Dalam entri ini, kami ingin berkongsi
pengalaman kami membuat kompos organik sendiri di rumah.
Apakah kompos
Kompos adalah campuran reput bahan2 organik yang boleh dicampur dengan tanah untuk menjadikan tanah yang kaya dengan nutrien. Ia adalah selamat digunakan, tidak memerlukan kos yang berkaitan dan bermanfaat besar. Sayur-sayuran kita juga akan kelihatan sihat dan subur.
Bagaimana untuk membuat kompos
 |
| Lubang Kompos sedia untuk diisi |
Cari tempat yang jauh dari rumah sebaik-baiknya tempat di halaman belakang rumah untuk membuat lubang yang agak dalam sedikit, kira-kira 1 hingga 2 kaki dalam bergantung kepada anggaran bahan-bahan yang hendak diisi. Biasanya, kami membuat lubang segiempat 2 by 3 feet dan kira-kira 2 ft dalam. Saiz ini agak munasabah kerana ia dapat mengisi kira-kira dalam tempoh 6 minggu dan sedia untuk digunakan dalam lebih kurang 6 minggu kemudiannya. Sekiranya kita mempunyai anak-anak kecil, adalah dinasihatkan untuk keselamatan, membuat halangan/ pagar di sekitar lubang kompos. Sewaktu mengisi lubang, pastikan untuk membalik-balikkan bahan2 reput sekali-sekala untuk menjadikan proses pereputan lebih cepat. Setelah lubang penuh tutup dengan lapisan nipis tanah dan tinggalkan ia untuk beberapa ketika. Kita boleh menggali dan membalik-balikkan bahan2 reput itu dalam pada itu. Lubang serupa dengannya yang baru digali, dan mula mengisi sebelum mengosongkan lubang yang telah ada.
Apa yang perlu dimasukkan ke dalam lubang kompos
 |
| lubang kompos yang terisi |
Apa sahaja yang boleh reput.Terdapat banyak kupasan sayur-sayuran dan sisa-sisa yang datang dari dapur yang boleh kita gunakan dengan selamatnya dikebun. Kami sentiasa menyediakan bekas plastik didapur untuk mengisi sisa buangan dapur, kemudiannya mengosongkannya kedalam lubang. Kami juga mengisi lubang dengan daun-daun kering dan rumput selepas membersihkan laman. Malah sejak bertahun-tahun selepas melihat manfaat menggunakan kompos di laman sendiri, kami cuba untuk mengisi lubang dengan cepat.
Selain itu Kita juga boleh meletakkan ranting-ranting pokok yang lembut didalam lubang selepas pemangkasan pokok tetapi pastikan dipotong menjadi kepingan kecil sebolae mungkin kerana jika besar ia akan mengambil masa yang lebih lama untuk reput. Jika lubang terlalu kering siramkan sedikit air kedalamnya sekali-sekala. Ini akan mempercepatkan proses pereputan.
Bagaimana untuk menggunakan kompos
 |
| Kompos sedia untuk digunakan |
Apabila bahan-bahan telah betul-betul reput dan membentuk baja yang kaya dengan nutrien, ia digali keluar dan dicampurkan dengan tanah untuk menyediakan batas yang baru. Biasanya kompos akan mengandungi banyak serangga-serangga kecil, maka tidak digalakkan untuk meletakkan ia secara langsung dalam kebun yang sedia ada atau pada tumbuhan pada hari yang sama. Kita boleh menghamparkan baja kompos digali pada tempat lain dan menggunakannya untuk kebun yang sedia ada kemudiannya.
Mengekalkan kompos di rumah adalah satu tabiat yang baik dan perlu dipupuk didalam ahli keluarga. Malah, sentiasa memberi penekanan kepada penggunaan semula, dan kitar semula.
(artikel asal ditulis oleh Abuaidan dalam bahasa Inggeris 'Making your Own Organic Compost at Home', ditulis kembali dalam bahasa melayu agar dapat dijadikan panduan kelak kepada sesiapa yang memerlukan)
Oo en abuaidannya yg compose artikel ni..tq for sharing..akak letak dlm bekas je la..tanah tak cukup..kadang2 longgok je rumput bwh pokok bunga raya
ReplyDeleteyer kak...yg dlu nyer..then sy realised kalau dlm melayu nanti adalah jgk dlm goole search kan, dptlah beri manfaat...
Deleteseeloknya gali lubang dan kambus kak...
Assalamualaikum...
ReplyDeleteapa khabar makyeng? sihat hari ni? dah lunch ape tu tadi? nani bekfes hari ni nugget ayam + nasi goreng je.. :) hari ni dok umah je.. last day nak relaks2.. membasuh baju2 baby yg beli smlm.. so lepas ni leh la nak pekkan dlm beg utk bawa gi spital.. emergency ke, tak payah dah nak kelam kabut.. cuma smlm makyong terlupa sangat nak beli suar dlm pakai buang.. rugi tak amik walaupun dah nampak.. kalau tak sure leh pakai kat spital nanti.. tapi tak per la.. dah lupa kan.. lenkali kot2 nampak leh beli.. klu tak nampak kena pakai yg biasa je la.. hmmm.. ok makyeng.. hepi holiday bersama family tersayang ye... :)
waalaikumsalam makyong...
Deletesori lambat reply...masih lagi tak sehat nie...mcm demam gitu..
wah dah siap basuh gitu yer..baguslah prepare awal2, senang nanti.. kan boleh beli lagi diapers tuh...
salam ummuaidan,
ReplyDeleteBagi saya composting adalah satu asas dalam organic farming.
salam sm,
Deletesaya pun rs begitu..sebab kita menggunakan bahan semulajadi..tidak bergnatung kpd bhn kimia...
As salam ummu,
ReplyDeletePengarang asal artikel ni tak mrh ke ummu terbitkan semula hasil tulisan dia..hehe.. Mesti cik abe ok kan, kongsi ilmu yg baik dpt pahala juga. Cik abe ummu ada blog/website utk penulisan dia tak?
wkumsalam che adry..
Deleteartikel nie dulu dia tulis utk blog nie jgk...agak dpt berkongsi info yg bermanfaat..inshaallah...cuma kala dlm english kurang sambutan dan kalau search google pun tercorotlah rankingnyer...
blog atau website dia takder che adry... tk der ms dia utk seme tuh..hehehe
wahh..Nice sharing...
ReplyDeleteboleh buat rujukan ni...hehe..TQ.
hmmmm..semoga bermanfaat pd yg memerlkan info..:)
DeleteSalam Ummuaidan,
ReplyDeleteMak Aji ni dah lama nak buat kompos, terutama lepas dah x bela ayam lagi. Insya-Allah bila ada org rajin nak gali lubang boleh revisit info ini!
salam makji..lagi cepat buat lg elok..cpatlah dpt bajanya...cepat2 srh pakji gali lubang tuh..hohohoh
Deletetq share. EN hubby sukalah bab2 ni
ReplyDeletenanti KA share ngan dia ..ok
Deletea very good sharing,ummu..moga2 samapi jgk 1 masa akak boleh brkebun sndiri ..boleh buat baja sndiri dgn pnduan yg ummu bg ni :)
ReplyDeleteinshaallah kak ..semoga tercapai hasrat untuk berkebun sendiri yer...boleh buat baja sendiri..best..
DeleteEn Abuaidan ade blog sendiri ker kak?..nak visit boleh?
ReplyDeleteheheeh..sorry zayri..takdernya dia tuh nak berblog...cuma ade skali jer yg ia tulis utk blog akak..kalo kot english mmg kurang sikit orng search..
DeleteTeknik yang mudah untuk orang yang ada laman. Good.
ReplyDelete