Monday, 17 June 2013

Dalam Menunggunya Masa

Jika adanya entri harian disini, bermakna masih belum selamatlah lagi tuh..masih dalam penantian dan debaranlah tu....:)

Minggu nie dah hendak memasuki minggu yang ke 40 dan tarikh jangkaan yang jatuhnya pada hari Khamis 20/6 nie...tp tak semestinya jangkaan tuh tepat kan..boleh melencong kedepanan kebelakang lagi tuh..:)

Bila cakap ngan En. Abuaidan terasa agak lama masa menunggu nie...katanya dia boleh paham perasaan mak buyung dimana tempoh matang pun dah cukup dan bila keep counting terasa lama dan perasaan to get over with it as soon as it can be mesti ade jgkkan sikit sebanyak..

Well kita boleh beroda, bersabar dan berharap..dan dalam masa yang sama tetap ingat yang segalanya telah ditetapkan Allah seperti dalam firmannya yang bermaksud..

".....Kami telah menjadikan kamu dari tanah, kemudian dari setetes mani, kemudian dari segumpal darah, kemudian dari segumpal daging yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna, agar Kami jelaskan kepada kamu dan Kami tetapkan dalam rahim, apa yang Kami kehendaki sampai waktu yang sudah ditentukan, kemudian Kami keluarkan kamu sebagai bayi, kemudian (dengan berangsur- angsur) kamu sampailah kepada kedewasaan, dan di antara kamu ada yang diwafatkan dan (adapula) di antara kamu yang dipanjangkan umurnya sampai pikun, supaya dia tidak mengetahui lagi sesuatupun yang dahulunya telah diketahuinya..." (22:5)

So begitulah....dalam pada menunggu masa nie..mak buyung alhamdulillah masih lagi mampu memasak, basuh baju, kemas rumah..turun kebun ..berblog..heheh.

Pagi nie pun alhamdulillah pulun kemas rumah, mop umah cuci dapur bagai selagi ada masa dan tenaga..manalah tahu kang tiba2 meletup..rumah tunggang langgang, orang masuk dapur kang pengsan lak kan jadinya...huhuh..

Dalam pada menunggu-nunggu masa jugak sempat buat frozen roti paratha stock untuk En. Abuaidan..orang2 disini kebiasaan breakfast dan bawa bawa bekal tempat kerja mahupun skolah ngan roti paratha..so tiap2 pagi bila mencanai roti harian, mesti buat extra untuk keep dalam freezer..akhirnya inshaallah cukuplah stok untuknya semasa tukang masak not available...yang kari untuk dimakan bersama tuh  pandai2 lah dia buat sendiri kan..


Katanya boleh masak dan makan nasi..namun dek kesian  tak biasa makan nasi pagi2..(malam/ tengahari mmg biasa)..susah payah pun mak buyung gagahkan jugak setakat termampu..alhamdulillah.. 

Dalam pada menunggu masa nie..teringin nak buat itu dan ini tapi ada jugak batasannya dari segi tenaga..terpikir untuk pergi berjalan2 luar umah cam dulu (nak cepat branak)..namun khuatir lak..kalau pegi berjalan. balik2 meletup..kang nanti takder tenaga lak nak meneran..betul tak..? Kalau tak dapat nak teran jawabnya kena episiotomy pulak lak kan...bila kena toreh gitu lagi amek masa untuk recover kan, sakit lak tuh nak duduk...hiiii dah merasa masa beranakkan Aidan dulu..

Sesungguhnya bila nak branak perkara yang tak boleh lari adelah kesakitan..cuma lama atau pendeknya sahaja yang menjadi ukuran..Semuanya adalah ujian dan ketentuanMu ya Allah...

Sunday, 16 June 2013

Update#4DBF - Kobis

Entry untuk rekod tukang kebun sahaja..

Batch#1 - Ready dan dalam proses menuai...

Batch#2 -4 months old...maturing, will be ready dalam masa sebulan..inshaallah 

Batch no#3- 3 months old.. baru nak mula membentuk...


Batch#4 - 1 bulan setengah..growing good..alhamdulillah

P/S : Please jangan susah-susah komen, ok...tq very much

Yang Tak Menjadi & Yang Lain Dari Yang Lain


Keadaan kobis bulat yang tidak  menjadi disebabkan serangan ulat ketika masih kecil dan sedang membentuk. Kelihatan kobis cuba membesar namun tiada hasil yang dapat dituai walaupun sedikit..:)

Ini pulak kurang pasti sayur apakah ia. Disemai bersama2 benih kobis..dialihkan..namun setelah membesar jadi camni pulak..nak kata kailan besar sangat..ade sesiapa yang kenal sayur apa nie?

Saturday, 15 June 2013

Round the Island of Viti Levu, Fiji Islands - Part 4

Sambung lagi perjalanan round Island nie nak balik umah. Meneruskan perjalanan dari timur ke utara dan ke Barat..

Untuk bahagian ini ikut garisan hijau

Walaupun tak banyak kenderaan, namun tak boleh speeding more than 70km/hr..nanti dapat tiket..penat jer kan jalan cantik2 kena bawak slow..

Jalan berlingkar2 so kena bawak hati2 banyak selekoh nie..

Kelihatan ladang nenas di tepi jalan..namun taklah sebesar yang kat Malaysia..

Pemandangan kampung mereka..

Some Fijians baru balik tangkap ikan kot ngan parang bagai..takut jgk kalau naik keta sorang kawasan berhutan sunyi2 gini..

Perjalanan diteruskan..namun kawasan yang dilalui kemudiaannya tidak lagi berhutan seperti sebelumnya..highway baru pun dah tamat..jalan biasa2 jer tapi oklah..

Juga melalui bukit-bukit yang rendah..agak gelap kerana cuaca sedikit mendung..

Bukit nie yg puncaknya mcm bentuk thumb, betul tak? Abuaidan kata mana ade..hehe

Budak-budak sekolah tengah menunggu bas ..tersenyum riang bila orang amek gambar..:)

Yang ini lak kalau tak silap penanaman kacang panjang ngan pancang2 lurus elok gitu..

Perjalanan menyusur laut lak..berbntuk seperti tasik kerana pulaunya yang berbentuk lengkungan..nampak tak pulau yang kelihatan seperti kura2 ditengah2 tuh..


Inilah kura-kuranya..:)

Indah dan nyaman kan..

Petani dalam perjalanan membawa lembunya balik kerumah 

Bila  melalui bahagian belah sini hampir samas eperti tempat yg kami tinggal..adenya ladang tebu..

Pelajar-pelajar sekolah menengah yang baru habis sekolah..segak berskirt..berkaki ayam..

Bukit macam nie pun cantik jugak kan..tidaklah begitu bersemak..

Cuci mata lagi..

Seronok dengan pemandangan bukit bukau  begini..

Diatas bukit, rumput yang subur. lembu dipelihara

Saujana mata memandang..menuju ke bahagian barat, kurang dari sejam lagi untuk sampai ke rumah jaraknya..

Kemudiannya melalui Tavua town (entry lepas)..sudah petang..

Namun masih kelihatan ade mereka-mereka yang masih sibuk dengan urusan dibandar ..mungkin sudah siap membeli belah dan menunggu bas hendak balik..

Perjalanan yang kurang setengah jam jaraknya untuk sampai dirumah..cuaca agak mendung..

Baru lepas hujan rupanya di Ba..jalan kelihatan basah dan berkabus..

Kemudian sampailah di Ba town, dimana dalam 5km dari rumah kami..tak singgah bandar...nak tengok Ba Town klik here

Begitulah pemandangan sekitar Pulau Viti atau Viti Levu..menjanjikan pemdangan yang agak berbeza di setiap bahagian..Kalau nak round island dalam satu hari pun boleh..dalam kurang 12 jam mungkin boleh complete inshaallah

Ini hanyalah satu pulau yang terbesar daripada kepulauan..ade tiga ratus (still counting) pulau2 yang kecik yang tak nampak dalam peta pun..mungkin penduduk tempatan sendiri pun belum pernah sampai..tetapi some tourists dari luar negara telah menjejakinya..

Ade juga rakan blogger  bertanya tentang kawasan yang paling maju, apa yang menarik dan hotel. Jawapannya, kawasan yang paling maju adalah Suva, yang menarik adalah pulau itu sendiri dan kehidupnanya..kalau dari segi hotel bergantung kepada tempat ada yang murah dan juga mahal..namun penginapan untuk pulau2 peranginan yang kecil2 mmg tersangatlah mahalnya..hendak kesana pun kena naik boat atau small plane..

Friday, 14 June 2013

Lobo, Fijian Style

Masak kari ikan untuk dinner semalam..tah camaner dalam tengah2 menumis rempah2 dalam masa yang sama juga membuat kerja2 memotong sayur..terlewat mengacau separa hangit jadinya rempah2 tuh. Disebabkan tak larat a.k.a malas nak masak balik,teruskan jgk ngan kari tuh hingga masak..risau jgk bila big boss makan nanti apa lak komennya..moga2 dia buat tak tahu sahajah harapnya..:)

Kemudian dia balik.. "here's your lobo.." katanya..sambil menghulurkan sebuah kotak yang berisi ngan aluminium foils..

Rupa-rupanya dia beli dari fund raising kat sekolah. Belek-belek apa yang ade didalam kotak dan dibungkus ngan aluminium foils tuh..banyak jugak makanan yang kelihatan..selamat tak payah makan dinner kari yang separa hangit..hheheh

 Ubi kayu

 Half chicken ala2 Kenny Rogers

 Ikan

Pulasami - Daun keladi yang dimasak dengan santan pekat

Lobo adalah memasak secara tradisional kaum Fijian. Lubang yang agak besar dan panjang digali dan diletakkan batu-batu besar didalamnya, kemudian api dinyalakan diatasnya dengan kayu kayan dalam beberapa jam sehingga batu menjadi tersangat panas..setelah itu bara2 yang panas diletakkan bersama-sama batu didalam lubang..daun pisang diletakkan diatas batu2, kemudian makanan yang hendak dimasak diletakkan diatas daun pisang setelah dibalut ngan aluminium foil. Tutup lagi diatasnya dengan daun2 pisang yangg besar dan dibiarkan beberapa jam sehingga masak. Kiranya kalau hendak makan by lunch hour pukul 8am dah kena mula masak.

Makanan yang dimasak cara nie memberikan rasa yang sangat enak terutamanya jika dimakan panas-panas. Daripada ubi rebus dan lauk-pauk memang terasa seperti menikmati makanan yang enak cara orang2 dahulu kala. Ayamnya memang sangat empuk mengalahkan KennyRogers, tak perlu kunyah pun. Sesekali menikmati makanan yg dimasak begini memang berlainan dan menyeronokkan.

Nuffnang Ads