Showing posts with label Ulam Raja. Show all posts
Showing posts with label Ulam Raja. Show all posts

Sunday, 9 February 2014

Hendak Meraja Lagi

Dulu aku ade cerita pasal pasal pokok ulam raja yang gah meraja di Kepulauan Pasifik nie..agak2nya the only ulam raja yang ade kat sini kan..tah2 ade merata2 lagi ko tak tahu..

Dah puas meninggi, berbunga, berbuah..akhirnya dicantas jugak kerana mengganggu pokok2 yang lain, blocking from sunlight dan juga makan banyak space hinggalah masuk dalam ampaian..

Namun begitu backup plan dorang nie lagi bagus..

Yang kelihatan batang kering adalah yang dicantas dan telah mati..namun generasi baru pulak mula bertaburan dimerata-rata..

Sampaikan diantara  pokok2 cili pun sempat jugak mereka beranak pinak..masa kecil ok lagi bila besar nanti kemain serabut jadinya kat sini..

Almost ready dah nie pun tuk dijadikan ulam..sib baik ade stok budu yang baru..:)

Betapa mudahnya kan menanam ulam raja nie...yang perlu kita tanam cuma kali pertama jer..lepas tuh dah tak payah susah2...kalau buat macam tak kenal jer lagilah mereka nie meraja for free..:)

Sunday, 29 December 2013

Bunga Cantik, Ulamnya Sedap...

Bagi chance kat gambar tuk berceritalah plak dihujung minggu nie..







Pokok apa yer  rasa korang?

Tuesday, 26 November 2013

Bila SiGhulam Raja Meraja

Telah ditakdirkan sighulam raja ini, dari benihnya disimpan dan dibalut kemas oleh Mak Buyung Kemaman..kemudiannya kapal terbang dinaikinya, kemudian sampai kepada penerima yang kebetulannya mak buyung jugak masa tuh....kemudiannya benih2 perintisnya mencium bumi asing..kemudian mereka membesar, kemudian berbunga...berbuah..kemudian benih-benihnya bertebaran dibawa angin sepoi2 bahasa..Sungguh telah tertakdir yang mereka akan beraja di bumi Pasifik nie..

Sungguh tidak sekadar kata2 diangin lalu..:)

 Sungguh mati tak mau, hidup pun tak segan..kamilah ulam raja bermegah dengan ketinggian separas dada dewasa..

Sungguh bila sampai masanya akan kami buktikan yang pokok lengkuas tidak lagi boleh berbangga akan kebesaran dan ketinggiannnya..tunggulah..kata bukan sebarang kata..:)

 Sungguh bila tiada  dirindui, dicari..bila melimpah ruah didepan mata tidak tekak merasa begitu kepingin..jarang-jarang sekali dicuit..

Sungguh bukan ketiadaan budu mahupun sambal belacan menjadi alasan. Sungguh tetap menggandakan selera walau setakat bertemankan siasam pedas..sungguh bukan sepinggan nasi menjadi taruhan...:)

Sungguh patutkah kubiarkan mereka-mereka itu atau kupangkas sahaja leher2 mereka agar terang mata memandang..?

p/s-sungguh ala2 zombie hari nie dek kerana budak sorang tuh meraung tak brenti2 kuat plak tuh semalam sampai tengah malam, kaki luka sikit jer terpijak mainan sendiri sampai pecah, nangisnya ngalahkan kambing yang nak kena sembelih...terpaksalah mak kena ngulang2 baca doa (alfatihah jer)..nasyid mawla yassalim sampai terlena..sib baik adik tidur jer dlm raungan abang..:)


Saturday, 14 September 2013

Bila Ditanam Tak Tumbuh, Bila Tak Tanam...

Tumbuhnya dengan amazingly! Lihatlah...


Ulam raja yang tumbuh dibatas2 kobis. Dulunya tempat nie memang ade tanam ulam raja dan ketumbar, lepas tukang kebun baru amek alih, dia robohkan patch tuh dan dan buat batas tuk kobis..kini ulam raja balas dendam, buat penempatan haram atas tanah sendiri yang dia dah tinggalkan benih dulu..huhuh


Cepat sungguh membesar...dalam 2 minggu lagi inshaallah dah boleh buat ulam. Agaknya nanti bila semua pokok dah besar, banyak pulak tuh..habeslah pembesaran kobis terganggu..hmmm..nak alih ker penempatan mereka nie...?


Yang ditanam sendiri atas batas kat luar tumbuh tak mahu, hidup pun malu2..daripada banyak2 benih yang ditabur, tak sampai 10 pokok yang tumbuh..agaknya sebab cuaca terlalu panas kot kat luar tuh yang tak mao bercambah tu...

Wednesday, 17 April 2013

[Wordless Wednesday] Ulam Raja Perintis Dibumi Pasifik


Benih kiriman Nadia, diterima dan semai pd 16/2/13

Cambahan 5 days later

2 minggu usia

Slps dialihkan kedlm bekas - usia sebulan

Hampir 2 bulan usia - ready for harvest

Fresh ulam raja, sedia untuk dinikmati..

Nuffnang Ads