Showing posts with label English cabbage/ Kobis. Show all posts
Showing posts with label English cabbage/ Kobis. Show all posts

Sunday, 6 July 2014

Mangsa Serangan

Sayuran hijau biasanya menjadi idaman setiap makhluk yang merayap, berwarna hijau, banyak kaki..cepat beranak serta menggelikan...mungkin kerana sayuran hijau tu rasanya agak manis dan sedap kan.. 

Mana yang kita makan dia pun nak lah makan jugak...kalau kita letak racun bukan setakat dia..kita pun takleh makan..dia boleh mati, kita pun leh mati...hmmmm ade jugak persamaan kan...

Mari kita tengok tahap2 kerosakan yang mereka boleh buat jika tidak dikawal...

 Yang permulaan..bersembunyi ngan menggulung daun..ingat orang tak nampak ker..

 Sambil menggulung beranak pinak ..sambil menikmati hidangan yang melebar..sodap...

 Attack bahagian dalam masa pucuk muda lagi paling best...

Kalau sempat diracun..beginilah jadinya yang daun nak menggulung tak tergulung sebab dah cacat..

 Ataupun boleh terbantut camni jugak..

 Yang nie memang tukang kebun tak alert lah nie..seronoklah depa apalagi dapat melantak semuanya..

Kengkadang susah nak betul2 organik...nak btul2 tak menggunakan racun bagai..bila dibiar habeslah dan berpenat lelah sahajalah usaha..nie pun dah banyak pokok yang menjadi mangsa..rezki mereka nak  buat camner kan..redha jerlah....huhuhu

Tuesday, 1 July 2014

Masa Untuknya Membentuk

Bila dikira masa terasa lambatnya nak mengecap hasil
almaklumlah kena menunggu 4 bulan lebih baru boleh tersenyum..
Sudah memasuki bulan ketiga alhamdulillah..
Nampak mereka mula membentuk
melipat melipat kemas daun2 muda kedalam

Perhatikan sahaja gambar yang dikongsikan
sebagai mencuci mata 
segar dari ladang...





 Inshaallah sebulan lebih lagi barulah nampak gaya tuk menuai..
Nampaknya dalam tahun nie, musim nie..
inilah satu2nya batch kobis yang dapat ditanam..
lepas nie rasanya boleh tanam tapi mungkin tak sempat menuai hasil..
baik jangan tanam kan...:)

Thursday, 5 June 2014

Ladang Kobis Bulat

Ladanglah sangat...heheh..sajer jer nak suruh sodap ditelinga..:)
tahun nie banyak sungguh komitmen dari penghalang tuk berladang
hinggakan kobis bulat yang dahulunya tak putus stok dalam setahun
kini baru 1 batch jer yang ditanam..

Anak2 kobis bulat yang berusia sebulan lebih

30 puluh pokok dibatas ini

20 pokok disini pulak..

Alhamdulillah agak cepat jugak mereka nie pick up
mungkin faktor cuac yang lebih sejuk menggalakkan pembesaran.. 

Somehow buat masa kena makan kobis yang dibeli dipasar dahulu 
sebelum yang diladang 'ready'..

Nak buat camner kan..itulah rezki yang dah tertulis..:)

Sunday, 27 October 2013

Jom Tanam Kobis Diluar Musim

Musim yang biasa orang menanam kobis adalah musim yang lebih sejuk kerana tanamanya lebih sesuai dan subur..kalau kat sini biasanya dari bulan Mar hingga September. Pun begitu telah terbukti dari pengalaman sendiri yang kobis boleh ditanam diluar musim dan jugak tidak semestinya ditanah tinggi yang lebih sejuk.

Hampir sebulan yang lepas, Abuaidan telah menanam lagi 1 batch kobis sebagai stok kitchen garden yang berterusan..


Anak kobis yang telah cukup besar untuk dialihkan...biasanya selepas 3 hingga 4 minggu disemai..sekurang-kurangnya lebih dari 3 daun telah terbentuk.


Beginilah style beliau menanam yang simple sahaja tanpa peralatan pun..


Anak kobis yang siap dialihkan..kelihatan sihat dan semoga dapat menyesuaikan diri ditempat baru..


Tukang kebun yang begitu tekun menanam..


Kejap jer dah siap transferred semua..perhatikan kobis ditanam dilereng instead of diatas batas..ade taktik tersembunyi sebenarnya tuh..kita tengok lepas sebulan apa jadi..:)


Selain dari rumput rumpai yang ketara..Yang lerengnya dulu dah menjadi hampir setara dengan batas. Ini kerana bila kita menyiram, secara tak langsung menghakis tanah yang diatas bawah dan turun kelereng..dengan tidak langsung membantu menutupi bahagian akar dan batang pada bahagian bawah dan menjadikannya lebih kuat.


Amacam? Jom tanam kobis sendiri dan jimat duit dapur..:)

Tuesday, 20 August 2013

Bila Tak Habes Nak Makan...

Cerita raya dah takder..juadah raya pun dah takder..cuma sikit-sikit biskut raya jer ader...heheh

Tapi ceriter2 bosan sayur2 kat kebun masih ade..kalau ade yg sanggup tahan telinga...:)

Kali nie citer bosan pasal sayur-sayuran yang tak berhabisan dimakan..menanam bukan main beriya lagi...bila time harvest..harvestlah jugak..tapi bukanlah semua sekaligus..cukup tempoh sayur dah terlebih matang sebelum sempat dituai...sampai berbunga-bunga camni haa...


Macam sawi putih nie bukanya banyak pun tanam..rasanya dalam 20 pokok jer..namum hasilnya besar-besar..sekali masak 3 pokok pun dah cukup. Oleh kerana dalam pantang kena pantang sayur  nie dan big boss pun makan sekali seminggu jer..setelah giveaway mana2 yang patut..maka tertinggallah kat batas yang tak termakan...


Akhirnya tiada guna disimpan, nak makan pun dah tak boleh...cabut buang jerlah nasibnya..agar batas yang kosong dapat diguna untuk tanam sayur lain lak kan..inshaallah..


Macam kobis bulat nie jugak, masih banyak yang dah ready untuk dituai kat kebun..seminggu cuma boleh habeskan dalam sebiji dua jer...bagi sana sini..masih banyak lagi yang tinggal..alhamdulillah..cuma nak menghabiskannya amatlah slow..menanamnyer pun dah slow makan masa 4 bulan lebih...sib baikboleh tahan lama sikit biarkan kat pokok...kalau tak selamatlah kat kompos jugak atau dimakan ulat...

Kena tanam sikit-sikitlah jawabnya lepas nie...tapi sifat tamak nak tanam banyak2 tuh ygsukar nak kikis...huhuhu

Sunday, 16 June 2013

Update#4DBF - Kobis

Entry untuk rekod tukang kebun sahaja..

Batch#1 - Ready dan dalam proses menuai...

Batch#2 -4 months old...maturing, will be ready dalam masa sebulan..inshaallah 

Batch no#3- 3 months old.. baru nak mula membentuk...


Batch#4 - 1 bulan setengah..growing good..alhamdulillah

P/S : Please jangan susah-susah komen, ok...tq very much

Yang Tak Menjadi & Yang Lain Dari Yang Lain


Keadaan kobis bulat yang tidak  menjadi disebabkan serangan ulat ketika masih kecil dan sedang membentuk. Kelihatan kobis cuba membesar namun tiada hasil yang dapat dituai walaupun sedikit..:)

Ini pulak kurang pasti sayur apakah ia. Disemai bersama2 benih kobis..dialihkan..namun setelah membesar jadi camni pulak..nak kata kailan besar sangat..ade sesiapa yang kenal sayur apa nie?

Saturday, 25 May 2013

Cara Kami Menanam Kobis - Part 2

Entry khas bagi rakan2 yang minat bertanam..perkongsian cara kami menanam kobis.

Bersambung dari bahagian 1,dimana kita telah tengok bagaimana hendak menyemai benih2 kobis..inshaallah kali nie dikongsikan lagi bagaimana kaedah kami menanam kobis nie..

Anak semaian kobis yang berusia lebih dari seminggu...lihat pada daunnya telah berbentuk gerigi dan juga lebih dari 3 daun terbentuk..sesuailah untuk dialihkan ketempat yang lebih permanent..kobis tidak sesua dialihkan beberapa kali kerana pembesarannya boleh terbantut.

Batas tanaman yang disediakan terlebih awal. Telah siap digaulkan dengan baja tahi ayam.

Anak2 kobis yang telah sesuai untuk dialihkan..

Lihatlah daunnya yang melebihi 3 helai..dan anak semaian cukup kelihatan cukup sesuai.. tidak kecil dan juga terlalu besar..usia diantara 1 minggu lebih hingga 2 minggu paling elok untuk pengalihan.

Lubang kecil digali, anak semaian diletakkan didalamnya..

Dikambus dengan tanah sekeliling batangnya (lebih 3/4) .tetapi jangan menutupi daun, teutamanya bahagian pucuk..kerana boleh membantutkan pembesaran ataupun terus tidak membesar...

Anak2 kobis yang telah siap dialihkan kebatas...alhamdulillah.

Seeloknya tutuplah batas dengan jaring ataupun bekas yang membenarkan cahaya masuk..untuk mengelakkan kepanasan..siram sekurang-kurangnya 2 kali sehari pagi dan petang...Kobis biasanya mengambil masa dalam empat bulan untuk matang.

Inshaallah jika diizinkanNya kita akan melihat perkembangan kobis dimasa hadapan...

Thursday, 23 May 2013

Bagaimana Kobis Terbentuk - Part 2

Sambungan from Part 1,

Semakin hari semakin berkembang besar, lipatan juga semakin banyak. Biar gambar sahaja yang menceritakan..tak mao banyak2 coleteh..:)





Berdasarkan tarikh2 yang direkodkan;

29/4/13 

2/5/13

9/5/13

11/5/13 -Kaler pun dah menjadi hijau kekuningan. Almost ready..dah boleh harvest kalau nak..:)

22/5/12 -  Hari yang dipikir untuk mengutip hasil yang pertama...

Selamat dituai..alhamdulillah. Kalau dibeli nie mahunya dalam $4.00 = +/-RM6.50 kerana masih belum dalam musim kobis... inshaallah yang lainnya juga sedang menyusul.. Kurang2 seminggu sekali bolehlah dipetik dari batch nie..kemudian the next batch pulak will be ready in 1-2 months..inshaallah.

So sbg conclusionnya  pembentukan kobis nie mengambil masa lebih kurang sebulan lah hingga boleh dituai..
 

Saturday, 4 May 2013

Cara Kami Menanam Kobis : Part 1 - Menyemai

Entri ini adalah perkongsian dari pengalaman sendiri untuk mereka2 yang minat berkebun dan bertanam sendiri sahaja. Moga2 perkongisian dapat membantu dan memberi manfaat kepada mereka yg memerlukan info.

Mari kita cuba tanam kobis sendiri di laman..kalau beli kat kedai agak mahal kan ..kalau kat sini bukan season sebiji tuh boleh jadi $5 dollar (RM7.50) lah. Tanam sendiri inshaallah dapat menjimatkan belanja, menambah pengalaman berkebun serta boleh menjadi aktiviti yang menarik.

Kobis sebenarnya lebih sesuai ditanam dikawasan yang mempunyai suhuh yang rendah, namun begitu tidak bermakna tak boleh ditanam pada musim panas..saya sendiri pernah menanamnya dimusim panas 'trang tang tang' alhamdulillah mendapat hasil yang berbaloi walaupun tidak sebaik yang ditanam dimusim yang lebih sejuk. Kalau nak tanam musim panas, perlulah diletak ditempat yang mendapat cahaya matahari kurang dari 70%..nak praktikal letakkan dibawah jaring..inshaallah dapat mengelakkan cahaya yang panas terik..dan kobis bolehlah terbentuk..kalau panas sangat biasanya takkan berlipat kedalam membentuk.

Langkah2 untuk menanam :

  • Dapatkan benih kobis daripada pembekal mahupun yang dijual didalam paket. Yang biasa saya gunakan dan sesuai untuk iklim tropika/ khatulistiwa adalah benih yg dibekalkanb oleh Yates dari variety KK Cross.
Pastikan benih yang dibeli adalah yang terbaru atau fresh seeds. Benih yang lama biasanya tidak akan bercambah sebaiknya.

Beginilah benih kobis kelihatan
  • Kemudian sediakan bekas untuk menyemai benih
cara menanam sawi
Pastikan bekas ditebuk dibawah dan sisi untuk membenarkan pengaliran air dan tidak bertakung didalam bekas.

cara menanam sawi
Isikan dengan tanah sekurang2nya melebih 3/4 daripada bekas.
  • Taburkan sedikit benih didalam bekas yang telah diisi dengan tanah tadi
Benih yang ditabur mengikut keperluan. Setelah itu siram sekurang2nya 2 kali sehari dan diletakkan ditempat yang tidak mendapat direct sun..untuk mengelakkan kekeringan.
  • Benih yang segar biasanya akan bercambah dengan cepat, selepas 2 atau 3 hari akan kelihatan sudah percambahan,
Benih yang bercambah selepas 3 hari

Anak2 kobis pada usia seminggu

Dalam usia 2 minggu lebih banyak daun2 yang terbentuk. Munculnya daun ketiga yang berbentuk gegiri menandakan anak kobis hampir sedia untuk dialihkan ketempat yang lebih tetap. 

Inshaallah pada bahagian berikutnya kita akan lihat bagaiman kobis dialihkan dan ditanam. 

>Happy gardening and Happy Voting< 

p/s - Rakan2 yang fr non gardening blog tak perlulah susah2 komen if not interested yer...:) 

    Nuffnang Ads