Sunday, 4 November 2012

The Famous Palao Rice and A Convert Story

Assalamualaikum,

Pagi-pagi berfiki apa yang nak masak hari ini..apa yang spesel untuk weekend. Last2 takder idea, masak biasa jerlah. Tengah nak buat preparation nak masak Abuaidan cakap "i'll bring chickens from that man house, you'll make palao..ok? (kat sini nak dpt ayam halal mesti order dari muslim yg bela & jual ayam, yang packed masih diragukan kehalalannya..) then jawab "how about you make it this time, you can make palao better than me"..(sebenarnya macam malas sket takut tak jadi & not up to his standard).."no, you make cause I've left kitchen quite long, quite difficult for me and don't know where to start."..alaaa takder excuse nampaknya kena masak jugak.

Palao nie macam makanan yang paling femes kat sini. Nasi yang dimasak bersama-sama rempah dan ayam ataupun daging dan minyak sapi. lebih kurang macam nasi bukhari sikit. Palao menjadi hidangan utama pada setiap kenduri kahwin mahupun majlis2 kenduri,,mahupun majlis makan2 dimana sahaja. Tetapi untuk muslim sahaja..hindu tak makan daging...

So mulakan kerja memasak dengan memasak ayam bersama masala (rempah ratus/ kari khas) kemudiannya barulah dimasak nasi dan diletakkan ayam kedalamnya hingga masak. Lebih kurang cara masak nasi minyaklah jugak..kala tak kena cara nasi boleh mentah ..itulah yang celennya..malah kat kenduri pun ada jugak yang hidang palao nasinya mentah...

Palao nie macam nasik minyak jugaklah berminyak2 tetapi sedapnya masak ngan minyak sapi. 

Sesetengah orang kat sini memang gila sangat palao, tiap minggu nak makan palao..namun tak elok dimakan selalu..boleh menaikkan tahap kolestrol dalam badan..makanan berminyak kan..


Good to serve with some salads..campur timun, carrot, kobis & bawang besar.

So bila dah siap, dihadangkan dan dimakan..big boss nampaknya sangat berpuas hati dengan palao yang dimasak...alhamdulillah..

So everytime sebut pasal paloa teringat akan true story of converts (to islamlah) yang dibaca dalam buku berjilid "Why We Embraced Islam".. inilah sedikit sedutannya..(translate sikit2 jerlah..ok)

Mr. Dawood Ibsen (fr England) :
Nama sebelum islamnya David, berasal dari Jewish English Family. Katanya sekiranya saya menceritakan anda bagaimana saya menerima islam anda akan surprised.  Ini kerana saya bukanlah convert dengan cara membuat kajian mendalam tentang islam atau memerhatikan muslim society. Malah saya belum pernah membaca tentang agama ini dari mana2 scholar untuk mendapatkan gambaran tentang islam.

Diringkaskan cerita...
Saya telah meningglkan England dan datang ke Bombay untuk hidup disana..kawan2 saya adalah kebanyakkannya politicians. jadi lagilah pelikkan sebab bukannya bergaul dengan ahli agama atau yang berkait dengan islam.

So bila saya mengambil bahagian dalam aktiviti politik, saya perlu bergaul dengan local muslims sudah tentunya..dan continuous visit dengan mereka ini.  Suatu hari saya dijemput menghadiri parti dirumah a respectable muslim friend. We had lunch dan banyak makanan2 indian disediakan..dan yang paling saya suka adalah palao. Ia hanyalah nasi dan daging dimasak dengan pelbagai jenis spices.  Saya merasakan bahawa makanan ini adalah 'not at all an earthy diet, but sort of a paradisal food'...

Katanya lagi.." itlah kali pertama saya makan makanan seperti itu. Ketika memakan palao, pada waktu yang sama saya berfikir in a strange way.. i always laugh when it comes to my mind. Saya katakan pada diri 'pastinya nation yang ahlinya adalah soft and so kind to others and also hospitable, and whose food is so delicious and holy, such virtues must be reflected, may even they emanate from their religion.

Makanan ini menurut Mr. Dawood adalah permulaan his discovery of the truth about islam. Dia bukanlah dipengaruhi oleh mana2 muslim scholars atau sufi..tetapi admiration of Palao has kindled his interest in this religion.  

Itulah sedikit sebanyak kisah Mr Dawood yang hatinya terbuka untuk islam hanyalah kerana Palao yang istemewa..alhamdulillah.

20 comments:

  1. Cerita convert tu menarik...tak sangka kan kerana masakan boleh terpikat msk islam...itu perlu nya islam galakkan kita merai tetamu..:D
    Ummu nak try la buat palao...terliur..(hahah lbh dr preggy mum plak)...rempah tu rempah mcm mana...serbuk masala rasa nya ada...bahan-bahan lain lagi? susu cair ke...puree tomato ada taruk ke?
    kalu dh expert buat...bulih jdkan main meal masa raya ni...:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tuh nadia..sebab tuh kita kena muliakan tetamu walapun bukan islam sekalipun..
      rempah tuh dia ada rempah special, serbuk masala lah..takperlu susu, tomato puree leh taruk sket2..yg penting guna minyak sapi..
      yg part rempah tu kena check apa yg diornag guna...

      Delete
    2. okeh..nanti boleh google..mcm dah terbau-bau minyak sapi nasi palao ni..

      Delete
  2. Waalaikumsalam makyong fiji... sori lambat datang sini.. tadi pegi pasar pagi shah alam.. kononnya nak cari durian.. man atau kot2 berlonggok durian kat sana.. sbb kat sini skrg tengah musim durian.. tapi banyak lom masak.. durian fresh2 baru ni lagi sedap.. dari durian yg dah tengah or last2 musim tu.. so nak ler gak makan durian before deliver kan.. :P
    >>> tapi durian tak de.. sebijik pun tak de.. jadinya sasaran bertukar.. beli tudung instant 2 helai.. kuangx3... :P
    >>> anak2 tak nak ikut.. dari tanya yg kecil.. sampai yg besar.. semua tak nak ikut.. so abah ngan mama je yg kuar berdua.. tu lama.. :D
    >>> sedapnya nasi tu.. penah gak nani wat.. tapi bukan palao lah.. nani wat nasi daging.. tapi gantikan daging dengan ayam.. lebih kurangk kot rasa dia.. ye dak.. hmmmm..
    >>> ok lah.. have a nice weekend... :)
    >>> esok dah keje... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah seronok makan durian yer.musim durian rupanya sekrang...
      takperlah dpt tudung pun jdlah..heheh
      lain sket kot sebab rempah yg dioarng guna berlainan...
      hepi weekend mak yong

      Delete
  3. Mmm sedapnya nampak palao tu... dah lah sekarang tengah hujan, sejuk-sejuk ni makan palao sure warm je badan. Mmmm... version beriyani saya macam palao jugak sikit-sikit.

    Dakwah melalui makanan.. indahnya cerita ini. Kalaulah kita pun dapat buat yang sama best kan? Sambil memuliakan tetamu (pahala!) dakwah pun dapat juga. Terima kasih di atas perkongsian. :-)

    By the way, ayam susah nak dapat, bagaimana dengan kambing ye? Palao kambing pernah buat ke? Saya memang peminat kambing :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau suka makan makanan ber spices mmg akan sukalah palao nie..sy awalnya tak suka sebab bau minyak sapi kuat..tp dah bila gi kenduri tuh inilah yg dihidang lama2 blhlah terima jgk..hehehe..beriyani guna masala yg berlainan sket sy rasa..tp beriyani buh susu kan..palao tidak..

      sy dulu ms baca cerita nie rs tak sangka wah...mmg mr dawood ni kira cara yg indah hatinya terbuka utk islam..

      Ayam ada yg disahkan halal yg dijual kat supermarket, tp diragukan halalnya plak..(cara sembelihan lah kan) kambing boleh dpt tapi kena gie cari kat kampung2 ..biasanya kenduri jgk mereka buat palao kambing..berbau lah sikit heheh..sy pernah buat jgklah sikit..kalau mama nak saya hantar masala inshaallah..berminat?

      Delete
  4. assalammualaikum, is datang singgah sini, kiss2 ads yang ada jemput ke blog is yer?

    Lazat la pulak is tengok Palao Rise nie ahak.

    Santai iskandarX

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks is jemput akak...

      sedap jugak..kalau pernah makan nasi bukhari blhla yg nie pun..

      Delete
  5. Hebat...penangan palao dia convert to Islam...Agaknya kalau masakan ini diperkenalkan di Malaysia pasti ramai peminatnya, sebab rata2 org Malaysia memang kaki makan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah..pun surprised jgk. kat mesia mungkin blh laku kot..yg tak der kat m'sia sebab makanan ini asal dr north indian muslim..yg indian kat m'sia kan south indian..lainlah makanannya..

      Delete
  6. Sedap tu.kalau kambing pun sodap. Teringat pula ayam masala kat INsAF..akak suka kuahnya je.lama betul tak makan..En Din kata INSAF mahal..insaf nak membyrnya.. Good info pasal Dr Dawood.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kambing pun diorang msk ms kenduri..sedap gak.. INSAF memang mahal kak..kalau bawak rm10, pilih jerlah yg termurah..insaf lepas berkunjung..hehehe

      Delete
  7. ooo nasi Palao ye..bru tau.. :)

    ReplyDelete
  8. nmpk sdapppp....ni mkn skali mesti kyg ni...kerana mknan pon blh terdetik di hati kan.Allah klu nak memberi hidayah kan kak nor :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap jgklah yut... mungkin sbb orng nie hatinyer lembut kot sebab tu hidayahnya pun mudah...

      Delete
  9. salam. dek nasi palao orang boleh masuk Islam ya! hebat cerita ni. cuba karang sikitlah resepi nasi palao ni, interested nak tahu cara buatnya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg hebat gaklah kan bila mendengar..
      palau nie mak jie lebih kurang masak nasik minyak lah jugak..cuma masak ayam dulu guna rempah palau letak kayu manis, buah pelaga, bnga cengkih, bwg ..pastuh tuh masak nasik lak..letak ayam yg dimasak tadi..inshaallah ade masa sy letak resepi..intenet slow skrang...

      Delete
  10. Alhamdulillah.. bila kita berbuat baik dengan mereka yang bukan Islam..

    ReplyDelete
  11. hidayah dia dtg dlm bentuk begitu. tapi hasilnya dia mengkaji tentang islam juga kan kerana jatuh cinta dgn palao.

    ReplyDelete

Harap maaf sekiranya jejak anda tidak mendapat kunjungan balik yea,..mana2 komen yang berbentuk pertanyaan inshaallah akan cuba dijawab sebaiknya..kalau tak sempat tuh mintak maaf banyak2lah yer..:)

Nuffnang Ads