Kunyit yang dituai minggu lepas akhirnya bertemu kesudahan yang baik kerana tuan tanah tanah ade sedikit kerajinan untuk mengubah bentuknya..alhamdulillah.
Setelah dibersihkan same day, kulitnya tidak dibuang betul2 tak kuasa aku namun dikikis bersih dan kemudian dipotong2 kecil,
Sedia untuk dikeringkan
Yang telah kering garing. Mengambil masa 2,3 hari jugak untuk dikeringkan kerana cuaca agak mendung dua hari yang lepas.
Senang jer buat serbuk sendiri kat umah..blend kering jerlah sampai halus yang mungkin.
Serbuk kunyit yang telah siap. Yang berketul2 kecil tuh yang melekat kat tepi2 blender. Tidak ditapis untuk menjadi lebih halus kerana kemalasan..:)
Dapatlah sebotol peanut butter. kalau harga kat kedai sebanyak nie dalam $3
Bukanlah rajin sebenarnya nak buat homemade nie..namun dengan adenya sumber daripada membazir elok dijadikan sesuatu yang boleh digunakan kelak..dengan homemade jugak at least boleh belajar sikit2 cara membuat sesuatu sendiri kat umah kan.