Wednesday, 8 August 2012

Kebun Rahsia

Assalamualaikum,
kawasan yang baru dibersih
     Hujan renyai2 dari semalam sampai ke pagi ni. Bila hujan lebat biasanya benda yg mesti diselamatkan adalah seeds containers, bila masuk air lebih2 sgt boleh rosak, (sia2 dan membazir usaha dan benih). Abu dah selamat pergi kerja, nak keluar tgk kebun - sejuk tambahan pula demam selsema dan batuk, nak rest atau tidur-susah. Aidan keep disturbing, itu ini, suruh main ngan toys dia lah (to have peace of mind kena bg dia tgk Dinosaur's documentary ataupun Tom&Jerry barulah  senyap) . Nak mula buat biskut raya, rasa tak larat. Tapi bila bangun dan cuba buat kerja maka rasa sehat sikit. Jadi pagi ni cuba siapkan entry untuk hari ini yg telah dibuat sikit2 sblm ni.
    Ini cerita tentang satu tanaman yang ada kat kebun ini masih belum diceritakan kat dalam blog ini, namun bukanlah tanaman jenis sayuran tetapi tanaman utama dibumi Fiji ini. Ia merupakan makanan asasi bagi penduduk yang asli iaitu Fijian (Orang Fiji). Seperti kat M'sia nasi makanan ruji namun kat sini tanaman inilah, tapi saya tetap makan nasi seperti kat M'sia. 
alat menggembur tanah
    Ubi kayu atau tapioca atau disini dikenali dengan nama Cassava. Fijian people makan cassava dengan merebus kemudian dimakan bersama2 dengan curry samada curry ikan atau ayam atau apa2 yg berkuah (macam kita makan nasi dengan lauk). Mereka  tak tahu makan ubi kayu dengan kelapa parut digaul gula, atau pengat ubi kayu. tapi tepung Boko ubi kayu mereka juga pandai buat (they called it Bokololo).
keratan batang ubi kayu untuk ditanam
      Kami sekeluarga tidak makan ubi kayu kerap sangat cuma kadang2 sahaja. Ada tu sebulan sekali pun tak jumpa, bila teringin baru digali dan dimasak. Tetapi ubi kayu yang kami tanam agak banyak, terutama dari jenis ubi kuning. . Sebenarnya ditanam banyak untuk tujuan buat kerepek ubi (buat sendiri). Orang2 kat sini kebanyakkannya tidak pernah makan kerepek ubi kayu walaupun mereka tanam ubi kayu dimana sahaja, so bila saya perkenalkan ternyata mereka sangat menyukainya.
siap ditanam 21/5/12
   Dahulunya kerja2 menaman dan menguruskan ubi kayu ni kerja Abu, tapi  oleh kerena dia terlalu sibuk dengan kerja2 sekolah dan works for Qawm jadi dia tak mempnuyai cukup masa untuk beriadah mahupun berekreasi lepas balik kerja kecuali cuti sekolah. Since saya sudah menjadi official manager dan tukang  kebun kat rumah ini kenalah cari masa untuk buat kerja2 yang termampu untuk memanfaatkan tanah yang ada.
10 hari kemudian anak mula tumbuh
  Dipanggil kebun rahsia kerana letak nya agak tersembunyi dan jarang dimasuki jika tiada keperluan.Jika tengok dari luar memang tak perasan yang ada tanam ubi kayu kat sebelah sini. Sebenarnya kebun ubi kayu ini berada dibhg sisi rumah yang bersebelahan dengan rumah Fijian family. Untuk lebih privacy, Abu telah menamam pokok pagar atau 'hedge plants' untuk menutupi pagar yang berjiranan dengan Fijian tadi. Disebabkan adanya 'hedges' yang tebal (menghalang cahaya matahari) dan berdekatan dengan rumah maka kebanyakkan tanaman susah untuk hidup subur pada bahagian ini, saya pernah cuba menanam jagung tapi tidak berhasil, begitu juga denga sayuran hijau. Tetapi bagi ubi kayu tiada masalah, mereka dapat hidup dan berhasil walaupun tidak mendapat cahanya matahari sepenuhnya.
hampir sebulan usia
   Dua jenis ubi kayu ditanam iaitu yang kuning dan putih agak2 pink warna kulinya. Ubi jenis kuning banyak ditanam memandangkan ubi kayu jenis ubi putih tidak sesuai untuk dibuat kerepek, saya telah mencuba tetapi tidak menjadi - terasa keras dan tidak rangup seperti menggunakan ubi kuning. Ubi putih mula ditanam tahun lepas selepas Bumbu (nenek) yg jiran Fijian memberikan kami batang2 untuk ditanam Mengikut sumber yang saya dapati dari internet, ubi kayu memakan masa sekurang-kurangnya 8 bulan sebelum boleh dituai hasilnya (saiz sederhana besar), jika awal dari itu mungkin boleh tetapi isi mungkin sangat kecil.
     Sekarang setelah lebih 2 bulan ditanam pokok2 ubi kayu nampaknya telah membesar dengan sihatnya, alhamdulillah, tetapi masih memerlukan masa beberapa bulan lagi sebelum ubinya boleh digunakan.
nampak tak 'hedges' yang begitu tinggi dan menebal sebelahnya

Untuk resepi kerepek ubi kayu:  Homemade Kerepek Ubi Kayu

8 comments:

  1. Assalammualaikum dik,

    Alhamdulillah, ada kebun rashia lagi. sesuai benarlah nama tu.Ubi kayu makanan ruji masyarakat tempatan, stok banyak2 ya, manalah tau,apa2 terjadi luar dugaan kita, adalah stok makanan.,khasiat ubi sama dengan beras.
    Oh nak tau, jiran2 tu pandai masak lemak pucuk ubi lemak kuning atau buat ulam?

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'kumsalam..btul tu kak stok simpanan..tp cam kat m'sisa eksyen ubi kayu makanan orng asli..
      depa tak mkn la pucuk ubi msk lemak..depa msk lemak ubi kayu tuh jerr, ulam sy rs tak jgk..sy pun tak pandai..dl pernah cuba buat ulam tp pahit sket laa..

      Delete
  2. kebun rahsia lg :) ummuaidan..ni nk guna bt kerepek ke?nnt pucuk ye tu msak lemak sedap ye.pastu greng ikan kering.sgt menyelerakan.hihihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yer lah..byk2 buat apa kalu tak, kan yut kan.. akak cuba msk lemak yer..ni pun dah telan air liur nih..

      Delete
  3. banyak tanam tu. akak dah jadi pelopor kerepek ubi kayu kat Fiji ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..pelopor senyap2 jer wani..belum komersial lg...

      Delete
  4. rendang pucuk ubi pun sodap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru pertama kali dengar nie..tak pernah cuba lagi

      Delete

Harap maaf sekiranya jejak anda tidak mendapat kunjungan balik yea,..mana2 komen yang berbentuk pertanyaan inshaallah akan cuba dijawab sebaiknya..kalau tak sempat tuh mintak maaf banyak2lah yer..:)

Nuffnang Ads