Showing posts with label Kompos/ Compost. Show all posts
Showing posts with label Kompos/ Compost. Show all posts

Saturday, 11 May 2013

Free from Compost

Kebanyakkan benda yang kita buang dalam lubang kompos adalah buangan dari dapur kan, macam biji2 buah2an, sayuran dan sebagainya..wpun terkambus dan bercampur aduk, benih2 tuh tak reput atau dimakan tanah.

Hampir sebulan yang lepas ada keluarkan compost from compost pit dan dah diletakkan pada tanaman. Since last week we realised that banyak anak2 tanaman yang tumbuh daripada kompos yang diletakkan pada tanaman ..alhamdulillah semuanya subur2 belaka..diantara yang berguna adalah seperti yang dibawah nie..

 Pumpkin or labu, tumbuh sendiri..big boss macam tak nak cabut jer dan biarkan membesar kot..

 Anak betik, terlampau banyak tumbuh tapi tak tahu dr jenis mana..nie kena cabut sebab tumbuh kat wrong place..nak alihkan tanam tempat lain macam malas jer...:)

 Anak tomato yang memang banyak tumbuh..subur2 plak tuh..alhamdulillah takyah semai alihkan dari yang mana tumbuh ketempat yang lebih strategik..

Anak2 tomato yang dah dialihkan kerumah baru..ade lagi tuh lagi masih membesar kat tanaman lain..

Bayangkan berapa lama benih yang tersimpan didalam lubang kompos dan bila dikeluarkan, terkena siraman sewaktu menyiram tanaman dan mereka ini tumbuh ngan suburnya.cuma bila dah terlalu banyak tuh kenalah buang sebab blh jadi menyamak nanti..

Saturday, 20 April 2013

Kompos Yang Sedia Digunakan

Lubang kompos kami telah lama penuh actually, lama tiada masa sahaja sebelum nie bagi En . Abuaidan untuk menggali dan menguruskan kompos yang telah ready. Alhamdulillah 2 minggu yang lepas, sewaktu cuti Easter yang agak panjang, kesempatan digunakan untuk setelkan urusan laman dan juga membuat batas2 baru.

Oleh kerana batas baru dibuat, good time juga untuk menggali dan menggunakan kompos bagi batas nie...

Kompos yang digali diletakkan diatas batas yang baru dibuat..

Ratakan keseluruh batas menggunakan gardening fork

Batas setelah diratakan

Kemudian diratakan dan digaul pada seluruh batas dibahagian bawah juga..

Kompos yang bercampur dengan tanah diletakkan pakak pokok brokoli..

Inilah rupa lubang kompos kami yang telah separuh digali..

Bila kompos dalam lubang ini telah dikosongkan, dapatlah digunakan untuk membuang bahan2 lebih dapur dan laman balik didalamnya sementara lubang yang menjadi tempat buangan sekarang telah penuh dah perlu dikambus dengan tanah pada prmukaannya dan dibiarkan untuk beberapa minggu sebelum sedia digunakan.

Senang kan adanya kompos sendiri dikebun nie..jimat belanja takyah susah2 beli baja dari luar..:)

>>AUTO PUBLISH, any komen akan dibalas kemudian, inshaallah.

Nuffnang Ads