Lama sebenarnya dok mencari2 limau untuk tomyam nie..look around, bertanya kawan-kawan pun takder clue jugak tentang limau nie disini. So conclusionnyer takder orang tanamlah kot ataupun mereka tak tahu tentang limau nie disini.
Since takder limau nie, takderlah daunnya..jadi kalau buat tomyam tuh guna kiub jerlah dan tak letak daun. Tapi kalau kiub tomyam Knorr, rasanya tetap ummmpphh.
Bila stok kiub tomyam habis dan tak terimport ingat nak buat tomyam homemade, namun kerana takder daun maka takleh nak beranganlah sure tak sedap nyer kalau jadi pun.
Dan ditakdirkan Mak Aji Ummu Madihah, bermurah hati untuk mengirim pada kami ole2 maka dengan muka tak malunya mintak beliau selitkan biji limau purut untuk dijadikan benih. Alhamdulillah dalam 2 minggu lebih lepas raya, sampailah bungkusan tuh berserta benih..dan esoknya terus semai tanpa bertangguh lagi.
Namun bukan cepat nak bercambah limau nie, lepas seminggu, 2 minggu pun belom nampak batang hidung, hampir give up nyer pasal, gemburkan balik tanah yang dah disemai benih tuh, taburlah benih tomato..
Namun dengan izin Allah tak lama kemudian benih limau bercambah serta2 benih tomato, inilah jadinya...
Boleh cariktak mana satu anak limau? Ade2 tuh..
Dek kerana pokok tomato membesar lebih cepat dan menghalang pokok limau dari membesar maka seminggu yang lepas transferlah anak limau tuh ketempat yang lebih permanent,
Nampak semakin subur dan besar kan..daun pun semakin banyak.
Yang 1 lagi setelah dok bermusyawarah mana nak tanam akhirnya semalam baru dapat transfer pada 1 tempat.. belum apa2 lagi dah ade back-up gardener yang rajin nak tabur baja bakar tanpa disuruh..inilah yang jadi..sib baik tak mati.
Masa dok nanam tuh En.Abuaidan dok bertanya camaner rupanya buah limau nie..sibuklah explain dan tunjuk gambar dari google..katanya biasa lihat buah nie kat pasar....! hmmm..sabar jerlah..namun Fijian sahaja yang tanam limau nie..so kalau nak carik pokok pun susah jugak.
Tak sabar nak tunggu banyak2 daun muncul nak buat tomyam nie..buahnya taklah diperlukan sangat.
p/s - timakasih yer makji atas export benihnie..:)
Salam UA, pasni ummu blh lah promote limau purut kat pasar Fiji tunjuk cara buat tomyam sekali..hehehe...lama sungguh tk visit...pa kabar arissa?
ReplyDeleteSemoga pokok limau ni menjadi dengan cemerlang... inshaallah dapatla buat tomya nanti...
ReplyDeleteNanti buah dia potong masuk lam baldi buat mandi...wangiii...
ReplyDeleteKakak rasa masa semai tu ummu masuk benih dalam tanah dalam sangat itu yg lambat benar nak cambah. Bila kena gembur itu yg keluar terus tumbuh. Alhamdulillah sekarang kalau nak buat pun dah boleh - tapi takat bau dululah sebab dua helai daun pun aroma dia dah terasa....
ReplyDeleteLama juga nak tunggu berbuah ummu...
Sempat plak mak aji selit biji limau. Pastu nak plak biji limau tu tumbuh. Hebat2. Lepas ni makin sedap la tomyam dia sbb dah guna daun asli dan limau purut asli.
ReplyDeletemoga cepat besar pokok limaunya ummu..sian plak nak makan tomyam..
ReplyDeleteaku tanam dalam pasu je sebab nak nak guna cuma daunnya je. Tak berbuah pun tak apa. Dan 6 tahun dalam pasu tapi pokoknya masih kecil... sebab aku asyik pangkas dahannya supaya tumbuh tunas daun baharu...
ReplyDeletesalam UA.....
ReplyDeletealahai.....rajinnya.....insyaallah nanti bolehlah masak tom yam letak daun limau purut nie kan.....
ummu..menjadi jugak awak semai...sy kat sini dh berapa kali try semai benih...tak dapat2...sbb pokok yang ada tu mcm tak mo hidup membesar...terfikir nak tut kan pokok..ini org kata rezeki kan...:D
ReplyDeletebuahnya boleh buat mandi limau!
ReplyDeletewah wah wah! finally ha! gong xi gong xi
ReplyDeletetanpa daun limau purut,yomyam tak lengkap rasanya hehe...buahnya pun byk kegunaannya kan...tp beluncas sgt suka pada daun limau purut ni..
ReplyDeleteSis, sy tgk sis punye pokok nih sume nmpk segar jer.. sedap mata memandang
ReplyDeletealhamdulillah..nampak usaha tu ada..tak lama lgi bo;eh masak tomyam..bkn setakat tomyam..masak lemak c.api ltak daun limau pun ok..ummu
ReplyDeleteassalammualaikum Dik.
ReplyDeletesemoga menjadi limau tu..kalau berbuah, buahnya boleh buat mandi atau hilangkan hanyir ikan air tawar.
wah, pokok limau purut di bumi pasifik... kat sini ada juga jual daun limau purut kat kedai cina.... tapi jarang sgt beli, guna perencah pun dah cukup umpph :)
ReplyDeleteAssalamualaikum Ummu,
ReplyDeleteJika ada sesiapa yg ada masalah ketiak berbau.. boleh sental dgn limau tu.
Amalkan selalu.. insya'Allah.. bau tuttttt tu akan hilang sendiri nnt.
pokok limau purut yek kak.... ni kalu si kecik tu nampak msti dia pelik skit kan nengok buahnyer....
ReplyDeletenampak segar je pokok tu. saya kat KL ni terpaksa beli sbb takde tanah nak bercucuk tanam
ReplyDeleteSemoga pokok limau Ummu tumbuh dengan suburnya....hehe
ReplyDeleteTak lama lagi bertomyam le kita hari hari nampaknya hehe.....
ReplyDeleteDaun limau purut kan Ummu.?? sini pun kekadang susah nak jumpa..hehe
ReplyDeletetapi sepanjang ada keinginan nak buat tomyam bila gi pasar cari, Alhamdulillah ada...
moga tumbuhnya dgn subur...
wah bestnyer... seronok tgk org yang rajin menanam macam UA ni hehehe
ReplyDeleteassalamualaikum ummu...seronoknya kalau tengok pokok tanaman kita membesar...:)
ReplyDeletelimau purut!mmg diala penyedap tom yam yer ^^
ReplyDelete