| kawasan yang baru dibersih |
Hujan renyai2 dari semalam sampai ke pagi ni. Bila hujan lebat biasanya benda yg mesti diselamatkan adalah seeds containers, bila masuk air lebih2 sgt boleh rosak, (sia2 dan membazir usaha dan benih). Abu dah selamat pergi kerja, nak keluar tgk kebun - sejuk tambahan pula demam selsema dan batuk, nak rest atau tidur-susah. Aidan keep disturbing, itu ini, suruh main ngan toys dia lah (to have peace of mind kena bg dia tgk Dinosaur's documentary ataupun Tom&Jerry barulah senyap) . Nak mula buat biskut raya, rasa tak larat. Tapi bila bangun dan cuba buat kerja maka rasa sehat sikit. Jadi pagi ni cuba siapkan entry untuk hari ini yg telah dibuat sikit2 sblm ni.
Ini cerita tentang satu tanaman yang ada kat kebun ini masih belum diceritakan kat dalam blog ini, namun bukanlah tanaman jenis sayuran tetapi tanaman utama dibumi Fiji ini. Ia merupakan makanan asasi bagi penduduk yang asli iaitu Fijian (Orang Fiji). Seperti kat M'sia nasi makanan ruji namun kat sini tanaman inilah, tapi saya tetap makan nasi seperti kat M'sia.
Ini cerita tentang satu tanaman yang ada kat kebun ini masih belum diceritakan kat dalam blog ini, namun bukanlah tanaman jenis sayuran tetapi tanaman utama dibumi Fiji ini. Ia merupakan makanan asasi bagi penduduk yang asli iaitu Fijian (Orang Fiji). Seperti kat M'sia nasi makanan ruji namun kat sini tanaman inilah, tapi saya tetap makan nasi seperti kat M'sia.
| alat menggembur tanah |
| keratan batang ubi kayu untuk ditanam |
| siap ditanam 21/5/12 |
Dahulunya kerja2 menaman dan menguruskan ubi kayu ni kerja Abu, tapi oleh kerena dia terlalu sibuk dengan kerja2 sekolah dan works for Qawm jadi dia tak mempnuyai cukup masa untuk beriadah mahupun berekreasi lepas balik kerja kecuali cuti sekolah. Since saya sudah menjadi official manager dan tukang kebun kat rumah ini kenalah cari masa untuk buat kerja2 yang termampu untuk memanfaatkan tanah yang ada.
| 10 hari kemudian anak mula tumbuh |
Dipanggil kebun rahsia kerana letak nya agak tersembunyi dan jarang dimasuki jika tiada keperluan.Jika tengok dari luar memang tak perasan yang ada tanam ubi kayu kat sebelah sini. Sebenarnya kebun ubi kayu ini berada dibhg sisi rumah yang bersebelahan dengan rumah Fijian family. Untuk lebih privacy, Abu telah menamam pokok pagar atau 'hedge plants' untuk menutupi pagar yang berjiranan dengan Fijian tadi. Disebabkan adanya 'hedges' yang tebal (menghalang cahaya matahari) dan berdekatan dengan rumah maka kebanyakkan tanaman susah untuk hidup subur pada bahagian ini, saya pernah cuba menanam jagung tapi tidak berhasil, begitu juga denga sayuran hijau. Tetapi bagi ubi kayu tiada masalah, mereka dapat hidup dan berhasil walaupun tidak mendapat cahanya matahari sepenuhnya.
| hampir sebulan usia |
nampak tak 'hedges' yang begitu tinggi dan menebal sebelahnya
Untuk resepi kerepek ubi kayu: Homemade Kerepek Ubi Kayu
Assalammualaikum dik,
ReplyDeleteAlhamdulillah, ada kebun rashia lagi. sesuai benarlah nama tu.Ubi kayu makanan ruji masyarakat tempatan, stok banyak2 ya, manalah tau,apa2 terjadi luar dugaan kita, adalah stok makanan.,khasiat ubi sama dengan beras.
Oh nak tau, jiran2 tu pandai masak lemak pucuk ubi lemak kuning atau buat ulam?
w'kumsalam..btul tu kak stok simpanan..tp cam kat m'sisa eksyen ubi kayu makanan orng asli..
Deletedepa tak mkn la pucuk ubi msk lemak..depa msk lemak ubi kayu tuh jerr, ulam sy rs tak jgk..sy pun tak pandai..dl pernah cuba buat ulam tp pahit sket laa..
kebun rahsia lg :) ummuaidan..ni nk guna bt kerepek ke?nnt pucuk ye tu msak lemak sedap ye.pastu greng ikan kering.sgt menyelerakan.hihihi.
ReplyDeleteyer lah..byk2 buat apa kalu tak, kan yut kan.. akak cuba msk lemak yer..ni pun dah telan air liur nih..
Deletebanyak tanam tu. akak dah jadi pelopor kerepek ubi kayu kat Fiji ;)
ReplyDeletehehehe..pelopor senyap2 jer wani..belum komersial lg...
Deleterendang pucuk ubi pun sodap...
ReplyDeletebaru pertama kali dengar nie..tak pernah cuba lagi
Delete