Setelah sekian lama experiencing hari2 yang panas bermula dari selepas subuh sehinggalah lepas asar, atas rahmat Allah datang juga hari yang mendung dan nyaman..bilamana tiada kepanasan cahaya matahari yang terik.
Kesempatan diambil untuk membaik pulih our garden yang bersemak samun tunggang langgang kerana taufan hari tu..masih ade yang kelihatan buruk mata memadang..
Trellis petola yang kecundang dilanda taufan..kali ini memujuk Abuaidan membuat yang lebih kukuh lagi..yang hurricane proof..supaya tahan lama..inshaallah...
Pemandangan trellis yang dah hampir nak runtuh..
Kerja2 membuat rangka trellis oleh two 'strong men'
Kemudian membersihkan tapak dan membuat lubang untuk menanam..
75% siap..nampak lebih bersih dan kemas, kan...
Kemudian dipasang jaring untuk trellis diatasnya..dia buat sendiri mmg lebih kuat drp yg tukang kebun buat dahulu..
Kemudian petola siap ditanam..lihatlah tanah yang kasar dan kering kerana cuaca panas..
Disungkupkan dengan rumput kering..agar tidak mudah kekeringan bila hari panas..
Petola dan trellis hurricane proof yang telah siap..bereslah satu kerja yang ditunda2 ..alhamdulillah..
Sememangnya betullah lelaki diciptakan dengan kelebihan berbandingan wanita terutamanya dari segi kekuatan fizikal.. kalau mengharapkan tukang kebun untuk membuat semua kerja2 diatas, kebun dah naik hutan tu belum mampu buat lagi..:)