Monday, 16 December 2013

BerDosa Dihujung Minggu

Kemain lagi kan tajuknya..tapi jangan salah paham..berdosa tuh Allah sahaja yang tahu..walaupun bukan dosa besar namun dosa kecik tuh wallahua'lam kan..tapi sememangnya kami ber'dosa dihujung minggu yang baru berlalu..

Korang memang tak tahunya kalau sebut dosa..tapi kalau sebut Thosai tau kan..dosa tuh dalam bahasa Hindi..heheh

Inilah thosai yang kurrr kurr (ranguplah dalam bahasa kita)..yang memang hampir setaraf ngan kedai mamak nyer..heheh..serius mmg btul pun bkn setakat angkut bakul yer..:) Yang terbaik so far yang pernah dibuat.

Ok kalau makan kat restaran sebiji will cost you about $5 kalau yang plain..kalau makan 3 orang dan 2 biji sorang..dah berapa dah kan. Kalau makan kat umah? Berapa jer kos beras dan dhal..berganda2 jimat dan boleh makan sepuas-puasnya.

Biasalah kerajinan atau kemalasan is not an issue sebab bila che asben suka makan yang dari air tangan isterinya  maka siisteri pun kena ade inisiatif kena rajinkan diri dan kreatif. Juga makan kat luar bukan budaya disini, manalah ade restoren bukan pagi2 hari..kenalah bukak restauran kat umah sendiri..kalau nak mudah memanglah boleh beli roti dari bakery hari2..tapi takder thrill lah...serta.takder kepuasan diri. 

Ok saper nak belajar masak thosai atau nak cuba ber'dosa juga bolehlah belajar kat makcik nie

Sunday, 15 December 2013

Cabaran Nak Menanam Bawang

Tengok kat beberapa blog kengkawan macam mudah jer tanam bawang nie..ade yang setengahnya tuh tak perlu buat aper2 pun tumbuh jugak bawang dengan sendirinya..so semangat nak tanam bawang pun membuak2..tambah2 dok memikirkan akan resepi2 yang enak2 menggunakan daun bawang..letak dalam sup pun sodap jugak...

Percubaan pertama cuba tanam menggunakan benih yang dibeli dalam paket..beberapa hari selepas disemai memang bercambah..namun cara menggunakan benih tak praktikal sebab bawang kelihatannya tidak begitu kuat untuk membesar..tidak tahan panas..tidak pula tahan cuaca yang lembap..akhirnya habes gitu sahaja tiada hasil..

Kemudian tanam menggunakan labu plak..

Ade yang dipotong separuh bahagian atas tuk mempercepatkan percambahan..ade jugak yang dibiar gitu sahaja..eksperimenlah konon..Namun begitu ade gak yang dengki ngan bawang nie, keesokkan harinya tengok disapu elok dengan baja NPK yang diletakkan dipokok2 cili oleh siapa lagi kalau bukan budak kecik yang selalu main kat luar tuh..hangin betul..sampai takder mood nak amek gambar kejadian..huhuh

Kemudian suruh Abuaidan beli daun bawang dari pasar yang dijual dengan akar2nya sekali. Daun potong buat masak, batang ngan akar ditanam..

Setengah ditanam dalam bekas berasingan 

 Setengah lagi ditanam dicelah2 bawang besar yang ditanam terdahulunya..in case lah kalau bawang nie tak menjadi kurang2 bekas dapat diamek alih oleh bawang yang ditanam dengan akar nie..

 Sebelum lebih kemudian inilah hasilnya...bawang besar tidak tumbuh2 daun bawangnya, mungkin terlalu panas dek kena sapu ngan baja sebelum apa2 lagi...bawang yg ditanam bersama akar dicelah-celahnya pun telah dicabut...oleh siapa lagi kalau bukan budak sorang yang suka main kat laman rumah tuh..

Ini jerlah yang berhasil yang ditanam ditempat yang lebih selamat dari budak kecik tuh..pun dah beberapa kali harvest daunnya sebelum sampai masa...sib baik kat kena kacau..kalau tak memang takde rezki nak tanam bawang..

Saturday, 14 December 2013

Resepi Nasi Palau atau Palau Rice

Lama btul dok tangguh tulis entri pasal resepi nasi palau nie..kesian rakan2 yang dok bertanyakan resepinya..bukan apa actually tak pasti pasal resepi serbuk masala atau kari untuk palau nie..sebab kat sini kami selalunya beli serbuk kari palau yang ready made..

Palau seperti yang selalu diceritakan dalam blog nie adalah makanan kenduri yang paling femes sekali kat sini..tak der lain selain palau, kenduri kawen palau, kenduri arwah palau..kenduri doa selamat palau..no beriani mahupun nasi minyak dsbnya..

Suka tak suka pi kenduri makan nie jerlah..samada palau ayam ataupun palau kambing..orang2 hindu buat vegetable palau..


Anway setelah bertanya pada yang tahu akhirnya dapatlah idea camaner depa selalu buat masala nie..biasanya kalau tuk kenduri dorang buat sendiri serbuk kari dengan blend kering semua bahan2 yang diperlukan..


Resepi Nasi Palau
(Untuk 5 orang makan)


Mulakan dengan memasak ayam dahulu, bahan2nya
- Setengah ekor ayam
- 1 biji bawang besar dipotong 
- 3 biji bawang putih + 1cm halia (ditumbuk lumat seperti paste)
- 1 pelepah daun kari
- 1 btg kayu manis
- 4 biji buah pelaga
- 5 biji bunga cengkih
- 1 bunga lawang
- 3 sudu besar rempah masala palau (rujuk resepi kat bawah)
- 1 sudu besar serbuk cili

Panaskan minyak masak secukupnya..masukkan rempah 4 sekawan tuh sampai naik bau, masukkan daun kari. Gorengkan bawang besar sehingga layu kemudian masukkan paste bawng putih dan halia..goreng sampai kekuningan & naik bau. Masukkan rempah palau dan serbuk cili juga sedikit air sehingga menjadi paste. Goreng dengan api kecik sehingga naik minyak. Kemudian masukkan ayam..gaul rata.biarkan sehingga masak dan lembut..ketepikan.

Untuk nasi :-
- 3 cawan beras
- 1 senduk minyak sapi
- 1 biji bawang besar dipotong melintang
- 2 sudu besar paste halia & bawang putih (yang ditumbuk bersama2)
- Sepelepah daun kari
- 6 biji bunga cengkih
- 4 biji buah pelaga
- setengah batang kayu manis
- Air secukupnya
-Garam secukup rasa

Panaskan minyak sapi. Masukkan dan tumis semua rempah2..masukkan daun kari. Masukkan bawang tumis hingga layu, masukkan paste bawang putih dan halia..goreng hingga kekuningan. Masukkan beras dan air mengikut nisbah yang biasa digunakan tuh masak nasi..masukkan garam. Masukkan ayam yang telah digoreng bersama masala tadi...gaul rata bersama beras. Masukkan kesemuanya kedalam rice cooker untuk lebih mudah..biarkan sehingga masak. Sekiranya nasi sedikit mentah, renjiskan sedikit air serta balik-balikkan dan tekan switch..biarkan hingga masak.


Nasi palau nie biasanya dihidangkan bersama-sama salad. Salad biasanya campuran dari kobis, carrot, bawang besar, timun yang dihiris halus dan digaul dengan sedikit garam dan cuka.

Resepi Palau Masala :

Kayu manis digunakan menggantikan cassia..takder beza sangat dr segi rasa.

- 1 kg ketumbar
- 100g buah pelaga
- 50g bunga cengkih
- 50g bunga lawang
- 50g jintan manis
- 100g jintan putih
-100g kulit kayu manis

Semua bahan2 dikisar kering sehingga menjadi betul2 halus. Kalau hendak buat pada kuantiti yang lebih sedikit boleh gunakan percentage untuk menganggarkan bahan2..

p/s - kerana keenakan nasi palao nie jugak sorang hamba Allah telah convert dari kristian kepada muslim..(story boleh baca sini )

Friday, 13 December 2013

Kebunku Dipenghujung Tahun

Macam lama rasanya tak update pasal ladangku yang satu nie. Jarang ade peluang untuk menghabiskan masa untuk kebun kerana kena ready to serve mem kecik 24 jam sehari dan juga hujan yang boleh dikatakan almost setiap hari, lebat plak tuh sejak penghujung bulan October..so selamatlah kerja2 menyiram..

Tukang kebun yang satu lagi pun walaupun skrang bercuti panjang namun belum ade kesempatan yang cukup kerana ade banyak komitmen yang terpaksa didahulukan..

Maka jadilah kebun sebagaimana adanya..

Jagung yang baru hendak besar serta bendi yang sudah menghampiri expiring date. Kerana hujan yang kerap jugak banyak buah kacang bendi diserang ulat.

Macam hutan lak kan... Kacang panjang yang rancak berbuah serta rumah petola yang merimbun disebelahnya..in between pokok betik tumbuh sendiri yang baru nak belajar berbuah.

Pemandangan dibawah greenhouse usang. Penuh semak kerana tak sempat dibersihkan asyik hujan jerr..pokok bayam liar pun apalagi sukalah sangat tumbuhnya. Actually ade tanam pakchoy, kobis bulat dan tomato tuh ..namun antara hidup segan mati tak mau jer yang tinggal..huhu

Tuaian yang biasa plak,

Petola, kacang panjang dan bendi. Boleh dikatakan selang sehari menuai kacang bendi dan kacang panjang..tak berhabisan hingga kenalah diagih2kan jugak..kalau dekat2 tuh nak jugak bagi kat Atie ker, KakZakie ker..Knor ker...Mia ker...hehe

Sememangnya hujung tahun dan awal tahun susah hendak berkebun dengan kekerapan hujan dan kadangkala banjir ataupun cyclone..alhamdulillah tahun nie belum ade berita cyclone seperti tahun lepas yang teruk melanda..biasanya kalau hujan kerap kebarangkalian cyclone atau taufan adalah rendah..namun kebarangkalian banjir..wallaua'lam..kena berjaga-jaga jugak...

Thursday, 12 December 2013

Paratha Kentang

Pernah makan roti paratha kentang? Sedap weyhh sesekali makan buat bekfes..kat kedai mamak di Malaysia tak sure samada ade ker tak menu begini sebab tak pernah makan kat Malaysia sebelum nie..namun kat chef kat umah nie biasalah buat paratha gini tuk bekfes..especially bila musim cuti sekolah..sesekali makan yang lain sedikit dari kebiasaan..

Roti paratha kentang sedap dimakan bersama-sama dengan kari mahupun pencicah. Yang dalam gambar tuh dipanggil tomato chutney (sambal tomato)..rasa sambal tuh manis lah sikit. 

Bekfes hari nie memang mebeles ngan roti paratha kentang nie..kejap jer urusan memasak sebab big boss sudi tolong gorengkan..chutney dan kari pun same time buat..sebiji memang tak cukup..boleh terlajak sampai 3 tuh..heheh sambung lagi tuk lunch yang balance..:)

Actually Indian kat sini since most of them from North India dorang tak biasa makan stuffed roti paratha gini except roti paratha kosong yang dorang panggil roti...tapi kalau South Indian memang biasalah sebab Indian food yang sedap pun mostly daripada South Indian...cam indian kat Malaysia tuh..yg kulit gelap2 sikitlah.

Resepi tuk roti nie asalnya saya belajar dari myresepi, orang melayu nyer resepi..kemudian barulah tengok yang original resepi from Indian website..lebih kurang jer lah caranya...boleh tengok sini resepinya..


p/s - tuk info En Jay AR, Fiji bukanlah sebahagian dari benua India, namun fiji adalah termasuk dalam benua Pasifik dan dipisahkan dari benua Asia oleh lautan Pasifik. Negara Fiji juga asalnya belongs to Fijian people...Indians kat sini adalah immigrants asalnya cam kat Malaysia lah.

Nuffnang Ads