Showing posts with label Kacang Bendi. Show all posts
Showing posts with label Kacang Bendi. Show all posts

Saturday, 3 May 2014

Bendi Bertunas dan Lama Tempoh Berbuahnya

Pokok2 kacang bendi yang ditanam dikebun sejak hujung tahun lepas nampaknya lebih panjang usianya dan lama pulak berbuahnya..tidak seperti yang ditanam dari baka yang sebelumnya..berbuah untuk seketika kemudian pokok mula mengering dan mati..

Yang ade sekarang nie sekali tanam tahan berbuah sampai berbulan2 walaupun pokoknya sudah meninggi dan mengeringg namun dari bahagian bawah batangnya tunas muncul dan berkembang..tidak mengambil masa yang lama..terus berbuah..

 Tunas yang masih kecil mula muncul..

 Semakin besar

Batang yang sudah tidak berbuah dipotong agar bertunas dengan lebih mudah dan pokok lebih rendang..

 Pokok2 semuanya di 'trimmed' agar menjadi lebih rendah dan mudah bertunas..

Alhamdulillah yang bertunas begini memudahkan kerja ..tak payah tanam kerap sangat..hasil pun mencukupi tuk keperluan keluarga..3 hari sekali pun dapat menuai ..kadang2 tak tertuai, maka banyak yang menjadi benih dipokok.. 

Wednesday, 15 January 2014

[WW] Yang Makin Tua, Makin Tinggi, Makin Galak Berbuah...

 Tinggi dari bumbung?


 Tuaian selepas  3 hari..
 Fijian Style

Kelate Style (teringat akan adik aku yg tak suka makan ike singge masa zaman sekolah dolu2..huhuh)


Monday, 6 January 2014

Yang Dituai, Dikari-kari

Tidak banyak aktiviti perkebunan yang menarik dalam beberapa hari nie..sebab tulah cerita pasal ladang tuh agak tak banyak..anyway walaupun begitu hasil dan rezki dari ladang masih lagi berterusan..alhamdulillah..

Macam bendi nie walaupun dah beberapa bulan masih lagi mengeluarkan buah walaupun ketinggiannya dah melepasi 6 kaki rasanya..Biasanya tak terjadi sebegini lama..namun alhamdulillah rezki Allah nak bagi tak payah susah2 kuar duit bagi kat orang2 kat pasar nun..cili besar yang buat aku makin sayang..sebab sempat merah dengan banyak kali nie..kalau tak asyik makan cili hijau jer..tapi tetap sedaplah camaner pun..

Kalau bendi selain dari buat ulam..masak air ataupun masak bersama singgang..yang aku paling suka masak dengan ikan ..kari ikan mamak style...


Selepas transformasi with local fish Marlin..lihatlah betapa terserlahnya cili merah tuh. Hmmm..makan ngan nasik panas..dihari panas..memang berpeluh-peluh..heheh...Arissa yg dok atas riba tengok gambar nie pun telan liur jugak..:)

Saturday, 19 October 2013

Kecik-kecik Lagi Sibendi Nie Dah Berbuah

Bila beberapa hari tidak turun kegarden for inspection biasanya akan ade sesuatu yang surprise kan tukang kebun..salah satunya bendi nie.


Baru terperasan yang ade beberapa pokok yang ditanam sewaktu dengannya telah mula berbuah..terkejut jugak sebab  belum pun sampai 2 bulan usia..namun Alhamdulillah.


Banyak jugak buah dalam satu pokok..buahnya adalah sebesar jari manis..bila berbunganya pun tidak kuperasan..huhuh

 Pokok lain yang sewaktu dengannya jugak mula berbuah..kelihatan masih kecil lagi tuh..ketinggiannya kalau diukur masih lagi dibawah paras lutut nie..

Pokok-pokok bendi yang ditanam..inshaallah lepas nie dah takyah beli kat pasar dah bila nak makanbendi..:)

Friday, 8 March 2013

Time For Okra

Masa berlalu begitu pantas, terasa cepatnya dari saat menyemai benih pada 19/1/03, dan sekarang 7 minggu berlalu, alhamdulillah bendi yang dilaman kami telah mula membuahkan hasil...the fastest bacth so far, kalau tak silap. Bosan dengan buah bendi yang besar dan berduri (mungkin baka bendi singa), bertukar pula kepada jenis yang saiz sedang-sedang sahaja dan cepat pula matangnya..

Masa untuk menghargai ahli keluarga bendi ini..layan sahajalah gambar2 yang disajikan ..:)

Bunga bendi yang berwarna kuning, saiz agak besar .. sebagai permulaan yang membawa good news.
   
Seminggu kemudian mula menghasilkan buah, dalam masa seminggu juga biasanya buah yang lembut dan saziz yang sedang2 akan ready untuk dipetik.

Pokok2 yang membuahkan hasil, juga bersaiz sedang dan tidak terlalu tinggi. Masih ade yang lewat sedikit ditanam sedang dalam proses pembesaran.

Harvest yang julung kalinya untuk batch ini. Tidak boleh dibiarkan lama dipokok kerana buah akan menjadi keras bila matang...walaupun tidak banyak, sesuaikan dengan kuantitinya...

Dijadikan ia peneman asam pedas ikan wahi.Kesedapan asam pedas yang masih terasa tiap kali melihat kepada gambar..:), ade rezki inshaallah buat lagi.

Kemungkinan bendi yang ade sekarang merupakan batch yg terakhir sebelum musim yang lebih sejuk akan dtg dalam 2 bulan lagi..waktu ini sudah tidak sesuai untuk tanaman tropika ini.

Saturday, 19 January 2013

[Our Garden] Yang Terganggu dan Tak Berhasil

Lama usia batch bendi yang ada dikebun sekarang nie, dah lebih 4 bulan. Sebelum dilanda taufan sudah berbunga dan hampir berbuah. Namun setelah dilanda taufan pokok tumbang, dipulih balik kelihatannya subur seperti dibawah.. 


Nampaknya selepas sebulan kemudian, walaupun pokok semakin membesar dan kelihatan gemuk..malah tingginya mencapai ketinggian pagar, belum ada tanda2 berbunga pun lagi sampai sekarang. Setelah yakin bahawa pokok telah terganggu dan kemungkinan besar tidak akan berbuah, maka hari ini kami telah mencabut mereka2 ini kesemuanya.. 

Sudah menjadi longgokan yang sesuai untuk dijadikan kompos kemudiannya...

Inilah rupa tapak tanaman ini setelah dibersihkan. dan Alhamdulillah telahpun selamat disemai yang baru..semoga cepatlah tumbuh nanti..inshaallah.

Saturday, 15 December 2012

Bendi Yang Paling Subur

Bendi singa yang ditanam ini usianya sudah dua bulan lebih. Ditanam bersebelahan dengan pagar zink. Teruja melihatkan pokoknya adalah begitu besar dan subur berbanding dengan bendi2 yang ditanam sebelum ini.

 Ketinggian pokok pada paras dada orang dewasa.

 Saiz daun jika dibandingkan dengan bendi sebelumnya yang telah berbuah 
(perhatikan daun yg diletakkan diatas)

Telahpun berbunga dan berbuah

Kata Abuaidan mungkin kerana kesuburan tanah sebab tu pokoknya besar, namun saya merasakan salah satu faktornya juga adalah kerana bendi2 ditanam pada lokasi yang sesuai iaitu bersebelahan dengan pagar dan tidak mendapat direct sun...dan juga bila pokok yang hampir dengan pagar besar, mereka akan memberikan shade kepada pokok-pokok bendi lain yang bersebelahan.

Thursday, 15 November 2012

Bendi, Baka Yang Baru

Bendi ini adalah dari benih yang diberikan oleh rakan Abuaidan dan telah ditanamnya dalam bulan Spetember yang lepas. Alhamdulillah kini telah pun berbuah. Namun ini adalah dari baka yang berbeza daripada yang ditanam sebelum ini, rasanya yang dulu adalah bendi singa kalau tak silap dimana buahnya agar besar dan berduri.

Berbeza dengan jenis ini pula, buahnya sedikit kemerahan dan panjang yang boleh melebihi 8 inch. Tidak berduri seperti baka singa. 

Pokok juga berbuah lebat, lebih dari 5 biji dalam satu masa.

 Inilah pokoknya. Dahan dan pokok juga berwarna sedikit kemerahan.

Yang telah selamat dituai. Jika untuk diletakkan dalam kari sesuai ketika buah masih kecil manakala untuk digoreng bolehlah menunggu sehingga buah menjadi lebih besar..

Namun begitu tidak dapat diberikan nama baka ini, dah puas meng'google' untuk buah yang sepertinya namun tidak mendapat maklumat yang tepat. Mungkin jenis hybrid agaknya. 

Saturday, 10 November 2012

Cara Kami Menanam Kacang Bendi

Di kongsikan secara ringkas cara bendi yang kami tanam di kebun...
  • Batas tidak disediakan namun kami menggali lubang secara direct pada tanah untuk meletakkan benih. Semasa menggali lang bolehlah dicampur didalam tanah kompos yang disediakan didalam kebun sendiri. Jarak diantara lubang sebaik-baiknya  20 inch diantara satu sama lain.
  • Setelah lubang digali, 3 atau 4 biji benih diletakkan didalam lubang (untuk meningkatkan kebarangkalian percambahan). 
  • Penyiraman sekurang-kurangnya dua kali sehari agar benih mudah bercambah (tanah yang kering tidak menggalakkan percambahan). Pastikan tanah kekal lembap sepanjang hari.
  • Apabila benih telah bercambah, anak menjadi besar dan kuat sedikit, buanglah anak2 bendi yang tidak perlu agar seelok-eloknya hanya tinggal 1 pokok dalam 1 lubang. 
  • Bendi mengambil masa dalam 2 bulan juga sebelum hasilnya dapat dituai. Tuai bila buahnya sepanjang 5 inch (bergantung kepada variety)
  • Penjagaan - kami tidak menggunakan sebarang baja, tanahpun biasa sahaja. Namun siraman dibuat sekurang-kurangnya sekali sehari.
  • Daripada pengalaman menanam, kami dapati bendi hidup lebih subur di tempat yang tidak mendapat direct 'full sun' berbanding dengan yang ditanam terdedah sepenuhnya kepada cahaya matahari. 
 Yang ditanam tidak mendapat pendedahan cahaya sepenuhnya agak rapat. Lebih subur.

Yang ditanam ditempat yang lebih terbuka mendapat sepenuh cahaya. Pokok kelihatan kurus dan tidak membesar dengan sempurna pada saat berbuah.

Setelah menyedari akan kecenderungan begini, setiap kali menanam bendi tidak lagi memikirkan sangat samada boleh dapat direct full sun or not, kerana mereka tetap subur walaupun benih yang tumbuh sendiri dicelah2 pokok2 lain yang besar, sebagai contoh pokok jagung.

Tuesday, 2 October 2012

Suatu Konflik Tentang Bendi, Kesudahannya....

Assalamualaikum pembaca blogku yang budiman,

Kalau dalam entry yang lepas, merungut tentang kacang bendi yang ditanam yang menunjukkan tanda-tanda ketidaksuburan dan kata-kata cabaran dari 'big boss' bahawasanya tukang kebun belum berjaya menanam bendi lagi. 

Namun hari ini alhamdulillah dengan izin Allah yang mengubah nasib seseorang atau sesuatu, 2 minggu kemudiaanya bendi-bendi tukang kebun telah menunjukkan keupayaan mereka yang sebenar. Yang mereka bukanlah bendi-bendi yang lemah atau tidak sehat malah mereka bakal berjasa kepada tuan yang mencurahkan keringat selama dua bulan sudah. 



Kesemua pokok-pokok yang dahulunya kecil-kurus dan daun-daun yang bergulung merengkok (nak tunjuk dalam blog pun malu) kini telah membesar, seiring dengan pokok-pokok yang lain. Mungkin kerana hujan yang kerap dalam minggu-minggu yang sudah turut membantu pembesaran.



Hampir kesemua 12 pokok telah mula berbunga dan berbuah, alhamdulillah. Pokok ini dari jenis yang berbuah agak banyak dan tahan lebih lama. Inshaallah daripada minggu depan tidak perlulah kami membeli bendi dari pasar lagi, jimatlah dalam $2 untuk bendi.

Akhirnya, dia pun mengakui akan kesuburan bendi2 tukang kebun, "your okras look very healthy, alhamdulillah....." 



Friday, 14 September 2012

You Still Not Yet Successful in Planting Bendi

Itulah what he said to me a few months ago when my okras ended like this,

 Small plants with little fruits - itulah kacang bendi yang ditanam 4 months ago. 

At another location also same thing,
pokok2 yang kurus, kecil buahnya juga kecil dan sedikit

While the one that tumbuh sendiri (benih dibawa air masa hujan) was much..much..better
 Healthier and bigger plant with more fruits

So his words macam suatu cabaran to me to do better, i planted again some bendi one and half month ago, inilah resultnya so far,
Pokok yang kelihatan besar sebenarnya adalah lebih dekat dgn pokok2 lain yang lebih tinggi disebelahnya- much bigger and healthier, sedangkan pokok2 yang sebelah atas  kelihatan much smaller.walaupun jauh dari shade..

Trying to figure out, mungkin bendi lebih subur ditempat agak terlindung dari menerima direct sun.  Ini kerana daripada pemerhatian kebanyakkan bendi yang tumbuh sendiri ditempat yang agak terlindung (walaupun dicelah2 pokok2 yang lain) adalah lebih besar dan sihat sedangkan yang berada pada open space dan mendapat cahaya sepenuhnya macam terbantut pula pembesarannya..

Not yet give up with bendi, somehow want to see from different angles, I asked him to plant some bendi yesterday at different place, can't wait to whether his bendi will be better than mine or same..heheh..
His 12 holes of bendi

Tuesday, 17 July 2012

Kacang bendi - Tumbuh sendiri...dan berbuah

kacang bendi
Pokok kacang bendi ni tidak ditanam..tetapi telah tumbuh sendiri. mungkin dari benih yang dibawa air masa hujan. sekarang telah berbuah...alhamdulillah.

Nuffnang Ads