Showing posts with label Pandan. Show all posts
Showing posts with label Pandan. Show all posts

Sunday, 20 January 2013

[Our Garden] Yang Subur dan Banyak Anak..

Siapa sangka dinegara yang penduduknya tidak pernah mengenal mahupun mengetahui keistimewaan daun dari pokok ini, pokok pandan dapat hidup subur seperti dinegara asal ianya dibawa masuk iaitu bumi Melayu. Asalnya dibawa masuk oleh kakitangan kedutaan Malaysia disini dan juga diberi kepada rakyat Malaysia yang duduk dinegara 'jin bertendang' ini. 

Asalnya cumalah 2 pokok kecil yang ditanam berasingan,  namun telah berkembang menjadi lebih banyak pesat lagi dengan anak2 yang baru tumbuh. 


Didua tempat yang berbeza, namun kesuburannya tetap sama. Walhal tukang kebun bukanlah rajin menyiram pun, harapkan air hujan sahajah mereka ini. Pertumbuhan mengatasi penggunaan, almaklum sahajalah bukanlah super rajin nak buat kuih manjang..nasi lemak pun sekali sebulan. So hiduplan mereka ini dengan sedikit sahaja ancaman kena potong. 


Begitu juga dengan pokok kunyit. Masa belum ade memang tak sabar2 nak tanam, nak jugak ade kat laman..namun bila  dah ade, banyak pulak tuh..tak juga digunakan seberiya mana pun...


Pokok yang asal ditanam tidak sebanyak nie, cuma bila disemai tuh, 1 tempat tumbuhlah 1 atau 2 pokok. Tak lama kemudian pokok lupus atau dormant, isi tidak digali keluar dibiarkan sahaja didalam tanah. Namun Alhamdulillah sejak beberapa bulan kebelakangan nie, nampak mereka mula berkembang biak dengan suburnya.  

Selalu teringin nak letak dalam gulai kuninglah,buat rendanglah, namun masalahnya adalah malas nak kuar korek isi musim panas2 begini. Mungkin suatu hari nanti kalau ade kerajinan boleh usahakan buat serbuk kunyit plak kan..jimat duit takyah beli serbuk lagi..

Nuffnang Ads