Projek pertanian kami masih berjalan dengan lancar alhamdulillah dengan tukang kebun baru menunjukkan minat untuk menanam pelbagai tanaman..tukang kebun simpanan tukang amek gambarlah..hehe
Hujung minggu lepas telah settlekan kerja menanam kacang tanah yang agak lama tertangguh..kacang tanah nie ditanam dilaman depan rumah namun different location and style this time..
Jom tengok yang ditanam tempohari,
Awalnya tanah telah digemburkan tapi batas belum disiapkan (gambar sebelah pagi agak dull)
Kemudian batas mula disiapkan..back up gardener tuh ade kat belakang..hehe
Batas2 yang telah siap..
Benih yang digunakan adalah kacang tanah yang dibeli dipasar..yang ready untuk direbus. Kulit memang tak dibuka kerana ia akan reput kejap jer dalam tanah..penatlah nak kopek2 kan..
Kacang tanah ditanam dicelah lereng instead of direct atas batas. Alasannya, pada musim panas senang menyerap air dan juga bila pokok membesar, mudah untuk mengaut tanah kebatang dan dengan itu tanaman lebih kuat.
3 jalur actually yang ditanam. Nie kaedah percubaan, tengok hasil dulu baru tahu berjaya ker tak..
Dah siap diletakkan benih semuanya.
Patstuh benih dikambus balik dengan tanah.
Dah siap kambus, disiram dengan air kurang2 2 kali sehari.
Inshaallah kalau tiada gangguan banjir bagai, selepas 4 bulan bolehlah menuai hasil.
p/s - kat sini kacang tanah kebih popular ngan nama peanut berbanding groundnut..
p/s - kat sini kacang tanah kebih popular ngan nama peanut berbanding groundnut..
tanam kacang dgn kulitnya sekali yer, tak pernah buat, apa kebaikannya yer?
ReplyDeleteSalam Ummu......baru tahu tanam kacang tanah rupanya camtu, tapi tak dibuka ke kulitnya tu?
ReplyDeleteSebenarnya itulah cara yang betul. Tak ramai yang tau.
ReplyDeleteOh tanam di lereng bukan di atas batas. Tengoklah ummu walau kakak org kampung dan dulu sekolah ambil aliran sains pertanian tapi tak tahu cara ini. Dulu masa sekolah tingkatan 1-3 kakak ambil aliran sains pertanian tau... tapi tanam atas batas, patutlah kacangnya tak banyak:)
ReplyDeleteIlmu baru dapat dari ummu - good!
nak tanam tp space terlalu kecil....Insyallah kalo ada bekas besar nk tanam la jugak. :)
ReplyDeletewah.. hari ni ai dapat satu pelajaran baru.. cara nak tanam kacang tanah.. ;)
ReplyDeletesuka tengok tanah ummu...kemas je batas...agak-agak kalau tanam dalam pasu boleh la kan
ReplyDeleteNampak cam senang je tanam. Tanah tu kena letak baja ke lepas dah gembur2 tu? Baru saya tau tanam kacang ni kena tanam bukan atas batas.
ReplyDeleteYang pasti, backup gardener tu memang minat betul dia. Hehehe.
wah! tak lama lagi dapat lah menuai kacang plak.. tersusun je tgk batas2 tu..
ReplyDeletepaling suka kacang rebus..hehe
Ooo cenggini rupanya tanam kacang kak.. Hurm dengkinyer leh wat batas sume.. huhuhu3 saya nih tanah pun takde nak tanam sis.. Harap men games zombie vs plant jerla uhuk3
ReplyDeleteThanks for sharing,UmmuAidan...boleh cuba ni...:)
ReplyDeleteooooo. gitu ke tanam kacang. heheh!!!
ReplyDeleteDulu sepupu mak ada ladang tanam kacang tanah, benihnya di campur minyak tanah utk elakkan dimakan serangga.
ReplyDeleteUA...dengan kulit kulit sekali yeh tanam tu?....laa..... ingatkan biji dia hehe
ReplyDeleteSatu lagi ingat tanam tu kat atas batas tu UA...rupanya kat parit tu hehe....
Mmg teruk betullah Okje hehe
UA...dengan kulit kulit sekali yeh tanam tu?....laa..... ingatkan biji dia hehe
ReplyDeleteSatu lagi ingat tanam tu kat atas batas tu UA...rupanya kat parit tu hehe....
Mmg teruk betullah Okje hehe
kacang ni senang tumbuh ke ummu?? maklum la tak pernah cucuk tanam..hehehe..
ReplyDeletekalu kat kelate ikut musim gak kacang ni..sama arr ngan jagung..time banyak tu tak abis nak makan..
ow..mcm tu rupanya tanam kacang..tau mkn je
ReplyDeleteNanti tenaga backup gardener boleh digunapakai masa menuai, mesti dia seronok. Kami masa kecik2 dulu berebut tolong nenek tuai hasil kekacang ni, macam jumpa harta karun lagaknya.
ReplyDeletesedapnya yg fresh...bila rebus lembut dan terasa manis2...
ReplyDeleteSalam Ummuaidan,
ReplyDeleteTerliurlah pulak nak tanam kacang bila tengok cara nak tanamnya. Kalau dapat satu deret pun cukuplah ya sebagai percubaan.
Mak Aji nampak jugak pokok betik togel yang tukang kebun kecik kerjakan, he he!
groundnut tu istilah US kot, kat sini pun panggil peanut....
ReplyDeleterajin pembantu kecil kat belakang tu....