Showing posts with label masalodeh. Show all posts
Showing posts with label masalodeh. Show all posts

Sunday, 3 November 2013

Resepi Masalodeh Paling Simple & Sedap Sempena Diwali

Masalodeh atau pakora adalah antara kuih muih india yang paling sedap kan..tambah-tambah kalau dimakan masa ianya masih panas bersama-sama dengan tea waktu petang.

Kalau disini masalodeh dipanggi Bara. Biasa dihidangkan dimajlis-majlis mahupun untuk tetamu yang berkunjung. Tatkala berkunjung kerumah sahabat dan dihidangkan dengan bara nie, maka bertanyalah akan resepinya sebab biasa buat taklah sesedap yang depa buat. Bila dah cuba resepi mereka, ternyatalah memang sedap.

Jom kongsi resepi Masalodeh yang paling simple dan sedap..

 2 cawan kacang dhal direndam semalaman atau sekurang2nya 5 jam, kemudia toskan airnya.

 Kisar samada menggunakan food processor ataupun blender. jangan masukkan air walaupun sedikit.

 Kisar lumat adalah lebih baik kerana dapat membentuk dengan lebih mudah dan juga bila menggoreng tidak hancur dan consume banyak minyak.

 Bahan-bahan perasa: 1 sk halia kisar, 2sb bawang putih kisar, secekak kecil pokok ketumbar dan setengah biji bawang besar yang dihiris halus...kalau potong besar nanti mudah pecah masa menggoreng.

 Gaulkan semua bahan dengan dhal yang telah dikisar bersama-sama barang sesudu kecil garam mengikut rasa lah. Boleh letak cili kering  atau cili kecil yang dipotong jika suka. Lg sedap tanpa rempah ratus..percayalah...hehe

 Bentukkan kecik2 sebelum menggoreng...goreng didalam minyak banyak dengan api yang sederhana.

Masalodeh yang lazzatun..sedia untuk dihidangkan..makan panas-panas lebih sedap yer..:)


Hepi Diwali yer tuh sesaper yg sambut..dok nunggu jiran bg Diwali sweets nie kalo ade..heheh

Nuffnang Ads