Showing posts with label Garden. Show all posts
Showing posts with label Garden. Show all posts

Thursday, 1 May 2014

Bila Aku Diluar Dia Didalam

Bila ade baby dalam keluarga 4 tangan boleh menjadi 2 tangan sahajalah..sebab 2 tangan itu sudah terikat dengan sikenit.betul tak?..

Dan 2 tangan yang lagi itulah yang bekerja..

Macam  semalam cuaca agak redup disebelah paginya..'dia' tuh agak kurang sehat dengan sakit tekak dan takut terkena hujan..tak mau keluar umah..so aku katakan pada 'dia'..akulah yang akan keladang hari nie..hmmm

'Dia' dok dalam umah jaga anak2 jerlah ..

Aku yang diluar lak bermacam2 kerja yang hendak aku buat..ibarat melepas geram lama tak berladang..inilah saatnya..:)

Seawal 7.30am aku diluar. Yang paling utama aku nak setelkan adalah cauliflower seedlings aku yang semakin besar..nak cepat2 transfer..so akulah yang kena finalise batas yg 'dia'dah buat tak siap tuh..siap batas aku pun tanamlah kobis bunga tuh dengan selamatnya...alhamdulillah..

Ade masa lagi aku semai benih ketumbar, tomato dan sawi putih..sempat jugak merumput sedikit.

Belum ade panggilan dari 'dia' yang didalam ..so sempat lagi aku tuai yang mana patut..

Hampir 9am aku ternampak 'dia' sedang bersiap2 hendak keluar..hmmm Acicha sudah tidur rupanya..so tamatlah masa aku untuk berseronok2 dengan laman dan selut...

 Beginilah ghuper kasut but aku setelah sepagian berkebun...hmmm

Pagi nie lak 'dia' dah ok sket badannya yang tak berapa sehat tuh...mau pulak diluar...katanya mau setel anak kobis dia...

Sepagian jugaklah dia siapkan batas dan menanam...juga membersihkan ladang yang bersamun...anak2 tomato pun 'dia' dah selamat alihkan jugak..alhamdulillah..

Inilah ghuper 'ladang' kami setelah beransur2 diusahakan..alhamdulillah much better than before..

Hmmm ..bila dia didalam dan aku diluar..taklah produktif mana hasilnya yang didalam tu..cuma dia mampu concentrate tuk jaga budak 2 orang tuh jerlah..lain2 kerejer umah..on hold...

Tapi bila aku didalam dia diluar..lebihlah produktif sebab aku berjaya buat beberapa kerja sambil jaga anak2 seperti memasak, kemas umah..lipat kain..sapu sampah...etc...

Dan dia bila diluar jugak lebih produktif untuk skop yang luas kan...:)

Sememangnya wanita lebih terer bab multi tasking dari lelaki kan...betul tak? Tapi lelaki wpun mereka cuma boleh concentrate 1 kerja sahaja dalam satu masa, tapi  mereka memang concentrate betul2..dan lebih baik dari kita resultnya...(pd akulah)

Tuesday, 25 March 2014

Baik Pulih 'Ladang'

Alangkah ruginya kan jika kita mempunyai ruang yang agak selesa untuk bertanam namun tidak dimanfaatkan sebaik  mungkin..masa berlalu begitu sahaja tanpa membuahkan hasil bumi..kalau dibuat sesuatu setidak-tidaknya sikit sebanyak inshaallah ade jugak rezki yang mungkin tertulis..

Atas kesedaran itulah peladang suami mengambil inisiatif tuk memulihkan balik ladang kami yang bersemak samun..at least sedikit demi sedikit usaha dicurah..lama2 lengkaplah jugak kan..

Itulah yang dia mencuri masa dihujung minggu lepas tuk memulakan balik usaha berkebun nie..

Bahagian luar...alhamdulillah clear dah sikit ..'jerudung hantu' sebelah kanan tuh pun selamat semuanya dibuang..mungkin cuba petola jenis lain atau tanaman lain plak lepas nie..

Didalam 'tapak greenhouse' ..nak sebut greenhouse pun malu sebab dah takder rupa dah..dengan 'green shade' pun nampaknya semakin mereput..nak ganti yang baru rasanya tidak berbaloi dengan aktviti yang agak terhad gini..so just manage jerlah ngan apa yang ade..inshaallah bila 'cool season nanti tak perlu shade dah..

Akhirnya berumah jugak sawi putih yang sekian lama duduk dalam bekas tuh..yang pokok besar sikit tuh dari yang batch ditanam terdahulu..banyak yg rosak kerana hujan...Bila tanam yg baru dibatas yg dah dibaiki sikit En.AAA tak cabut jugak 2 pokok tuh..nak simpan buah benih kot..huhuh

Namun tidak dapat jugak peladang suami berkebun setiap petang kerana lately petang jer asyik hujan..pagi manalah sempat kan...

Sebenarnya teringin sangat nak turun keladang pepagi tanam sayur, siram sayur tengok kebun yang menghijau...namun apakan daya keadaan masih tidak mengizinkan. siArissa nie kalau letak dalam stroller bawak gie kebun, silap aribulan terlepas pandang..maunya jatuh sebab dia suka sangat berdiri dalam stroller...huhuh..

Thursday, 20 February 2014

Ladang Yang Kurang Kasih Sayang

Rakan2 serta pembaca yang mengikuti blog ini dari awal terutamanya 'sektor perladangan' kununlah  nie mesti perasan kan yang aktiviti perladangan kami tahun ini tidaklah semeriah atau sehebat tahun2 yang lepas. Malahan pada tahun lepas punyalah gigih berladang sampailah kehari yang nak gie beranak di spital..

Dan korang jugak tahun kan yang peladang isteri nie balik dari spital tuh wak balik sorang baby yang shomelll..heheh

So sebab itulah dia dah tidak dapat menjadi peladang yang gigih dan berjaya hinggalah kehari ini..Bahkan pasangan peladang suami isteri nie menjadi peladang yang tidak komited dengan ladang mereka..huhuhu..

Yerlah peladang suami lak since sekolah bukak manalah ade masa nak berladang..balik umah pun lepas solat asar kat masjid kul 5.00pm.kul 6.0pm plak dekat kul 7pm dah Maghrib lak..mana sempat nak berladang..nak minum teh lagi..nak kena pegang baby shomell tadi lagi sementara maknya masak dinnner...

Dan sejak awal tahun lah cuaca berubah pagi ketengahari punyalah panas sampai nak meletup..banyak yang terjadi lak sebelah petangnya ujan selebatnya..kadang tuh pulak seminggu panas tak berhujan..seminggu kemudian ujan lebat lah pulak....camana nak berladang ngan aman kan..

Weekend pun kengkadang tak tersempat. Tambah lak bila ade komitmen yang tetiba menjemput..Minggu nie jangan cakaplah dengan semua sakit fenomena nie..hmmm lagilah parah.

So inilah yang terjadi pada ladang yang kurang kasih sayang nie..

Baru jer batas dibuat..hujan pulak menimpa..dah siap semai sawi putih..ngan sawi disapu hujan. Lihatlah betapa semaknya setelah 2 minggu tuan peladang dia tak jenguk.

'Jerudung hantu' nie memang dah tak bermanfaat lagi..berbunga berbuah namun tak menjadi2 buah yang boleh makan. peladang isteri dah bising2 suruh peladang suami buang semuanya..tapi peladang suami masih tak sempat lagi.

Yang jerudung hantu tu menjalar atas segala pokok yang mereka dapat...hinggakan pokok terung nie pun terlindung..semakin kurus cam sakit tak dapat cahaya yang secukupnya..kalau lama dibiar jerudung tuh jawabnya jd arwahlah pokok terung nie.
  
Bukan setakat itu sahaja peladang suami isteri nie neglected ladang mereka..hinggakan yang dah berbuah pun tak sempat nak tuai..banyak yang matang dipokok..dah banyak sangat jadi benih..sampai tak tertanam2..hhuhuh

Hanya inilah yang nampak elok sikit yang peladang suami tanam masa cuti sekolah ari tuh. Sekarang nampaknya dah membuahkan hasil..alhamdulillah.

Pagi nie setelah baby peladang lena tidur, barulah peladang isteri dapat kuar jenguk ladang sikit..tuai yang mana patut..nampaknya masih ade sedikit rezki tuk jadi ulam makan tengah hari ker..baru2 baik demam nie cam teringin nak makan budu pulak..

Patutnya macam tahun2 lepas, by this time peladang sudahpun bersedia tuk tanaman musim sejuk..nampaknya usaha kearah itu masih lagi belum direalisasikan lagi...hmm faktor cuaca pun jugak membantutkan pertumbuhan..

Saturday, 21 December 2013

Akibat Hujan

Batas nie telah disiapkan oleh the gardener pada awal minggu dan selamat disemai benih bendi dan disungkup dengan rumput kering tuk elak kekeringan. Dibuat macam lereng alasannya nanti senang bila tanaman dah semakin membesar untuk raise the soil pada pada pokok..pokok pun inshaallah jadi lebih kuat.


Setelah siap meletakkan benih dan rumput kering..sebelah malamnya episod hujan lebat bermulalah sehingga malam tadi baru reda..beginilah jadinya..

Ibarat longkang yang dipenuhi lumpur..lereng hampir terkambus..benih2 dihanyutkan, mungkin scattered around didalam batas tu...anyway ada yg dah mula bercambah...kita tengoklah nanti inshaallah apa yg the gardener akan buat...:)

Friday, 13 December 2013

Kebunku Dipenghujung Tahun

Macam lama rasanya tak update pasal ladangku yang satu nie. Jarang ade peluang untuk menghabiskan masa untuk kebun kerana kena ready to serve mem kecik 24 jam sehari dan juga hujan yang boleh dikatakan almost setiap hari, lebat plak tuh sejak penghujung bulan October..so selamatlah kerja2 menyiram..

Tukang kebun yang satu lagi pun walaupun skrang bercuti panjang namun belum ade kesempatan yang cukup kerana ade banyak komitmen yang terpaksa didahulukan..

Maka jadilah kebun sebagaimana adanya..

Jagung yang baru hendak besar serta bendi yang sudah menghampiri expiring date. Kerana hujan yang kerap jugak banyak buah kacang bendi diserang ulat.

Macam hutan lak kan... Kacang panjang yang rancak berbuah serta rumah petola yang merimbun disebelahnya..in between pokok betik tumbuh sendiri yang baru nak belajar berbuah.

Pemandangan dibawah greenhouse usang. Penuh semak kerana tak sempat dibersihkan asyik hujan jerr..pokok bayam liar pun apalagi sukalah sangat tumbuhnya. Actually ade tanam pakchoy, kobis bulat dan tomato tuh ..namun antara hidup segan mati tak mau jer yang tinggal..huhu

Tuaian yang biasa plak,

Petola, kacang panjang dan bendi. Boleh dikatakan selang sehari menuai kacang bendi dan kacang panjang..tak berhabisan hingga kenalah diagih2kan jugak..kalau dekat2 tuh nak jugak bagi kat Atie ker, KakZakie ker..Knor ker...Mia ker...hehe

Sememangnya hujung tahun dan awal tahun susah hendak berkebun dengan kekerapan hujan dan kadangkala banjir ataupun cyclone..alhamdulillah tahun nie belum ade berita cyclone seperti tahun lepas yang teruk melanda..biasanya kalau hujan kerap kebarangkalian cyclone atau taufan adalah rendah..namun kebarangkalian banjir..wallaua'lam..kena berjaga-jaga jugak...

Saturday, 21 September 2013

Dry Season

Pagi nie turun kelaman belakang untuk memetik cili dibuat teman dengan meehon..dari banyak2 pokok cili pelbagai jenis yang ditanam..ini sahaja yang mampu dituai..

Cili besar panjang (kulai) pun kelihatan semakin kecil dan kurus ..hasil pun tidak banyak dipokok..tidak seperti sebelum ini yang agak abundant..begitu juga cili2 lain..very little..

Pokok cili kulai yang dulunya lebat berbuah kini susah nak tengok buah bergayutan..berbunga namun buah tidak menjadi sangat..

Pokok cili burung dari Malaysia yang begitu kekeringan dan semakin tidak mengeluarkan hasil..faktor usia pun yer jugak agaknya..faktor tukang kebun malas siram pun yer  jugak..

Musim sejuk berlalu..kini musim kering pulak..sementara datangnya musim panas... matahari naik seawal kul 6.00am..by 7.00am cuaca sudah pun panas...anak bujang kecik kena kurung takleh main kat luar..tuh pun dah makin hangus kulit asyik main dilaman jer..

Menanam tuh boleh menanam cuma agak mencabar di musim kering begini...

Percubaan tukang kebun baru tuk tanam kangkung..kangkung yang disemai, rumput & bayam pasir yang tumbuh..agaknya memang susah untuk kangkung bercambah dimusim kering walaupun tanah sentiasa disiram lembap..

Batas yang diluar matahari terik..cuba menanam kacang tanah, roselle dan ulam raja..nampaknya sukar nak  tumbuh jugak.

Kalau nak menanam jugak, alternatifnya kena buat semaian dalam bekas,

Macam kailan nieboleh bercambah..syarat kena pastikan disiram dengan secukupnya dan diletakkan ditempat yang tak mendapat full sun.

Tanaman2 yang sedang membesar takder masalah sangat..janji banyakkan menyiram inshaallah boleh hidup subur..

Disebabkan dry season jugak, harga2 sayuran dimarket menjadi lebih mahal..macam sekarang sayuran hijau dan kacang panjang pun susah nak dapat..kalau ade pun memang sangat mahal..jadi survive dengan apa yang ade dikebun sahaja buat masa nie..inshaallah.

Tuesday, 3 September 2013

Bila Bertukar Pengurusan

Nampaknya tukang kebun utama telah gagal menjalankan tugas menguruskan kebun dengan baik sejak adanya Mem kecik yang memerlukan banyak time investment..jarang sangat dapat turun kekebun..kalau turun pun sekadar watering dan harvesting sahaja..tak boleh spend time lama2 kat kebun..anytime sahaja mem kecik akan panggil mengadap..

Setelah hampir 2 bulan berlalu inilah jadinya rupa kebun yang terbiar,

 Didalam greenhouse yang dah usang sesangat..tak dapat beza mana veges mana pokok2 liar kan..

Kemudian cuti sekolah 2 minggu nampaknya big boss bersungguh-sungguh mengerjakan kebun..membersihkan serta menanam yang baru..inilah hasilnya..

 Baru ade rupa kebun kan..banyak batas yang telah dibersihkan dan ditanam yang baru seperti kobis bulat..yang tinggal cuma bunga kobis yang tak berbunga2 tetapi  big boss kata simpan dulu jangan cabut mana tau kot2 nak berbunga...berjanggutlah rasanya..

Begitu juga bahagian tepi greenhouse yang dahulunya,

 Juga penuh dengan semak walaupun kobis bulat masih banyak lagi untuk dituai..

Setelah dikerjakannya,

Nampak lebih terang dan tak berserabut mata kan..tomato yang tepi greenhouse tuh masih bersemangat berbuah lagi tuh..

 Juga yang bahagian luar,

Tak bersemak sangat namun banyak yang dah expired..

Setelah big boss bertungkus lumus membersihkannya...

Bersih, kemas dan sedap mata memandang kan..dalam proses menanam roselle dan ulam raja dibatas tengahnya.

Bila bigboss amek alih pengurusan kebun nie rasa hepi jugak sebab bila dia buat, dia buat bersungguh2 dan hasilnya lebih daripada kemampuan tenaga pompuan kta nie..kebun pun lebih terurus dan tak terbiar dan tukang kebun yang tak aktif nie pun bolehlah berehat buat sementara didalam rumah..cuma keluar tolong tengok2 kejap jerlah..siram air ngan petik yg mana patut..:)

Thursday, 11 July 2013

Setelah Seminggu Kebun Ditinggalkan

Setelah lebih seminggu ditinggalkan..datanglah rindu untuk melihat tanaman2 yang dijaga selama ini..hendak turun kekebun pun bukan senang dengan adanya baby kecik gini..kadang tido tak sampai setengah jam pun dah uwaaa..pagi2 lak sejuk untuk keluar rumah..:)

So kesempatan yang dikala dikala anakanda kecik tengah 'sleeping beauty' curik2 keluar jap tengok mereka2 yg dilaman tuh...

 Yang diluar... semakin bersemak wpun tanaman semakin membesar

 Yang didalam..lagilah bersemak samun, kena tengok betul2 baru nampak tanaman..

Anak semaian pakchoy dan sawi..nampaknya tah bila lah dapat bigboss bagi rumah tetap buat mereka  nie..

Yang seronoknya,

Cili ala cili kulai yang dinanti2 telah berbuah dengan lebatnya..sebab semak sang burung pun tak nampak agaknya..nie kena jeruklah nampak gayanya sebab takleh makan cili ms pantang kan...

Tomato yang masak ranum..merah kalernya..sayangnya tukang kebun takleh makan tomato kan..so big boss jer lah yang makan nanti..

Agak kritikal sikit masak untuk kebun, not even for watering...big  boss pun bila balik kerja sebelah petang pun terkejar2, sampai umah kul 5 lebih, dkt kul 6pm dah masuk maghrib..kalau sempat pun dia cuba watering jer lah utk tanaman2 yang masih muda.

Wednesday, 5 June 2013

[ Wordless Wednesday] Berkongsi Dengan Sahabat Alam

Belum pun masak dah siap 'try'

Tiada erti 'pedas' dalam kamus mereka 

Kulit yang keras tiada halangan 

 Apatah lagi yang lembut dan senang ditebuk

Apapun belasah jugak, janji masuk boleh ditelan tekak2 kami..

Tuesday, 28 May 2013

Bila Hari Hujan.....

Hujan lebat seharian semalam..pagi nie pun masih lagi mendung dan hujan renyai2...bestnya ada alasan untuk tak perlu kekebun..sebab Allah dah turunkan hujan yang lebih dari cukup Alhamdulillah..

Semalam cuma keluar kejap bila hujan reda sikit tgk sayur2 dikebun..ade yang tumbang dibetulkan..

Cuma kacang panjang tumbang tak tertolong..kena letak pancang lebih lagi nampaknya..

Pagi nie lak terlebih rajin dalam hujan rintik2...

 
'Trimming' pokok lengkuas yang dah terlampau besar daerahnya..blocking cahaya untuk tanaman lain..tinggal sket untuk wat mandian dlm pantang kan...

Juga menanam cili.(takper tanam sekali bbrp pokok..mereka boleh hidup)...cuaca gini bila alih tanaman senang sket nak idup..inshaallah..

Lantas terlihat akan pokok kacang botor yg lebat buahnya tak terkejar mengutipnya...

Terpikir untuk buang yang dalam greenhouse..kelihatan semak..yg nie pun lebih dari cukup untuk dibuat makan..

Sebelum beransur kedalam rumah, sempatlah  mengutip yang mana patut...

Kailan yang bakal menjadi kailan ikan masin for lunch..inshaallah...terung dan juga kacang botor yang tiap2 hari dok makan krup krap krupkrap...

Hujan masih lagi on and off kat luar..yang didalam rumah cepatnyer terasa lapar walaupun dah isi perut kejap tadi..mata pula semakin berat macam rindukan che bantal gitu sejuk2 gini...

Monday, 29 April 2013

Kebun Budak-Budak Sekolah

Sebenarnya dari dulu lagi saya minat melihat2 dan meninjau2 kebun milik orang lain..bukanlah busy body..tapi mencari ilham camaner nak buat untuk kebun sendiri jugak. Salah satu kebun yang suka ditengok adalah projek agricultural disekolah..amat menarik sekali dan banyak aktivitinya..

Jom kita layan projek pertanian dikebun secondary school kat sini...semuanya diuruskan oleh agricultural students..bukan tanggungjawab tukang kebun...

Luas kawasannya..banyak ditanam kacang panjang dan terung pada bahagian ini.

Ini adalah pokok Bele yang pernah sy ceritakan pada entri yang lepas

Greenhouse yang dipenuhi dengan sawi putih dan kacang panjang..

Perhatikan sawi putih yang ditanam disisi greenhouse.

Juga terdapat sebuah nurseri di sini..

Pelbagai pokok2  yang mereka tanam.

Pokok bunga purple nie (lupa lagi namanya)..kelihatan cantik bila ditanam banyak2..

Dibahagian hadapan juga banyak ditanam dengan kacang bendi dan sawi putih

Kawasan penternakan ayam

Yang bulu gelap nie ayam telur..kelihatan peminat ayam leka bercakap ngan ayam..:), dari kecik sampai skrang bila dtg sekolah nie mesti nak tgk ayam..kejap2 jom gie tgk ayam...

Yang putih lak adalah ayam daging..ayam nie biasanya bila dah ready dijual kepada guru2 dan pelajar sekolah.

Seronok kan bila mempunyi kawasan yang luas dan tenaga yang banyak untuk membuat  kerja2 kebun, dapatlah organise kebun dengan baik dan sedap dipandang mata....

Nuffnang Ads