Samakah keseronokkan menanam sayur dan memetiknya dari kebun sendiri atau memetiknya dari pasar?
Tentulah tak sama kan...yang dari kebun sendiri tentunya lebih fresh, organik dan boleh petik bila masa jer nak once ready...cuma yang dari pasar tuh tak perlulah berpenat lelah menanam menyiram menjaga bagai...
Cam pakchoy nie adalah sayuran yang telah ready di'ladangku' nak petik hari2, selang sehari pun boleh hingga habes..pastuh tanam balik yang baru..
Cam semalam dah harvest dengan gembiranya..
Inilah baru betul2 sesuai usianya tuk harvest..masih lembut dan daun pun dah cukup besar..
Masak apa?
Untuk seorang makan masak dengan sos tiram ala stir fry letak sikit isi ayam..kawan ngan nasik yang panas2 memang sedap weyyhh..
Lunch ari nie plak,
Style sayur campur tapi kat sini dorang panggil chop suey..pelbagai sayur dimasak bersama2 ngan ayam atau ikan atau udang dengan soya sos dan sos tiram..febret seisi keluarga..hampir2 tenggelam pakchoy dicelah2 sayuran lain kan...
Korang plak hujung minggu gini lunch kat mana?
