Hari sabtu yang lepas peladang suami adalah sedikit kesempatan untuk membersihkan ladang..memotong rumput serta membersihkan semak samun..sepetang jugaklah beliau ngan ladangnya itu.
Kemudian bila dah nak masuk maghrib, peladang suami pun masuklah kedalam rumah..kemudian beliau datang kepada peladang isteri,
" Masa bersihkan area dekat tebu tadi saya ternampak watermelon this big.." sambil menunjukkan saiz ngan tangannya..
"Malangnya..setelah siap potong rumput kat situ baru perasan akan watermelon tuh.."..tambahnya lagi..
"Apa...??? awak dah potong pokok tuh dari akar utamanya yer sewaktu memesin rumput...? Napa awak tak tengok betul2..iisshhh awak nie...rugi dan melepaslah gini...hmmm" kata peladang isteri dalam nada terkejut, sedih dan kecewa..
Inilah tempat pokok tembikai yang tumbuh sendiri menjalar..pokok tebu sebelah kanan tuh..masa amek gambar pun tak pernah terarah nak tengok kat pokok tebu tuh...apa punya peladanglah nie...
Lepas tuh cepat2 peladang isteri keluar tengok watermelon yang dikatakan oleh peladang suami tuh dalam maghrib tuh tak nyabar2 tuunggu esok..
Memang hidden btul buah tembikai tuh dipinggir tebu yang telah dibersihkan dah..pelik btul peladang isteri yang sentiasa dok jaga area tuh tak perasan pun..kalaulah peladang suami tak bersihkan semak disitu pasti tak ketemu sampai sudah..(gambar nie diambil keesokkan harinya..)
Esoknya peladang isteri pergi lagi ke 'site' nak tengok nasib buah tembikai 'treasure' tuh samada dah terpotong atau tidak dari main plant and root..too bad memang sudah terputus kasih sayang sudah..'maknya' telah selamat dipotong rapat...
So dalam keadaan kecewa tuh peladang isteri pun ameklah tembikai tuh buat masuk umah..nak tengok keadaan dalam kulit tuh..tapi takderlah nak expect lebih2 tengokkan buah tuh taklah besar sangat macam masih nak membesar lagi..
Inilah buahnya sebesar separuh dari tembikai yang biasa yang besar2 kot..maybe dalam 2kg lebih rasanya lupa nak timbang..mungkin variety yang kecik kot.
Dan ketika membelah tuh, peladang isteri dapat melihat warna kemerah-merahan dari dalam ..dia jadi sangat excited menjerit kegembiraan..bila dah terbelah tuh lagilah tersangat excitednyer...
Haaa...Alhamdulillah rezki tak disangka2..Allah nak bagi jugak walaupun sebijik dari pokok yang tumbuh sendiri..seedless, masak merah dan manis serta...hmmm memang sedap..:)
Walaupun yang ditanam sendiri tak pernah berjaya sampai berbuah masak gini, sekurang2nya dapat jugak merasa yang masak diladang dengan tumbuhnya sendiri..:) peladang isteri adelah jugak tabur baja.
rezeki yg tak disangka2...nampak manis bersari..
ReplyDeleteSalam Jumaat Ummu..
ReplyDeleteYA Allah..mmg betul2 rezeki Ummu & family...hihi..dapat gak makan tembikai dari ladang sendiri.... sedappnya makan time panas2 ni...:)
Salam perkenalan ummu....
ReplyDeleteDah agak lama jadi silent reader disini,cuma tak bersuara...hehe
Inilah rezeki yang tak disangka2...dapat jugak akhirnya setelah puas mencuba
alhamdulillah..memang rezeki tak disangka ni kak nor..
ReplyDeletedapat jugak merasa yer..
cantik plak tu isi..
DIA nak bagitau la tu, tu yang En.AAA tergerok ati nok gi nnebah..
waaaah mmg hiden treasure betul nih kak...rezeki tak disangka2.... yg penting manis kan...
ReplyDeleteAlhamdulillah... Ada rezeki.. (^_^) yg ari tue sy sedih juga bla baca nyer buah tak jd.. Gembira utk akak sefamili.. Nak tgk arissa makan buah tembikai.. (^_^)
ReplyDeleteAllah...untungnya u!
ReplyDeleteAlhamdulillah ada jugak rezeki merasa buah tembikai tu.. ;)
ReplyDeleteTeringat dulu masa bersihkan kawasan belakang rumah, tersembunyi sebiji labu elok tergantung kat pagar.. huhuhu.. sayang sebab sama kes macam UAAA ni lah.. :(
oh tembikai dah lama tak makan masih berpantang tak boleh makan :)
ReplyDeleteWAWAWAH....Tahniah, Berjaya akhirnya!!! Lepas ni tanam yg kuning plak yer...hehehe
ReplyDeleteAlhamdulillah dapatlah merasa tembikai dari kebun sendiri. Nanti tanamlah lagi.
ReplyDeleteAlhamdulillah UAA.... kalau ada rezeki tu tak kemana... elok jer merah isi tu :)
ReplyDeleteRezeki memang betul2 rezeki, nasib baik ummu teringat nak ambik dan potong buah tu.
ReplyDeletemerah makngah ..isi nyer..hihiii
ReplyDeletesalam UAA, Subhanallah....rezeki dari arah yg tak disangka2...sure manih tuh...
ReplyDeletepanas-panas ni makan tembikai. nikmatnya
ReplyDeleteTembikai karun kot namanya, tiba2 saja muncul. Apapun, alhamdulillah....
ReplyDeletewah rezeki yg x disangka2…. boleh la dinikmati oleh keluarga peladang sekeluarga… nyum nyum...
ReplyDeleteUmmu terliur nk mkn jugak ...dlm fridge ada tp x boleh mkn....bnda sejuk...sakit urat...untung rezeki x terduga...boleh byg rasa excited tu
ReplyDeleteAkak pun seronok tengok.. orang yg merasa lebih lagi la kan!
ReplyDeleteUAA, saya plak yg tersenyum2 sendiri baca entry ni. Mcm kisah yang belah tembikai dalam tu ada emas.
ReplyDeleteSo, tak payah la mula tanam timun dulu untuk berlatih dapat buah tembikai. *komen kat entry dulu* Ternyata, lepas ni perlu campak je biji tembikai ni.
Assalam. Pernah makan sayur kulit tembikai? mesti tak pernah. itu antara fav saya. Caranya mudah..buangkan kulit yg berwarna hijau, ambil bahagian yg keputihan tu jer. hiriskan macan hiris timun utk buat acar tu. masak rebus dgn serbuk lada hitam, tambah garam dan ikan bilis atau lebih sedap lagi tambah udang segar. Mkn dgn nasi putih panas. Sedaaap
ReplyDeleteThumbs up!! Alhamdulillah.Allah xkn kecewakn hambanya yg berusaha kan?akhirnya merasa ;)
ReplyDelete