempas pulas siaplah samosas yang memang alhamdulillah best jugak yang dibuat so far..(sapa lagi nak puji kan kalau bukan diri sendiri kan..).  


Kulit yang rangup, inti yang sedap..berbaloi...

Ada pelbagai resepi yang boleh didapati daripada internet, namun kena pandai memilih baru kena selera. Lama2 dah biasa mencuba boleh letak bahan ikut taste sendiri. Since dah dapat formula untuk nice samosa nie, maka nak rekodkan dalam blog supaya senang nak refer nanti bila rajin nak buat lagi.

Resepi untuk Samosa :


Inti : - 2 biji kentang, secawan daging cincang, setengah cawan kacang peas. Sebiji bawang besar (didadukan). Seinci halia ditumbuk bersama2 2 ulas bwng merah. Tumis bwg2 bersama daun kari, masukkan sepotong kecil kayu manis, buah pelaga serta bunga lawang. 1/2 sk (serbuk ketumbar, serbuk jintan manis, jintan putih). 1sk garam masala, sedikit serbuk cili dan serbuk kunyit. Tumis sehingga naik minyak, Masukkan ayam hingga masak kemudian kentang..masak hingga masak dan kering. Tutup api masukkan sedikit daun ketumbar. siap dan sejukkan.

Cara membuat kulit :
Bahan2: -secawan setengah gandum, 2 sb minyak sapi digaul rata kemudian masukkan air perlahan2. Mix sampai jadi doh yang kenyal yang boleh ditarik.
Cara2 :- Bahagikan doh kepada beberapa bahagian kecil. Ambil 1 doh kecil, leperkan dan gelekkan senipis mungkin.

Nipiskan doh senipis mungkin..taburkan sedikit tepung untuk elakkan melekat.

Panaskan kedua2 bahagiah doh yg dah leper dalam 10saat (jgn sampai masak) Untuk memudahkan membuat bentuk dan disimpan dlm freezer.

Potongkan kepada bbrp bahagian yang reasonable (tidak terlalu kecil atau terlalu besar) yang boleh membentuk kon.

Bentukkan seperti kon segitiga

Gamkan pada bahagian tepi dengan sedikit gandum yang dicampur air.

Masukkan inti secukupnya (biar boleh ditutup)

Gamkan dibahagian atas pula agar tertutup dengan lebih kemas.

Siap 1 samosa (mcm bentuk ketupat sikit kan..heheh)

Siap semuanya dalam 20 biji...yang lebih boleh disimpan dalam freezer.

Gorengkan dengan api yang sederhan agar semuanya masak dengan balance. Jika yg frozen, hendaklah dikeluarkan sekurang2nya 40 minit sebelum digoreng.

Samosa memang sedap dimakan panas2 bersama dengan teh untuk hidangan petang. Mungkin penat sedikit membuatnya namun berbaloikan air tangan ibu untuk santapan ahli keluarganya..:)

Nuffnang Ads