Monday, 4 February 2013

3rd Check Up and A Little bit of Bad News

Alhamdulillah hari ini merupakan appointment ketiga setelah 20 weeks already. Pagi2 lagi Abuaidan turunkan kitorang kat Mission Hospital sebelum pergi kerja..so kul 7.30am dah sampai..

Rupanya dah ramai orang menunggu untuk mengambil giliran walapun pintu tpt pendaftaran belum dibuka..

 2 orang pekerja bhg pendaftaran yang sibuk carik fail..

 Dah dapat fail terus masuk ke OCPD room untuk check up.. Ingatkan perut kita dah besar, rupanya ramai lagi perut lain yang lebih besar2..hehehe (br 5 bln nak berangan..). kul 8.00 baru diorang mula panggil nama. Kul 8.15am check blood pressure. Kemudian tunggu blood test, kul 9.30 baru setel.

 Seorang ayah yang mententeramkan anaknya yg kena ambik darah..nangis...kecian

 Budak yang kebosanan menunggu..siap gigit dinosaur lagi tuh..alih2 cakap nak pegi kat ayahnya...ngehngehngeh..ms nak ikut beriya2..heheh

Lecture psl exercise oleh instructor lelaki..mcm mana nak demo yg berkaitan ngan nak branak nie...


Blood pressure was ok, normal. malangnya red blood count yang teruk. Normal adalah 12.00, namun result ari nie 10.60.. yang test sblm tuh 11.9. Doktor chop dalam fail ANEMIA!. memang gabra jugak. Nurse srh amek iron table 2 biji sekali makan instead of 1. hohoho...  lps check up semua. diorang suruh tunggu ade lectures, psl excersice, diets dan breastfeeding. Doktor dan Dietitian membebel2 pasal pemakanan..so mendengarnyer lah dengan penuh insaf..huhuhu. Ternampak yg doktor tuh pegang my fail tunjuk contoh fail kena mark ANEMIA! hwahwahwa...

Nampak gayanya kena tanam banyak2 sayur nie..dan paling pentingnya kena makan!..yg ade kat kebun cuma kangkung jer..bayam pun masih kecik lagi...Next checp up sebulan lagi..moga2 inshaallah blood level jd normal balik.. 

Sunday, 3 February 2013

Selera & Yang Antik dihari Hujan

Hujan lebat mencurah2 dari selepas subuh hinggalah pkul 10.00am baru reda. Berangan2 untuk turun kekebun, namun apakan daya cuaca tidak mengizinkan. Berkurunglah didalam rumah semuanya. Cepat pulak terasa lapar bila hujan kan. 

Terlintas idea untuk masak lain sikit dari biasa..yang dimasak mungkin sekali setahun. Dhal Rice atau Nasi Dhal. Nasi yang dimasak bersama2 kacang dhal.

Dhal Rice ni dimakan kering jer tanpa sebarang kuah. Kalau nak lebih berselera tambahkan sedikit salad ataupun carrot. Tuan rumah makan ngan cili besar yang tersangat pedas dan juga telur rebus.

Nasi yang dimasak ringkas bersama2 chickpeas, ghee dan bebawang..alhamdulillah boleh memberikan selera sekali sekala makan..Makan selalu muak..:)

Yang ini pula anak borek.. cepat jer belajar. Orang amek gambar diapun sibuk nak amek gambar ngan kamera antiknya..heheh

Nasib baik ade yg nie kalau tak dengki ngan yg mummy punyer..hhuhuh

Korang nyer camera antik cam nie dah menjadi bahan antik atau sudah selamat menjadi ditasik buangan?


Saturday, 2 February 2013

Kaedah Menanam Ketumbar Bila Susah Tumbuh

Cuaca yang panas menyukarkan banyak tanaman untuk bercambah kan. Begitu juga dengan ketumbar..makin panas makin susahlah ia untuk bercambah. Bagi kawan2 yang minat menanam dikongsikan kaedah yang kami gunakan untuk menanam ketumbar bilamana cuaca tersangat panas dan juga gangguan2 dari sang katak yang turut menumpang di kotak ketumbar.

Kali ini kami tukang kebun menanamnya didalam kontainer pula.

Sediakan bekas yang agak sederhana besar, isikan dengan tanah sehingga hampir penuh. Kemudian taburkan ketumbar dengan rata pada permukaan.

Tutup dengan rumput kering untuk membantu mengekalkan kelembapan tanah. Siram sekurang2nya 2 kali sehari.

Seminggu kemudian ketumbar mula bercambah dengan giatnya.

Untuk mengurangkan kepanasan, letakkanlah bekas ditempat yang teduh (kami letakkan sebelah pokok lengkuas, untuk block direct sun).. dan juga tempat yang lebih tinggi agar sang katak tak dapat melompat kedalamnya.

Inshaallah tidak susah untuk menanam ketumbar. Janji benih yang fresh dan tanah yang sentiasa lembap dan persekitaran yang tidak terlalu panas. Selamat mencuba.

Nadi, Tourist Town - Part 2

Bersambung dari part 1.

Kali nie kita berjalan from shop to shop sambil mencari baju idaman en. Abuaidan dan melihat pemandangan di kaki lima..

Kesibukan locals dan tourists..

Juga 2 beranak yang cuba melintas jalan..

Memasuki sebuah gedung pakaian..Harrisons nie pun ade kan kat M'sia?

Bahagian pakaian lelaki..satu pun tiada yg berkenannya..

Sebuah kedai handricraft..bolehlah membeli souvenirs kat sini.

Pelbagai signboards kedai..

Chicken express nie katanya halal..namun pernah makan sekali tapi tak sedap..baik lagi buat sendiri..(hehe.konon)

MH Supermarket, satu2nya supermarket terbesar & byk brg import (dr M'sia pun ade jgk sikit2)

3 jejaka hensem menjaga information counter. 

Kalau perhatikan kedai2 mereka nie taraf  seperti kedai2 Jalan TAR lah..orang yg mementingkan standard susahlah sebab gadung gedung membeli belah yang high class mahupun middle class..semua sama jer...:)

Penat2 berjalan round bandar dan kedai, namun pakaian kerja yang dicari oleh en. Abuaidan tiada yang berkenan. Ummuaidan lagilah, kedai2 depa nie payah sikit nak jumpa barang yg berkenan dihati..alih2 balik tangan kosong jer..hhuhu

Begitulah serba sedikit pasal Nadi Town.. biasanya bila kami tak dpt brg yg dicari kat Ba Town , akan pergi ke Lautoka Town, takder jugak pergi ke Nadi Townlah... kalau tak jumpa jugak, jwbnya kena tunggu balik M'sia atau import ngan family kat sana..hhhuhu..
   

Friday, 1 February 2013

Nadi, Tourist Town - Part 1

Intro lah dulu : Nadi town.. diorang pronounce Nandi (tak dari mana bunyi 'n' yg takder dlm ejaan tuh. The 3rd largest city in Fiji Islands.  Salah satu bandar perlancongan yg utama di Viti Levu (nama panggilah utk pulau nie lah)...kerana berhampiran dengan pantai peranginan yang terkemuka seperti Denarau beach. (Denarau nie kira murahlah lagi dari private islands yang kecik2 yang mana lebih popular dikalangan rich westerners. mmg tidak mampu utk gie ke private islands gitu jer cam gi pulau redang atau pulau Langkawi..sbb teramatlah mahal). 

Terletak about 62km daripada Ba Town yang kami tinggal. Tapi kalau drive lebih jgklah sejam..(mungkin sbb Abuaidan selalu drive slow..). Actually we went to Nadi town ms cuti sekolah baru2 nie (bln December)..Abuaidan nak shoppingg baju kerja masa tuh..

Terperap lama gak photo2 nie dlm folders..tak per tak basi since town tu ttp cam tuh jgk..huhuhu..Layan sahaja gambar sambil cerita sikit2 dr tourist guide yg tak bertauliah nie...

Actually Nadi town nie bandar yang terletak lurus diatas jalan utama..amatlah sikit small streets in between yg mempunyai kompleks kedai..so nak jalan dlm town nie just jln lurus jer dari ujung ke ujung..
.
Jalan yg agak sibuk sedikit dan panas pun ada...

Shopping Kompleks dipersimpangan..


Antara kompleks kedai yang terletak dihujung jalan

Kalau kat M'sia mungkin taraf jalan TAR kot rsnya...

Kompleks yg byk menjual souvenirs dan juga ade halal restaurant utk menjamu selera..


Meenos ..nie kira gedung yang menjual pelbagai pakaianlah..namun taklah kena dengan selera kita biasanya..

Yang big building tuh namanya Prouds..kira taraf shopping kompleks lah bg depa..namun tak banyak choice jugak nak cari brg2...

Yang ini pun shopping kompleks jugak ..namanya Tappo..adelah jual baju jgk..

Tappo dari dekat

Bangunan yg lebih modern sikit..mungkin ade offices kat atasnya. Nampak aksi pompuan berani mati nak melintas tuh..heheh...

Mini bus around town

Bus klasik tanpa window..kalau hujan tarik jer curtain yg kat atasnya...

Ini pula dipanggil pick-up.. untuk ke sesuatu tpt yg lebih spesifik..


Banyak lagi photos nie untuk dipaparkan ...oklah we'll see in the next part....stay tune...:)

Nuffnang Ads