Saturday, 4 May 2013

Cara Kami Menanam Kobis : Part 1 - Menyemai

Entri ini adalah perkongsian dari pengalaman sendiri untuk mereka2 yang minat berkebun dan bertanam sendiri sahaja. Moga2 perkongisian dapat membantu dan memberi manfaat kepada mereka yg memerlukan info.

Mari kita cuba tanam kobis sendiri di laman..kalau beli kat kedai agak mahal kan ..kalau kat sini bukan season sebiji tuh boleh jadi $5 dollar (RM7.50) lah. Tanam sendiri inshaallah dapat menjimatkan belanja, menambah pengalaman berkebun serta boleh menjadi aktiviti yang menarik.

Kobis sebenarnya lebih sesuai ditanam dikawasan yang mempunyai suhuh yang rendah, namun begitu tidak bermakna tak boleh ditanam pada musim panas..saya sendiri pernah menanamnya dimusim panas 'trang tang tang' alhamdulillah mendapat hasil yang berbaloi walaupun tidak sebaik yang ditanam dimusim yang lebih sejuk. Kalau nak tanam musim panas, perlulah diletak ditempat yang mendapat cahaya matahari kurang dari 70%..nak praktikal letakkan dibawah jaring..inshaallah dapat mengelakkan cahaya yang panas terik..dan kobis bolehlah terbentuk..kalau panas sangat biasanya takkan berlipat kedalam membentuk.

Langkah2 untuk menanam :

  • Dapatkan benih kobis daripada pembekal mahupun yang dijual didalam paket. Yang biasa saya gunakan dan sesuai untuk iklim tropika/ khatulistiwa adalah benih yg dibekalkanb oleh Yates dari variety KK Cross.
Pastikan benih yang dibeli adalah yang terbaru atau fresh seeds. Benih yang lama biasanya tidak akan bercambah sebaiknya.

Beginilah benih kobis kelihatan
  • Kemudian sediakan bekas untuk menyemai benih
cara menanam sawi
Pastikan bekas ditebuk dibawah dan sisi untuk membenarkan pengaliran air dan tidak bertakung didalam bekas.

cara menanam sawi
Isikan dengan tanah sekurang2nya melebih 3/4 daripada bekas.
  • Taburkan sedikit benih didalam bekas yang telah diisi dengan tanah tadi
Benih yang ditabur mengikut keperluan. Setelah itu siram sekurang2nya 2 kali sehari dan diletakkan ditempat yang tidak mendapat direct sun..untuk mengelakkan kekeringan.
  • Benih yang segar biasanya akan bercambah dengan cepat, selepas 2 atau 3 hari akan kelihatan sudah percambahan,
Benih yang bercambah selepas 3 hari

Anak2 kobis pada usia seminggu

Dalam usia 2 minggu lebih banyak daun2 yang terbentuk. Munculnya daun ketiga yang berbentuk gegiri menandakan anak kobis hampir sedia untuk dialihkan ketempat yang lebih tetap. 

Inshaallah pada bahagian berikutnya kita akan lihat bagaiman kobis dialihkan dan ditanam. 

>Happy gardening and Happy Voting< 

p/s - Rakan2 yang fr non gardening blog tak perlulah susah2 komen if not interested yer...:) 

    25 comments:

    1. assalam... Dah mengundi ke?.. noted ..nanti jadi rujukan..

      ReplyDelete
    2. Kakak non-gardening blog tapi kakak suka blog gardening ummu so mesti macam nak komen juga (tak malulah ni...)

      Kakak nak tengok macam mana dia boleh jadi bulat ummu.

      ReplyDelete
      Replies
      1. inshaallah nanti kita tengok yer kakak..:)

        Delete
    3. salam ummu, thanx for de info...tp susah sikit nk dpt fresh seeds kat a/setar ni...kdg tu tk tumbuh pun...dah vote? kami esk..

      ReplyDelete
      Replies
      1. benih kobis nie kan naa kalau dah bukak peket..dibiarkan gitu jer pun boleh jd rosak..

        Delete
    4. Assalam Ummu..
      boleh lah komen walaupun bkn gardening blog kan?..hehe
      erm! nak juga berkebun..cuma tunggu masa..duk rumah taman ni kawasan amat terhad.
      tak sabar nak tunggu kobis tu membesar:)

      ReplyDelete
      Replies
      1. nanti beli umah tanah luas sket leh berkebun kan atie...

        Delete
    5. This comment has been removed by the author.

      ReplyDelete
    6. assalam,,,1st time komen...
      timakasih byk2 ats ilmunya..sy br je semai benih kobis br2 ni...xhidup lgsung...
      sy kambus benih2 tu dgn tanah..salah kat situ kut...
      nk cuba lg..semai cara ummu pulak...

      ReplyDelete
      Replies
      1. benih kobis nie tak perlu kambus ngan tanah..cukuplah ngan tabur dan dibiar gitu jer...

        Delete
    7. tq ummuaidan. info sgt berguna ni. bookmarked!

      ReplyDelete
    8. kak zu klu tgk blog ummu ni rasa ler ler jgk nak menanam itu ini..tapi lepas tutup blog ni semangat yg brkobar kobar nak menanam tertutup sama..hehe

      ReplyDelete
      Replies
      1. heheh..takper kakzu lama2 baru semangat yg real tuh akan dtg sendiri..:)

        Delete
    9. Tak sabar untuk bahagian kedua ^_^

      ReplyDelete
    10. Ummu, apa pasal tanah tu warnanya nampak cokelat je?
      kena guna tanah special atau memang tanah di sana warna macam tu?

      ReplyDelete
      Replies
      1. tanah kami mmg gitu jer rupanya..berlumpur sket agaknya..
        kalau ade tanah hitam mmg lagi bagus..takder tanah biasa2 pun boleh..

        Delete
    11. salam dik,
      larat lagi ke buat aktiviti berkebun?.Jaga kesihatan diri semoga ceria selalu.

      ReplyDelete
      Replies
      1. salam kak
        tak lah buat yg penat sgt kak..cuma semai2 benih, alih dan meruput jer kerja skrang..:)

        Delete
    12. assalam, pertama kali tengok biji benih kobis...ilmu baru ni...terima kasih..

      ReplyDelete
      Replies
      1. wkumsalam ..alhamdulillah smoga bermanfaat yer bunda...

        Delete
    13. Ada iras iras taugehkan UA...hehe
      Alan...apa salahnya...kalau tak minat berkebun pun minat mengomen hehe....

      ReplyDelete
    14. sy match dengan keadaan kobis sy...part stage 2 weeks tu dh lain hehehhe...dah hampir sebulan hanya ada daun ketiga..keempat dan seterunya belum muncul...:D

      ReplyDelete
    15. wah! siap ade tutorial lagi tu cara nak menanam...mantap!
      walaupun tak berkebun PC nak bace jugak...hihi...

      ReplyDelete
    16. mudah aje kan.. kalau rajin mmg hasilnye berbaloi2 lah kan !

      ReplyDelete
    17. assalamualaikum ummu....bestnya seronok bila dah nampak benih tu dah bercambah...;)

      ReplyDelete

    Harap maaf sekiranya jejak anda tidak mendapat kunjungan balik yea,..mana2 komen yang berbentuk pertanyaan inshaallah akan cuba dijawab sebaiknya..kalau tak sempat tuh mintak maaf banyak2lah yer..:)

    Nuffnang Ads