Showing posts with label Pumpkin/ labu. Show all posts
Showing posts with label Pumpkin/ labu. Show all posts

Monday, 18 March 2013

Merajukkah Si Labu?

Salam semua...masih bermusafir lagi nie...,

Tengok-tengokkan gelagat silabu yang tumbuh sendiri dihalaman kami nie....

Mulanya menjalar dibawah, selepas diganggu sedikit masa bersihkan rumput, tak lama kemudian dah merajuk menjalar keatas dan perhatikan dimana perginya....

Dari pagar menuju keluar pagar. Sekarang menuju kekawasan longkang diantara pagar. Nampaknya bukan rezeki kamilah nie..huhuhu..mereka nie kelihatan subur namun yang sedihnya tak nak tinggal bersama-sama kami lagi...:)

AUTO PUBLISH - dalam perjalanan balik dari Suva ke rumah..inshaallah doakan semuanya selamat.Nanti akan dikongsikan tentang bandar Suva ini, inshaallah.

Sunday, 2 December 2012

Labu Diatas Pagar

Labu yang tumbuh dari halaman sebelah rumah yang kosong, nampaknya telah menguasai pagar dan pokok2 pagar.

 Pokok-pokoknya memang kelihatan subur, walaupun dah dicantas beberapa kali namun tidak mengalah, masih jugak mahu mengasak sebelah laman kami.

 Dah memanjat hingga kebumbung 'greenhouse'..kalau berbuah nanti tak tahulah camaner..

 Bunga betina dan jantan ada tapi belum disatukan lagi. 

Agaknya inilah yang dinamankan vertical gardening.. kalau dibiarkan mahunya berbuah pada pagar. Banyak pula kerja nak kena support buahnya nanti. Abuaidan pun dah penat mencantas sulur2 yang memaut pada pokok2 pagar, namun 2, 3 hari selepas itu banyak pulak yang menerjah lagi...

Monday, 29 October 2012

Berbaloikah Tanam Labu?

Menanam labu boleh menjadi suatu keseronokkan terutamanya bila labu dah berbuah dan menuai hasil. Namun, oleh kerana labu memerlukan ruang yang luas untuk menjalar diatas tanah, laman boleh menjadi semak kerananya. Kerja-kerja pembersihan juga adalah sukar jika tersilap cabut, sebahagian pokok pulak akan mati.

Labu tidak memerlukan penjagaan yang lebih, mereka boleh hidup sendiri walaupun tidak diberikan perhatian. Mengikut pemerhatian labu boleh ditanam bersama-sama dengan tanaman seperti jagung atau bendi yang mengambil masa agak dalam 3 bulan untk dituai hasilnya. Sementara menunggu pokok jagung atau bendi berhasil bolehlah labu menggunakan ruang disekitarnya. Tambahan pokok2 seperti jagung atau bendi adalah lebih besar. 

Salah satu alternatif lagi untuk menanam labu adalah membiarkan mereka menjalar keatas, seperti yang dicadangkan oleh Wong dari Blog Travelog Hortikultur. Kaedah ini banyak dijalankan dinegara-negara barat. 
Image
Trellis yang kukuh dibina agar labu dapat menjalar secara vertical, dan jaring boleh diletakkan dibawahnya atau pada buah untuk memberikan sokongan. 

Namun begitu, kebanyakkan kita hanyalah menanam labu secara menjalar diatas tanah dan inilah yang berlaku pada kebun kami juga dengan ruang yang agak limited. 

Terlalu bersemak dan susah untuk dibersihkan.

Memandangkan harga labu juga adalah amat murah jika dibeli dipasar (boleh dapat $2 sebiji) dan boleh dibeli bila-bila masa tanpa menunggu buah ready, jadi kami telah mengambil keputusan untuk membuang pokok-pokok labu dibahagian ini tambahan pula bunga betina pun masih lagi belum keluar dengan kerap.

Lebih bersih dan tidak semak lagi

Hanya pokok yang mempunyai buah sahaja dibiarkan hidup sehingga buah sedia untuk dituai,

Nasib baik di Fiji terutamanya bahagian yang kami tinggal tidak terdapat reptilia seperti ular mahupun kala jengking dan sebagainya. Malah pacat juga tidak datang waktu hujan. Kalau tidak memang menakutkan untuk berkebun jika malas menjaganya.

Manakala yang bertandang dari rumah jiran yang kosong sudah crossed the border. Nampaknya mungkin terpaksa pikirkan alternatif buat mereka ini untuk menjalar vertical kerana tidak putus-putus harapan nak masuk jugak sebelah kami walaupun setengah telah dicantas.

Thursday, 25 October 2012

Semalamku Bermimpi

Ya...mimpi yang mempunyai kebun dah didalam kebunnya adalah buah tembikai yang sangat subur dan besar. Terasa sungguh seronok namun apakan daya dalam dunia realitinya belum pun berjaya menanam tembikai.

Actually sebelah siangnya kami bercakap-cakap dan berfikir tentang pokok labu (pokok labu lagii..hmmm) yang milik jiran sebelah pagar. Jiran dah kosongkan rumah tu hampir 3 bulan setelah isterinya meninggal dan telah pun berkahwin lain dan berpindah ketempay lain. Namun labu yang entah bila ditanamnya itu pulak hidup berjiran dengan kami, nak datang bertandang kawasan umah kami pulak,

Nampak tak labu dah panjat pagar tu..bukan 1 malah dekat 3 jalaran memuncung kearah sini. Ini nampaknya dah jadi seperti cadangan Wong - Travelog Hortikultur yang biarkan labu menjalar keatas. 

Bukan main subur dan besar pokok2 labu ini, mungkin tumbuh sendiri. Malah lebih besar dari yang kami tanam.

Apa nak buat yer? Biarkan atau cantas leher2 yang menjenguh ksebelah sini. Takut pula melihat mereka2 ini seperti datang dengan beraninya untuk menyerang. Kalau dibiarkan masuk kekawasan kami, kalau ada buah, buahnya boleh menjadi milik kamilah kan..ikut ralitnya, betul tak? 

Itulah daripada berfikir tentang labu2 nie bertukar menjadi tembikai plak..:)

Wednesday, 24 October 2012

Labu dan Tempat Mereka Bermanja

Assalamualaikum,

Pagi nie masuk turun kekebun awal sikit, maklumlah bila daylight saving nie kalau keluar kul 7.30am pun masih lagi waktu sebenarnya 6.30am..oklah masih awal taklah panas sangat. Bila  nengok2 sekitar ternampak penghuni baru 4 beranak nie seronok jer tidur dan bermanja disini,


Tak sedar lagi tu orang dah datang.. lepas tu kemudian baru beransur mereka ini. Ingatkan asalnya cuma 2 ekor anak, rupa-rupanya 3, ada yang putih tuh baru dibawa masuk. Tapi yang putih tuh selalu menghilang, jarang kelihatan macam yang kelabu berdua, hari ini baru dapat tangkap gambarnya, 

Inilah yang baru kelihatan, lain warna dgn maknya serta adik beradik

Hujan yang kerap sebelah petang kebelakangan ini, banyak sangat yang perlu dibersihkan didalam kebun. Kalau dibiarkan nescaya akan jadi kebun hutanlah jawabnya. Setidak-tidaknya gagahkan diri juga buat kerja sikit-sikit...sakit mata tengok kebun jadi hutan terutamanya area bahagian menjalar ini. No wonderlah 3 beranak ini suka releks2 kat sini..:) 

Jalaran labu2 kuning nie dah banyak dah yang di 'divert'kan drp keluar ke halaman padang. Pokok labu boleh menjadi menyusahkan untuk pembersihan dari rumput rumpai, sebab itulah kena tutup area ini dengan kayu agar tidak menjalar lebih jauh, cukuplah dikawasan ini sahaja.


Tuesday, 23 October 2012

Semuanya Bunga Jantan...

Pokok labu dah galak membesar dan berbunga, dah lama dah rasanya dari awal bulan 10. Namun setakat ini hanya 2 bunga betina yang keluar, yang lainnya semua bunga jantan... banyak pulak tu.

Hairan sungguh kenapa bunga betina tak keluar, padahal ada 3 pokok yang ditanam bersama-sama. Hanya sebiji buah sahaja yang terhasil setakat ini,

Bunga betina kedua yang keluar tidak sempat didebungakan. Layu dan kering begitu sahaja.

Sama jugak nasibnya dengan pokok2 timun batang yang kelihatan segar bugar dan mula berbunga. Banyak sangat bunganya, namun yang sedihnya tiada satu pun bunga betina...macam mana nak merasa buah timun kalau macam nie yer..


Bunga jantan berbeza dengan bunga betina dimana bunga betina kelihatan seperti buah yang kecil.

Macam mana nak buat yer?  By nature macam nie atau ada jalan supaya banyak bunga betina terhasil... atau kena buang bunga2 jantan dari tangkainya?.. pening gak bila berpikir2 tentang solution nya... 

Thursday, 4 October 2012

DIY - Mendebungakan Labu (Bergambar)

Assalamualaikum & peace be upon you,

Akhirnya labu yang ditanam pada 9/7/12, kini setelah berusian hampir 3 bulan telah mula berbunga dan bersedia untuk berbuah bila-bila masa sahaja, inshaalllah. Namun untuk mempercepatkan proses pembuahan, eloknya buatlah sendiri proses pendebungaan, manalah tahu serangga tiba-tiba busy pulak, banyak bunga lain yang nak kena visit, tak sempat melawat bunga-bunga labu kita. Kalau tak didebungakan nanti berakhir dengan kekeringan jerlah bunga betina itu nanti.

Dua pagi yang lepas Mr. Abuaidan telahpun menjalankan operasi mendebungakan sendiri labu manis yang ditanam. Beliau biasa dalam proses mendebungakan ini kerena selalu menanam labu. Dikongsikan sedikit cara mendebunga yang kami lakukan, mudah jer rupa-rupanya.

Mari kita belajar sedikit matapelajaran Biology hari ini yang bertajuk 'Pendebungan Labu', sila catat nota ya kelas..(heheh, banyaklah)
  • Alat yang diperlukan,

 1 Paint Brush yang halus
  • Kita pergi kebunga jantan dahulu,

 Bunga jantan

 Bahagian dalam bunga jantan - Debunga pada bhgian yg dikenali sebagai 'anther' 

  • Menggunakan paint brush, debunga disapu dengan lembut pada bahagian 'anther' untuk mengambil debunga.



 Debunga yang telah melekat pada brush
  • Kemudian beralih pula kebunga betina,

Bunga betina adalah bunga yang kelihatan seperti ada buah pada bawahnya

Inilah bahagian dalam bunga, dikenali sebagai stigma

 Sapukan paint brush yang telah melekat dengan debunga tadi pada bahagian stigma, pastikan debunga melekat (tiada pada brush lagi)

Bunga betina selepas 2 hari,

Kelihatan bahagian bunga telah menguncup dan tertutup sendiri.

Inhsaallah semoga melekatlah buahnya..

Tuesday, 18 September 2012

Labu Eksperimen - Berjalaran

Last update pada 21/8/12. 

Labu Kuning yang ditanam pada 9/7/12 Kini berusia 2 bulan  1 minggu.

Alhamdulillah labu telah membesar dan berkembang dengan sihat, cabang-cabang jalaran juga semakin bertambah.

 Labu yang tumbuh sendiri (benih tersasar)
Labu yang ditanam

Belum berbunga tapi hampir..

For detail progress : Labu

Tuesday, 21 August 2012

Tumbesaran Labu Eksperimen - Bersulur

Ditanam pada 9/7/12

Selepas 6 minggu pokok telah membesar dengan sihat alhamdulillah dan sulur2 sudah mula terbentuk untuk memboleh pokok2 mula menjalar.

Labu ditanam,
oursimplegarden-tumbesaran labu

oursimplegarden-tumbesaran labu

Labu Tumbuh sendiri,
oursimplegarden-tumbesaran labu

Untuk detail tentang progress boleh klik pada : Pumpkin/ Labu

Thursday, 9 August 2012

Eksperimen - Tanam Labu

Since ini adalah pertama kali percubaan menanam labu kuning manakala entry yang berkaitan dengannya akan dimasukkan dibawah ketogori EXPERIMENTS

Previous Entry : Berbelah Bagi

Asalnya labu disemai benih pada 9/7/12 daripada labu kuning yang dibeli dari pasar.

Seimbas tumbesarannya:
25/7/12 - bercambah dgn sempurna

27/7/12 - 3 hari
31/7/12 - 6 hari
3/8/12 - 9 hari
                                                                 
Batch yang asalnya,
 4 pokok
Kemudian dicabut 2 pokok untuk mengelakkan kesesakan dan menjadi semak apbila pokok membesar.
Tinggal 2 sahaja
Batch Ini dinamakan Labu Ditanam untuk memudahkan tracking dan updates dimasa hadapan.

Manakala yang ini pula dari batch yang tumbuh sendiri (benih tersasar) ,
3 pokok asalnya
Dicabut 2 daripadanya,
tinggal 1 pokok sekarang
dan dinamakan Labu Tumbuh Sendiri


Untuk detail tentang progress boleh klik pada : Pumpkin/ Labu

Saturday, 4 August 2012

Berbelah Bagi

Ini 5 pokok labu yang ditanam,
Yang ini pun ditanam dahulunya pada batas tapi sebab lambat sgnt tumbuhnya, dirobohkan batas buat tanambenda lain. Tiba2 mereka tumbuh pulak dipinggir batas - 3 beradik..

Nampak sehat2 semuannya..tetapi byk sangat pokok labu nak buat apa? menjalar satu garden tak terlarat bila dah jd semak...tak dpt tanam pokok lain pun jugak..
Tapi nak cabut buang tinggal 2 pokok jer ker sayang pulak...kena pikir panjang lg nie nampaknya....

Nuffnang Ads