Friday, 17 August 2012

Tembikai 'Have to Have'- Bunga Pertama

Tembikai - Menggamit kenangan semasa bersekolah rendah menolong bapa saudara menanam tembikai yang banyak untuk tujuan komersial. Masih boleh membayangkan batas-batas tembikai yang panjang2 dan banyak, menolong menyiram pokok2 menggunakan baldi daripada  air telaga yang digali. Bila masa menuai hasil, hari-hari makan tembikai sampai perut penuh dengan air tembikai...

Berbalik kepada hari ini... jika hendak membeli dan memakan tembikai tidak susah jika pada musimnya. Yang susahnya untuk melihat tembikai tumbuh menjalar dan berbuah dikebun sendiri. Percubaan demi percubaan sebelum ini, tidak jugak memberikan hasil kecuali usaha sahajalah. 

'Have to have' - jika give up tak dapatlah melihat dan merasa tembikai dari kebun sendiri. 

Percubaan yang pertama berakhir dengan pokok musnah kerana minggu hujan dimusim panas (unexpected rain),
oursimplegarden - cara menanam tembikai
Banyak juga paket2 benih yang dibeli daripada pelbagai jenis. Semai benih dicampur2 daripada jenis2 berbeza akhirnya bila pokok dah tumbuh lupa pula dari jenis mana yang ditanam. Namun, bila dah jadi buahnya nanti inshaallah baru boleh tengok kembali jenis yang mana asalnya.

Antara berinspirasi & tidak :
'Watermelons are not particularly difficult to grow, but because they are so demanding I don't consider watermelons a good plant for beginner gardeners. (You can get lucky if you live in optimum conditions)'
- tidak bermakna kita tidak boleh mencuba kerana,
'They are greedy, rambling vines, like all plants in the cucurbiteae family (e.g. zucchini, squash, pumpkin, cucumbers...)'
- Kalau pumpkin, cucumbers pernah hidup subur dikebun kita bermakna tembikai juga mempunyai harapan

Kerana 'have to have' watermelons dalam kebun sendiri, satu lagi percubaan dibuat. Kali ini dengan membuat batas pada kawasan yang dirasakan boleh mendapat 'full sun', tidak berhampiran dengan shades dan mempunyai lebih ruang.
Area yang dikhaskan untuk tumbuhan menjalar (ada lg ruang utk menjalar pada bhg kanan)

Disemai benih  2/7/12, sepintas lalu peringkat pembesaran pokok:
oursimplegarden - cara menanam tembikai
 Benih-hari pertama disemai 
oursimplegarden - cara menanam tembikai
 Hari keempat
oursimplegarden - cara menanam tembikai
Hari kelima
seminnggu
oursimplegarden - cara menanam tembikai
3 minggu
 sebulan

Hari ini, hampir 7 minggu usia,  barulah nampak bunga yang pertama keluar daripada salah satu pokok yang ditanam,
oursimplegarden - cara menanam tembikai

oursimplegarden - cara menanam tembikai
inilah pokok yang baru berbunga (masih baru cuba2 menjalar)

Memandangkan 'have to have' tembikai dalam kebun, jadi 'back up plan' telah dibuat dengan menanam beberapa lagi pokok pada batas agar peluang untuk 'have to have' lebih tinggi,
oursimplegarden - cara menanam tembikai
1 lagi pokok yang seusianya
Pada bahagian & batas-batas yang lainnya,
oursimplegarden - cara menanam tembikaioursimplegarden - cara menanam tembikai

 Benih2 disemai pada tempoh berbeza2 untuk menggantikan pokok yang mati dan tidak tumbuh

Bunga pertama tembikai 'have to have', sekurang-kurangnya pengubat kesedihan tak dapat berhari raya bersama keluarga dimalaysia...


Dikongsikan sedikit maklumat berkaitan dengan cara menanam tembikai berdasarkan pembacaan dan pemerhatian agar sesiapa yang berminat untuk menanam tembikai dikebun sendiri boleh mencuba:

  • tembikai memerlukan banyak ruang, cahaya matahari dan nutrients. (patutlah dulu ditanam ditempat yang terlindung sedikit tidak begitu subur)
  • ditanam daripada benih (benih yang dibeli khas adalah lebih baik kerana benih daripada buah yang dibeli akan menjadi Hybrid yang tidak memberikan hasil yang memuaskan)
  • tanam secara terus pada batas adalah lebih baik daripada tanam melalui 'transplant' - lebih menjimatkan masa dan pokok lebih kuat.
  • ditanam sedalam seinci hingga dua inci.
  • tanam pada batas dan kawasan yang tidak bertakung air kerana tembikai tidak sukakan kawasan yang berair atau basah.
  • menyediakan batas yang dengan mencampurkan baja terlebih dahulu agar tanah kaya dengan nutrient untuk menyuburkan pokok.
  • penyiraman dalam dua kali sehari.
(ref: http://www.tropicalpermaculture.com/)

8 comments:

  1. semoga membesar dgn shat pokok2 akak yer..Selamat Hari raya ummuaidan sekeluarga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks yut..selamat hari utk awak sefamily jugak..good luck..

      Delete
  2. sy pun dah lama teringin nk tanam pokok tembikai

    ReplyDelete
  3. Assalammualaikum dik,
    rindu pula rasanya lama tak jenguk kebun yg subur ni.
    Semoga tembikai ni berbuah banyak.jenis merah atau kuning?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wkumsalam kak..rindu gak akak tak dtg melawat nie..tenkiu...tembikai merah nie...

      Delete
  4. tq for the info..akak doakan agar ummuaidan berjaya menuai hasil tembikai ni..tumpang gembira dan ....semangat!!!! Selamat Hari Raya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks kak..hehehe..tak tahulah jd ker tak..selamat hari raya utk akak sefamily jgk

      Delete

Harap maaf sekiranya jejak anda tidak mendapat kunjungan balik yea,..mana2 komen yang berbentuk pertanyaan inshaallah akan cuba dijawab sebaiknya..kalau tak sempat tuh mintak maaf banyak2lah yer..:)

Nuffnang Ads