Trellis atau junjung digunakan untuk membantu sayur-sayuran yang menjalar untuk menjalar dan memanjat dengan lebih terurus.
Tanaman yang memerlukan trellis/ junjung : Petola (luffa), timun (cucumber), kekacang (beans) dsbnya.
Ini adalah trellis/ junjung kami yang asal yang dibuat selari dengan pagar utama - digunakan untuk petola dan kacang panjang. Kemudian dirasakan tidak begitu praktikal kerana petola terlalu mendominasi dan memanjat pada pagar juga.
Petola menjalar diluar kawalan, diatas pagar yang agak mencacatkan pemandangan, dan hampir menjalar ke halaman jiran dan naik kepokok limau yang berdekatan.
Setelah 4 bulan tanpa petola dikebun kerana musim yang lebih sejuk dimana tidak sesuai untuk penanaman petola kami telah mula menanam petola hampir sebulan yang lalu. Hujung minggu baru2 ini adalah masa merupakan masa yang kami peruntukkan untuk membuat permanent trellis/ junjung pada kawasan yang dikhaskan.
Buat masa sekarang kawasan ini masih terdapat pokok terung dan carrot (yang tidak menjalar), inshaallah carrot akan dituai beransur2 manakala terung pula bila pokok ganti sudah berbuah, maka pokok yang ada dikawasan ini akan ditebang. Pokok tembikai dan labu kuning juga ditanam disini, tetapi tidak akan menjejaskan pokok2 yang akan memanjat trellis. Kami bercadang untuk menggunakan trellis bagi pokok2 petola dan kekacang, manakala pokok timun mungkin pada kawasan berasingan.
Junjung boleh dibuat daripada kayu kayan atau buluh2 tetapi daripada pengalaman lepas dirasakan tidak begitu praktikal untuk long term dan juga tidak kelihatan begitu cantik berbanding dengan permanent trellis. Tambahan lagi buah daripada trellis yang tinggi adalah lebih cantik, besar dan panjang.
Memandangkan daripada pengalaman yang lepas sewaktu kami cuba menjadi maklumat dari internet tentang cara untuk membuat permanent trellis adalah susah sekali, tiada penerangan tentang langkah2 secara terperinci maka disini kami kongsikan cara ringkas yang kami gunakan untuk membuat junjung kekal.
Trellis yang kami buat adalah simple sahaja, menggunakan bahan2 recycled seperti kayu-kayan dan dawai. Kerja yang mula2 dibuat adalah melembutkan tanah pada tempat tiang akan diletakkan sehari sebelum tiang didirikan. Jika tidak dilembutkan tanah dahulu memang susah nak menggali kerana tanah agak keras.
Kerja2 menggali lubang untuk meletakkan tiang,Palang2 dipaku diatasnya mengikut jarak yang dikehendaki untuk mengikat/ melalukan tali secara berjarak,
Setelah palang diletakkan dikeempat2 sisi, rangka permanent trellis kini telah siap.
Tali nylon dan dawai besi sederhana besar digunakan untuk membuat jaringan junjung kerana lebih tahan lama dan tidak akan reput kerana hujan dan panas.
Tali dilillit dan dilalukan pada paku dan diantara dua palang,
Ianya diunjurkan melalui keempat2 penjuru agar berbentuk jaringan segi empat.
Permanent trellis yang telah siap dan sedia untuk petola,
Bahagian belakang yang agak berjarak dari pagar untuk mengelakkah lintasan petola,
Pandangan sisi
Pandangan hadapan
Beberapa pokok petola dan kekacang yang bakal menggunakan permanent trellis.
Biasanya tali akan diunjurkan dari bawak berdekatan pada pokok untuk membantu memanjat keatas. Namun begitu terpulang kepada bahan yang kita boleh dapati, samada nak letak dawai atau buluh pun boleh asal dapat bantu pokok naik ketas juga boleh.
Setidak-tidaknya legalah sikit daripada trouble nak buat trellis tiap kali bertanam dengan kekurangan material dan sebagainya. Tambahan pula petola biasanya akan kekal berbuah agak lama jika cuaca elok, dari pengalaman boleh sampai 3 bulan berbuah mengelurkan buah, inshallah berbaloilah.
p/s: Thanks to dearest 'Abu' for making yr wife a nice trellis :) ..
besar juga trellis ni. memang nampak tinggi. harap-harap petola dan tanaman kekacang nanti berbuah lebat dan hasil pun memuaskan :)
ReplyDeleteBesar tuh ok jglah..sbb petola memang kuat menjalar makan space..tinggi tu lepas kepala..spy senang dan menjaga rumput rumpai kan...inshaallah berbuahlah cepat2...heheh
DeleteBini aku dah selamat bersalin 1.54 tgh sakni. Baby boyy
ReplyDeletealhamdulillah...tahniah utk deen berdua.tumpang gembira...
DeleteBini aku bru selamat bersalin baby boy
ReplyDeleteassalammualaikum dik,
ReplyDeleteberapa pokok petola yg.bakal menggunakan trellis ni?..saya ada tanam labu kundur 3 pokok,memang kena buat trellis juga, cuma guna dawai dan tali rafia je lah.
Deletewkumsalam kak..Rasa ada lebih sepuluh pokok yang dah tumbuh..yg ready menjalar cuma 3 jer...selamat membuat trellis jgk yer kak..
Kalau pokok markisa boleh jugak ka buat trellis camni?
ReplyDeletesorry yer hitomi ..ummaidan tak biasa sgt psl markisa..lum pernah tanam.. kalau yg jenis memanjat mcm kekacang tuh bolehlah..
Deletesalam...minat dengan story gardening u...
ReplyDelete