Showing posts with label eggplant/ terung. Show all posts
Showing posts with label eggplant/ terung. Show all posts

Sunday, 13 April 2014

Terung Bakar Cicoh Budu

Pokok terung kami yang hampir pupus dahulu akibat berada dibawah cengkaman jerudung hantu seperti entri ini akhirnya pulih kembali setelah jerudung hantu dihapuskan dan pokok terung dibiarkan bernafas dengan lebih lega lagi..alhamdulillah..

Pokok terung kuat ketahanannya..tidak mudah mati..selagi mendapat keperluan yang mencukupi akan tetap berbuah...sampai tak larat nak kutip..

Bila dah banyak sangat, kukutip jugak dari membazir dipokok..

Kalau orang disini mereka biasa bakar terung lebih kurang camni dan letak bawang serta garam makan dengan roti paratha.

Tapi aku suka bakar dan makan cicah budu panas2..peerrgghhh memang sedap..boleh membuka selera ya amat. Dan aku realised yang terung bakar adalah lebih sedap dari rebus untuk dicicah budu..kalau takder lauk atau ulam lain pun tak kesah..tetap jgk bertambah2 nasiknya..:)

Saturday, 16 November 2013

10 Biji Terung

Terung adalah tanaman sayuran yang tertua dilaman kami. Satu sahaja pokoknya..mungkin sudah berusia lebih 2 tahun kalau tak silap,


Makin tua, makin besar, makin lebat berbuah. Bila musim yang mendapat hujan yang cukup seperti sekarang (hujan  hampir setiap petang), buahnya memang banyak tidak berhabisan untuk dimakan oleh kami berdua, dak Aidan tak makan sayur nie.

Selepas yang lebih besar dituai, masih banyak lagi yang kecik menunggu masa.


10 biji terung yang dituai pagi ini. UA bukanlah penggemar terung yang tegar, selalu tak ade idea nak dibuat apa ngan terung selain ulam..kalau nak buat kari atau gulai putih pulak banyak M nyer. Kebanyakkan terung digunakan tuk masak kari style Abuaidan jer..

Pajeri 10 biji terung

Namun hari ini terbuka hati tuk masak pajeri terung since Abuaidan ade  kat umah ujung minggu,suruh dia kukur dan keluarkan santan dari kelapa..plus suruh dia tumbuk lagi kelapa tuk buat kerisik..senang kerja, masukkan bahan2 jer sampai masak. Sedap jugakkan sekali sekala makan pajeri terung yang rasanya manis2 gitu, dipadankan dengan ayam goreng..memang lunch yang menyelerakan..:)

Nuffnang Ads