- Salah satu tanaman makanan dunia yang terpenting, selain gandum dan padi.
- Sebagai sumber karbohidrat utama di Amerika Tengah dan Selatan, jagung juga menjadi alternatif sumber makanan di Amerika. Penduduk beberapa daerah di Indonesia (misalnya di Madura dan Nusa Tenggara) juga menggunakan jagung sebagai sumber makanan.
- Selain sebagai sumber karbohidrat, jagung juga ditanam sebagai makanan ternak
- Biji atau butir jagung digunakan untuk menghasilkan minyak jagung dan dibuat tepung (dikenali sebagai tepung jagung.
Jagung merupakan tanaman yang amat sesuai dengan iklim tropika yang panas, didalam cuaca yang sejuk, jagung tidak bercambah malah akan mereput. Menanam jagung dirumah adalah suatu usaha yang menyeronokkkan terutamanya bila masa mengutip hasil. Tidak kira anak2 mahupun dewasa kebanyakkannya suka makan jagung, samada direbus, buat pengat, bakar atau apa pun cara yang disukai.
Dengan sedikit keluasan tanah yang ada dibelakang rumah, saya biasanya akan memperuntukkan sedikit bahagian kebun untuk menanam jagung. Hasrat dihati ingin menanam dalam 2 batas jagung, memandangkan benih yang ada begitu terhad, maka hanya satu setengah batas sahaja buat permulaan untuk menanam setelah berakhirnya cuaca sejuk. Benih yang diberi oleh Mrs Adam Buksh dari Canada beberapa bulan lepas masih ada dalam simpanan.
Daripada 12 biji yang diberi kita akan tengok berapa banyakkah yang akan 'survive' dan memberikan hasil inshallah..
Disini dikongsikan sedikit bagaimana jagung ditanam berdasarkan pengalaman dan pembacaaan :
Batas disediakan sekiranya kawasan yang hendak ditanam jagung itu adalah rendah dan air mudah bertakung. Sekiranya kawasan tidak menakung air, cukuplah dengan menggali lubang terus pada tanah. 2 batas seperti dalam foto sebelah sebenarnya telah disediakan pada 4/8/12 dimana pada minggu hujan. Menyediakan batas selepas hari hujan lebat adalah lebih mudah kerana tanah telah menjadi lebih lembut. Dengan sedikit kerja-kerja mencangkul, batas dapat dibentuk. Dahulu saya tidak pernah membuat batas untuk menanam jagung tetapi kali ini dibuat batas untuk melihat sebarang perbezaan dari segi tumbesaran.
Menyemai benih - Mengikut cara yang disyorkan, benih biasanya disemai sebanyak 2-3 biji dalam setiap lubang. sekiranya lebih dari satu tumbuh, yang tidak dikehendaki bolehlah dicabut buang. Jarakkan diantara lubang 12-15 inch, dan jarak antara barisan adalah 30-36 inch. Benih disemai didalam lubang sedalam seinci atau setengah inci. Siram dengan air yang secukupnya untuk menggalakkan pembenihan. Dalam kes saya ini, memandangkan benih jagung yang ada adalah terhad, maka saya hanya dapat meletakkan sebiji sahaja dalam satu lubang.
Oleh kerena minggu yang saya mula menanam jagung adalah minggu hujan, jadi pembenihan juga adalah amat cepat, 5 hari kemudian saya dapati 'shoots' sudah mula keluar,
Dua minggu selepas disemai benih, anak2 pokok menjadi semakin besar dan membentuk daun2 seperti pokok induk,
Namun tidak semua benih yang disemai menjadi. Daripada 12 biji benih, 4 daripadanya tidak tumbuh. maka daripada 1 setengah batas disatukan semua anak jagung pada satu batas sahaja menjadi 8 pokok yang tinggal. Harapannya semoga berhasil walaupun sedikit...agar dapatlah Aidan merasa jagung dari kebun sendiri lagi..
(ref: http://www.coopext.colostate.edu/4dmg/VegFruit/corn.htm)
No comments:
Post a Comment
Harap maaf sekiranya jejak anda tidak mendapat kunjungan balik yea,..mana2 komen yang berbentuk pertanyaan inshaallah akan cuba dijawab sebaiknya..kalau tak sempat tuh mintak maaf banyak2lah yer..:)