Saturday, 14 July 2012

Menanam Sawi Caraku

Assalamualaikum..

Sawi atau nama englishnya mustard green adalah sayuran yang paling digemari dimalaysia. Senang didapati di market atau pasaraya. Sesuai ditanam dalam kawasan yang mempunyai suhu diantara 23-35oC dan kelembapan yang tinggi. Terlalu banyak hujan boleh merosakkan daun sawi dan menjejaskan kualitinya.


Kaedah yang paling efisien untuk menanam sawi adalah dengan menyediakan anak benih dan di alih batas yang telah disediakan. ini kerenan untuk menanam sawi dalam jumlah yang tidak begitu banyak seperti untuk dijual adalah agak membazir jika ditaburkan benih terus kebatas dan kemudian dijarangkan kerana benih yang ditabur mungkin terlebih dari yang diperlukan dan batas semaian mungkin tidak akan mencukupi.
Disini akan dikongsikan cara menanam sawi yang amat mudah terumatanya bagi mereka yang berminat menanam sayuran dirumah.

Menyediakan anak sawi terlebih dahulu daripada membuat batas,ini kerana sewaktu menunggu anak sawi cukup besar untuk dialih,  bolehlah batas disediakan - jimat masa.

Langkah untuk menyediakan anak sawi adalah seperti berikut:-

1.  Sediakan bekas dan benih untuk menyemai benih
cara menanam sawi
bekas berlubang agar air tak bertakung
cara menanam sawi
Benih sawi
 2. Isikan tanah lebih sedikit dari 3/4 bekas (kalau penuh anak sawi yang dah membesar akan menjaga bengkok batangnya, kalau kurang anak sawi akan jari kurus dan tinggi sebab kena panjangkan diri lebih sikit untuk dapat cahaya matahari yang cukup.

cara menanam sawi

3. Taburkan anak sawi direct diatas tanah yang telah diisi seratanya dengan menjarakkan benih. siram dengan air dua kali sehari pagi dan petang.


cara menanam sawi

Kita lihat bagaimana benih sawi bercambah, membesar dan jadi anak sawi yang cukup besar untuk dialih.

cara menanam sawi
Hari ketiga - Benih sudah bercambah
cara menanam sawi
Hari ke 4 - sudah membentuk anak pokok kecil
cara menanam sawi
Hari ke6 - semakin besar and pokok menjadi warna hijau
cara menanam sawi
Hari ke10-daun ketiga telah muncul


Selepas munculnya daun ketiga, anak sawi telah menjadi cukup kuat dan besar untuk dialihkan dalam masa terdekat. sekiranya dibiarkan terlalu lama tanpa dialihkan anak sawi akan menjadi kekuningan kerana persaingan untuk mendapatkan ruang dan cahaya matahari dalam bekas yang sempit.

4. Batas disediakan dengan menggemburkan tanah menggunakan 'fork' dan cangkul, lebih kurang seperti didalam photo untuk penanaman dalam jumlah yang kecil mungkin 30 pokok,

cara menanam sawi

 5. Setelah anak sawi sedia untuk dialihkan dan batas juga telah disediakan, bolehlah dialihkan. jarakkan diantara anak pokok kira-kira sejengkal antara satu sama lain.

cara menanam sawi

6. Setelah anak sawi dialihkan, pastikan batas dilindungi peneduh diatasnya untuk mengelakkan kepanasan matahari dari merosakkan anak pokok. Siram 2 kali sehari, pagi dan petang dengan amount air yang secukupnya

7. Photo-photo pembesaran pokok dalam masa 40 sehingga sedia untuk dituai.

cara menanam sawi
 Hari pertama setelah dialihkan

  usia seminggu

cara menanam sawi
Usia 2 minggu

cara menanam sawi
 usia 3 minggu

cara menanam sawi
 Pada usia sebulan

cara menanam sawi
 Pada usia 40 hari, sedia untuk dituai

Begitulah kaedah yang ringkas untuk menanam sawi dirumah. sekiiranya ingin mendapatkan bekalan sawi yang tak terputus, setelah anak sawi dialihkan kebatas, ulangi proses pembenihan. jadi dalam masa setiap 10 hari kita akan menghasilkan anak sawi untuk disemai ke batas.  Maknanya dalam masa sebulan kita memerlukan sekurang-kurangnya 3 batas sawi untuk penanaman berterusan.


Have they not seen how We drive water to the dry land that has no vegetation, and therewith bring forth crops providing food for their cattle and themselves Will they not then see. (25:27)


16 comments:

  1. Saya setuju dengan cara puan iaitu dengan menyemai dahulu sawi di atas bekas semaian. Sekitar dua minggu setelah sawi bercambah kemudian pindah ke atas batas. Saya lihat kurang juga serangan perosak di kebun puan. Dahulu semasa saya ambil kelas amalan ladang, sawi memang makanan kegemaran perosak. Susah nak kawal.

    Kami sempat jual kangkung sahaja.

    Puan ada tanam untuk mendapat biji benih tak sawi ini? Teringin juga tahu sebab saya tak pernah tanam sawi untuk biji benih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau musim yg lebih sejuk mmg sesuai wong..takder banyak perosak..kalau musim panas mmg teruk jgk rupa daun2 diserang.
      benih saya ade preserved wong..bolehlah dignakan lagi utk ms depan...itu lebih kurang sebulan br dpt benih...

      Delete
    2. Kalau puan nak gemuk-gemuk sawi tu, boleh tampah teh kompos. Saya ada lihat orang Puteh buat macam tu. Besar labu mereka.

      Delete
  2. owhhh now saya faham la kenapa my pokok2 jadik kurus kering gitu. Cepat nyer sawi in 40 days dah boleh tuai. heishh apa pun tak tau saya ni.

    ReplyDelete
  3. @nastyna
    biasalah tuh..mula2 bertanam mmg kita tak paham apa2 sgt kan..sawi & family agak cepat jgk dpt hasil

    ReplyDelete
  4. dah godek2 sini, paham la saya sikit2 kaedah2 nyer hehehe. ok nak cuba nasib sawi la, boleh cepat tengok hasil macam mana, jadi ker tak.

    ReplyDelete
  5. inshaallah semoga berjaya nanti..:)

    ReplyDelete
  6. Tq pada info yg sgt berguna kpd org mcm sy yg baru nak mula berkebun ni...alhmdlh..

    ReplyDelete
  7. TQ for sharing......sgt berguna info ini. saya ingin berkongsi dgn ank2 didik saya nnt

    ReplyDelete
  8. saya baru nak belajar tanam sawi. dah 4 hari pokok sawi saya tumbuh. terima kasih atas tunjuk ajar di atas. nanti ada masa jenguklah qistinahome.blogspot.com :)

    ReplyDelete
  9. pernah cuba sekali tapi tak pernah cuba untuk alihkan ke tanam.. sudahnya merajukler pokok sawi tu.. hehehe..

    ReplyDelete
  10. Ummuaidan, tumpang tanye, masa nk pindahkan drpd bekas semaian ke dlm pasu, tanam bahagian batang dan akar sekali ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam azah,
      betul azah, ms pindahkan mmg kena cabut ngan akar2 sekali n tanam..gali lubang yg ngam2..

      Delete
  11. Jazakallah, amat bermanfaat tulisan nya....

    ReplyDelete
  12. kalau kita biar terus jer dalam bekas agak2 boleh ke ia tumbuh dengan besar dan baik .. sebab rumah apartment tak ada ruang besar sgt ..

    ReplyDelete

Harap maaf sekiranya jejak anda tidak mendapat kunjungan balik yea,..mana2 komen yang berbentuk pertanyaan inshaallah akan cuba dijawab sebaiknya..kalau tak sempat tuh mintak maaf banyak2lah yer..:)

Nuffnang Ads