Showing posts with label sawi/mustard green. Show all posts
Showing posts with label sawi/mustard green. Show all posts

Monday, 30 June 2014

Stok Sawi Bulan Puasa

Alhamdulillah memasuki 2 Ramadhan hari nie...semalam hari pertama puasa yang sungguh tenang..tanpa rasa letih mahupun mengantuk..berbuka puasa dengan cukup ringkas sejenis kuih, sejenis lauk serta teh panas diwaku cuaca agak sejuk..memang nyaman dan selesa sekali tuk beribadah..tidak sedikit pun sedih walau tiada kuih muih penuh meja mahupun lauk pauk serta minuman yang enak..makan tak hengat  sampai tak larat nak bangun...

Cukuplah bersederhana..agar kita sedar yang puasa sebenarnya not all about food sebaliknya salah satu hikmahnya adalah tuk mengenang orang2 yang kadang2 terpakasa berpuasa kerana kekurangan..tapi ade diantara kita yang masih sanggup berjoli sakan ngan makanan sewaktu berbuka...apatah lagi kalau berbuffet kat hotel...

Hari yang kedua ini alhamdulillah ade kesempatan tuk keladang jenguk ladang dipagi dikala Acicha tidur..banyak yang sudah semakin ready tuk dituai..dan sayur sawi yang dok cerita pada bulan lepas pun sudah sedia tuk dituai bila2 masa... 

 Stok tuk bulan puasa dapatlah bersayur hijau...sayur bening pun dah cukup sedap dah..


Kalau diikutkan saiz agak kecik..namun sudah hampir matang dengan berbunga dah..actually faktor cuaca yang tak menentu yang ade kalanya panas dimusim sejuk yang menjadikan sawi2 nie tidak begitu besar dan subur..lihatlah daun yang berlubang2 tandanya cuaca tidak cukup nyaman dan cukup serangan serangga..

Somehow alhamdulillah dengan rezki yang dikurniakan serta thanks to Olive yang bersusah payah hantar benih tuk peladang merasa sawi dimusim yang terakhir nie...

Monday, 2 June 2014

Projek 'Ladang' Sawi

Sawi untuk musim nie adalah special sket..sawi naik kapal torbang berkos mahal yang dieksport oleh Olive..thanks a lot leng lui..bukan sini takder tapi lain sikit jenisnya..macam tak real jer..huhuhu

Dapat jer benih about a month ago, esoknya terus semai..alhamdulillah tumbuh ngan suburnya..and now is the ime to transfer them kat umah baru..

Projek mengusahakan'ladang' yang bermula petang sabtu..manfaatkanlah tenaga hero2 yang ade dirumah..

Tapak projek yang dahulu didiami oleh kacang panjang dan kacang bendi..now out of season..rehatkan mereka beberapa bulan dulu..

Bertungkus lumus peladang suami membersihkan tapak

Pecah tanah..bersambung esokkan harinya lak..

Seawal 7.30am pagi ahad peladang suami bekerja penuh tenaga to make garden beds..kalo tenagaku ini jawabnya patahlah tulang lututku lagi..

Dekat kul 11 pagi baru siap..ready tuk tanam lak..

Inilah sawi mahalnya..sedang elok tuk dialihkan..


Proses pemilihan anak2 yang akan ditanam dibatas..

Menanam lak sebelah petangnya..berkain pelikat pun hantam jerlah janji beres kerja..heheh

Siap sudah 2 batas yang agak besar dipenuhi dengan anak2 sawi..semoga cepat membesar dengan  sehatnya inshaallah..

Wednesday, 26 June 2013

Stok Tak boleh Tunggu...

Setelah rancang2 bertanam green veges untuk masa pantang, akhirnya dalam masa menunggu-nunggu masa..sayur2 yang ditanam pun telah hampir matang dan menunggu masa untuk dituai..

Sawi dan pakchoy.. ready for harvest, dibiar lebih seminggu lagi mungkin daunnya semakin matang dan tidak sedap rasanya..sawi pun dah mula berbunga...

Stok sawi yang lebih awal ready..delay masa menuai..akhirnya pokok semakin besar meninggi dan  bunga pun dalam proses nak jadi benih  plak..akhirnya 2 hari yang lepas dituai dan selamat dimasak. Sawi gini takder dijual dipasar disini .sebab tulah precious...

Stok2 yang kemudiannya lak masih kecil dan mungkin will be ready after 3 weeks..begitulah kita hanya boleh merancang..Allah yang menentukan :)

Saturday, 6 April 2013

Menanam Sawi & Pak Choy (Kobis Cina)

Ini merupakan sawi dan pak choy (ataupun kobis cina) yang pertama ditahun ini dan juga dimusim ini. Benih yang telah disemai pada 19/3/13 baru2 ini..kini setelah hampir 3 minggu barulah sedia untuk dialihkan..

 Anak2 pakchoy

Anak2 sawi.

Pada peringkat ini agar sukar unuk membezakan diantara kedua2 anak semaian ini, sehinggalah mereka semakin membesar dah membentuk dan yang bercorak lebih kekal. Apabila daun anak semaian terbentuk lebih daripada tiga maka agak sesuailah untuk dialihkan ketempat yang lebih kekal.

Dikongsikan sedikit bagaiman bagi menanam sawi dan pakchoy ini..

Batas tanaman disediakan mengikut keluasan yang dikehendaki dan dicampurkan dengan kompos serta baja asli, tanah digemburkan sebelum anak2 semaian dialihkan. Siram dengan air selama beberapa hari agar tanah menjadi lembut dan sebati sebelum dialihkan anak2 semaian...

 Lubang kecil digali dan diletakkan anak pakchoy untuk ditanam (gambar kuning sedikit krn pencahayaan kamera)

Kemudian dikambus 1/3 drp bahagian batang dan akar..bahagian daun jgn ditutup dengan tanah..

Setelah anak2 sawi dan pakchoy dialihkan, siraman dua kali sehari pagi & petang untuk mengelakkan anak2 semaian daripada kekeringan...sekiranya cuaca panas, tutup dengan jaring untuk selama seminggu sehinggalah ana2 sawi dan pakchoy kelihatan kuat..

Anak2 pakchoy yang telah selamat dialihkan..

Biasanya sawi dan pakchoy mengambil masa sekurang-kurangnya 40 hari setelah dialihkan untuk matang dan sedia dituai hasilnya.

Monday, 10 September 2012

Sentimental Value



Sawi ini adalah sentimental value to me. Pertamanya benih daripada yang di'preserve' sendiri, terasa begitu lama menunggu daripada pokok berbunga, berbuah dan kering menjadi benih yang berguna, hampir nak cabut pokok ingat takkan menjadi benih. Alhamdulillah bila benih kering, dan ditabur pada 3/8/12 kini telah berusia 6 minggu, rasanya telah sedia untuk harvest bila2 masa sahaja.

Penyejuk Mata
Kalau dibeli dekat market agak-agak berapa nilai keseluruhan? Itulah yang baiknya bila kita tanam sendiri, tidak payah mengeluarkan duit untuk membeli, boleh tuai bila2 sahaja mengikut keperluan, malah boleh dikongsikan lagi dengan jiran2 dan kawan2.  

Mungkin kena pikirkan untuk menanam sawi secara komersial kat sini dimana masih belum begitu popular.hmmm..  

Klik  untuk  menanam sawi dirumah 

Friday, 31 August 2012

Sawi Dari Benih Sendiri - Minggu ke 4

Daripada benih yang ditabur pada 3/8/12, kini hampir sebulan usia. Setelah penjarangan dibuat pada seminggu yang lepas anak2 sawi kelihatan sihat dan segar dengan sekitaran yang lebih luas. Racun serangga juga disembur hampir seminggu  sekali untuk mengawal serangga2 kecil yang memakan dan merosakkan daun. Memandangkan cuaca semakin panas sekarang, serangan serangga amat membimbangkan berbanding ketika musim yang lebih sejuk sedikit dimana tiada serangan yang perlu dipantau dan pokok lebih sihat.
 Pemadangan anak sawi dari dekat
 Pemandangan sebahagian daripada anak2 yg dijarakkan
Pemandangan seluruh batas sawi yang ditabur

Untuk progress detail click : Live updates - sawi

Thursday, 23 August 2012

Sawi - Penjarakkan Anak

Anak2 sawi daripada benih 'preserved' sendiri  yang telah ditaburkan kebatas pada 3/8/12, sekarang telah berusia hampir 3 minggu. Kerja2 penjarangan anak sawi telah lama ditunda memandangkan kesibukan persiapan hari raya dan beraya. Memandangkan anak sawi semakin membesar  dan cuaca pula semakin panas jika dibiarkan lebih lama, susah bagi anak pokok yang sudah besar untuk menyesuaikan diri dengan pengalihan dan menjadi pokok yang kuat dan subur.
 anak2 sawi kelihatan berjarak agak rapat diantara satu sama lain

 Alhamdulillah petang semalam 21//12, sedikit masa diperuntukkan untuk kerja-kerja penjarangan anak sawi. Hasilnya, hampir semua anak sawi telah dijarakkan dalam lebih kurang sejengkal antara satu sama lain sedaya mungkin, kecuali anak2 yang masih terlalu kecil dibiarkan dahulu tanpa pengalihan sehinggalah saiznya menjadi lebih sesuai untuk dialihkan.
pemandangan dekat setelah dijarakkan

Batas yang disediakan untuk sawi hampir penuh dengan anak2 sawi setelah penjarangan. 

Memandangkan cuaca disini telah beralih kepada cuaca yang lebih panas, dikhuatiri anak2 sawi tidak dapat hidup subur seperti dimusim lebih sejuk. Walaubagaimana pun sebagai percubaan, inshallah jika hasilnya baik mungkin dpt diteruskan untuk batch berikutnya jika tidak terpaksa mencari sayur alternatif nampaknya. 


Untuk progress detail click : Live updates - sawi

Sunday, 5 August 2012

Menabur Benih Sawi

Kerja2 membaiki dan menyiapkan batas dijalankan pada 29/7/12, siap dan menunggu benih untuk disemai
 Setelah benih dituai dari kebun sendiri pada 2/8/12 (entry : Menuai Benih Sawi)
Kemudian pada 3/8/12 benih telah ditaburkan secara direct pada batas,
Dan alhamdulillah hari ini 5/8/12 - 3 hari kemudian  benih dah mula bercambah dikebanyakkan tempat. Mungkin disebabkan hujan sehari dua ini tanah menjadi lembap dan memudahkan percambahan.

Saturday, 14 July 2012

Menanam Sawi Caraku

Assalamualaikum..

Sawi atau nama englishnya mustard green adalah sayuran yang paling digemari dimalaysia. Senang didapati di market atau pasaraya. Sesuai ditanam dalam kawasan yang mempunyai suhu diantara 23-35oC dan kelembapan yang tinggi. Terlalu banyak hujan boleh merosakkan daun sawi dan menjejaskan kualitinya.


Kaedah yang paling efisien untuk menanam sawi adalah dengan menyediakan anak benih dan di alih batas yang telah disediakan. ini kerenan untuk menanam sawi dalam jumlah yang tidak begitu banyak seperti untuk dijual adalah agak membazir jika ditaburkan benih terus kebatas dan kemudian dijarangkan kerana benih yang ditabur mungkin terlebih dari yang diperlukan dan batas semaian mungkin tidak akan mencukupi.
Disini akan dikongsikan cara menanam sawi yang amat mudah terumatanya bagi mereka yang berminat menanam sayuran dirumah.

Menyediakan anak sawi terlebih dahulu daripada membuat batas,ini kerana sewaktu menunggu anak sawi cukup besar untuk dialih,  bolehlah batas disediakan - jimat masa.

Langkah untuk menyediakan anak sawi adalah seperti berikut:-

1.  Sediakan bekas dan benih untuk menyemai benih
cara menanam sawi
bekas berlubang agar air tak bertakung
cara menanam sawi
Benih sawi
 2. Isikan tanah lebih sedikit dari 3/4 bekas (kalau penuh anak sawi yang dah membesar akan menjaga bengkok batangnya, kalau kurang anak sawi akan jari kurus dan tinggi sebab kena panjangkan diri lebih sikit untuk dapat cahaya matahari yang cukup.

cara menanam sawi

3. Taburkan anak sawi direct diatas tanah yang telah diisi seratanya dengan menjarakkan benih. siram dengan air dua kali sehari pagi dan petang.


cara menanam sawi

Kita lihat bagaimana benih sawi bercambah, membesar dan jadi anak sawi yang cukup besar untuk dialih.

cara menanam sawi
Hari ketiga - Benih sudah bercambah
cara menanam sawi
Hari ke 4 - sudah membentuk anak pokok kecil
cara menanam sawi
Hari ke6 - semakin besar and pokok menjadi warna hijau
cara menanam sawi
Hari ke10-daun ketiga telah muncul


Selepas munculnya daun ketiga, anak sawi telah menjadi cukup kuat dan besar untuk dialihkan dalam masa terdekat. sekiranya dibiarkan terlalu lama tanpa dialihkan anak sawi akan menjadi kekuningan kerana persaingan untuk mendapatkan ruang dan cahaya matahari dalam bekas yang sempit.

4. Batas disediakan dengan menggemburkan tanah menggunakan 'fork' dan cangkul, lebih kurang seperti didalam photo untuk penanaman dalam jumlah yang kecil mungkin 30 pokok,

cara menanam sawi

 5. Setelah anak sawi sedia untuk dialihkan dan batas juga telah disediakan, bolehlah dialihkan. jarakkan diantara anak pokok kira-kira sejengkal antara satu sama lain.

cara menanam sawi

6. Setelah anak sawi dialihkan, pastikan batas dilindungi peneduh diatasnya untuk mengelakkan kepanasan matahari dari merosakkan anak pokok. Siram 2 kali sehari, pagi dan petang dengan amount air yang secukupnya

7. Photo-photo pembesaran pokok dalam masa 40 sehingga sedia untuk dituai.

cara menanam sawi
 Hari pertama setelah dialihkan

  usia seminggu

cara menanam sawi
Usia 2 minggu

cara menanam sawi
 usia 3 minggu

cara menanam sawi
 Pada usia sebulan

cara menanam sawi
 Pada usia 40 hari, sedia untuk dituai

Begitulah kaedah yang ringkas untuk menanam sawi dirumah. sekiiranya ingin mendapatkan bekalan sawi yang tak terputus, setelah anak sawi dialihkan kebatas, ulangi proses pembenihan. jadi dalam masa setiap 10 hari kita akan menghasilkan anak sawi untuk disemai ke batas.  Maknanya dalam masa sebulan kita memerlukan sekurang-kurangnya 3 batas sawi untuk penanaman berterusan.


Have they not seen how We drive water to the dry land that has no vegetation, and therewith bring forth crops providing food for their cattle and themselves Will they not then see. (25:27)


Friday, 29 June 2012

Leafy vegetables

Assalamualaikum,

Looks like this weekend will be busy with some wedding of our close family friends  who live nearby... the weeding of their sister's son yang stay in new zealand, somehow for the son, they pilih a girl from Fiji yang baru 18 or 19 kalau tak silap..just finished form 7 last year. so tonight we'll have some doa selamat after maghrib, and tomorrow will go will 'bharat' or rombongan pengantin lelaki to the girl's house, and they'll bring back the girl and in the night again will have some walimah....

So here just small entry about our leafy veges ;

- Sawi or green mustard almost a month age now (they said mature in 30 days somehow till now still small to harvest
- Sawi putih or white cabbages also 1 month age now (ni paling byk sell kat fiji), rasanya sedikit pahit and bau lebih kuat dari sawi

 
- chinese pakchoi  6 weeks old, taster better than sawi putih and softer.

- silverbeet almost 2 months old, taste a bit ok but not a common vege in the market, saje try tanam.

somehow the best is sawi. but not widely available in the market here..kalau ade pun mahal.

Nuffnang Ads