Salam Eiduladha tuk semua pembaca blog yang budiman..
Alhamdulillah hari ini barulah turn kami tuk beraya setelah korang telah puas makan daging semalam kan..:)
Aktitivi sehari sebelum raya, dikala menunggu raya..menunggu2 daging jugak heheh..buatlah menda telur campur minyak nie..
Pertama kali membuatnya dulu kalau tak salah 2 tahun yang lepas. Tak pernah dibeli disini...sebabnya kehalalannya tidak dapat dipastikan dan juga penggunaannya adalah tidaklah sekerap mana seperti peanut butter atau marjerin..kalau ade resepi yang memerlukannya dan juga berbaloi untuk dibuat barulah dibuat..bukan apa,homemade nie takde pengawet seperti yang komersial..dalam seminggu jer boleh tahan.
Alhamdulillah hari ini barulah turn kami tuk beraya setelah korang telah puas makan daging semalam kan..:)
Aktitivi sehari sebelum raya, dikala menunggu raya..
Pertama kali membuatnya dulu kalau tak salah 2 tahun yang lepas. Tak pernah dibeli disini...sebabnya kehalalannya tidak dapat dipastikan dan juga penggunaannya adalah tidaklah sekerap mana seperti peanut butter atau marjerin..kalau ade resepi yang memerlukannya dan juga berbaloi untuk dibuat barulah dibuat..bukan apa,homemade nie takde pengawet seperti yang komersial..dalam seminggu jer boleh tahan.
Namun begitu pernah jugak cuba buat lagi selepas percubaan pertama yg terus berjaya tuh..namun mungkin kerana tidak teliti dan nak cepat, maka tidaklah berjaya.
Kali ni tidak putus asa cuba buat lagi sebab ade beberapa projek nak memasak yang memerlukan mayonis nie..so kena study cara membuatnya dengan teliti agar tidak spoil lagi...
Murah jer kos nak buat sendiri nie.. 3 biji telur (amek yang kuning), secawan minyak sayuran (kalau pakai olive oil lagi sedap,namun mahallah),dalam2 sudu besar cuka,garam secukuprasa serta sesudu besar jus limau. Masa untuk menyiapkan dalam 15 minit jer kalau dah paham betul2 caranya..
Disebabkan blender yang sesuai nak buat nie rosak, maka kali nie guna mixer jer penat woo tangan dok handle mende nie.Guna 3 biji telur, amek yg kuning jer putar dalam 1 hingga 2 minit (guna speed rendah), masukkan cuka sesudu, kemudian diputar barang setengah minit lagi. Kemudian part yang paling mencabar dan penat sikit adalah untuk masukkan minyak setitik demi setitik dengan speed yang paling laju sehingga adunan menjadi lebih pekat atau creamy (ini dalam 1/4 cawanlah)..kemudian barulah dimasukkan dengan konstan iaitu boleh masukkan sesudu teh slowly sambil mixer/blender terus berputar..masukkan jugak sesudu cuka lagi..bila dah habes campur minyak, pekat dan nampak cam the real mayonis, barulah masukkan jus lemon dan garam secukup rasa.
Guna mixer penatlah sikit tangan dok putar kalau banding guna blender..somehow dalam 15minit kemudian siaplah sebotol mayonis buatan sendiri, tanpa sebarang pengawet..(label botol tuh tak buang..bukan jam tuh yer..)
So mana lebih bagus, buat sendiri atau beli sendiri dikedai? Kalau beli kat sini regenya dalam $8.00/ RM+/-14.00. kalau buat sendiri kosnya baru tak sampai RM3.00... yang pentingnya kerajinan tuk membuatnyalah kena ade..:)
p/s - nak detail lagi cara buatnya boleh jer gugel dan tengok youtube camaner orang buat..lagi mudah paham.
Lebih jimat buat sendiri kan Ummu. yg ptg rajin je :-)
ReplyDeleteSalam Aidiladha Ummu!
itu lah untungnya kalau duk tempat org, yg tak tau pun diusahakan supaya menjadi...hehehe
ReplyDeletesenangnye buat mayonis. Boleh cuba la ni nanti. Cuma part nak letak minyak setitik-setitik tu mcm berdebor skit nak buat. Heheh. Kalau saya buat, mungkin nak tambah gula skit. Bagi rasa manis skit je. Kalau letak dlm fridge pun tahan seminggu jugak ke?
ReplyDeleteUmmu memang rajin. Kalau kakak memang tak terbuatlah ummu dah memang pun tak pernah buat. Bila kakak tengok betul-betul sama dgn mayonis biasa. Lagi baik sebab tak ada pengawet. Untuglah Aidan makan semua yg fresh belaka..
ReplyDeleteSelamat beraya haji ummu. Kami dah hari kedua di sini.
Rajinnya Ummua Aidan, Arissa ni..hehe..
ReplyDeletekat sini senang dpt & InsyaAllah halal, tu yg suka main beli je...hehe...
Tapi yg buat sndiri msti lbh sedap & fresh lg kan...
Salam Aidil Adha di perantauan....:)
bahan mudah tapi nak buatnya kena sabar sikitlah nak dapatkan hasil yang sedap.. ;)
ReplyDeletesian ummu..sumer nak kena buat homemade..pestime ni zee tengok cara buat mayonis..tak pernah terpikir pon nak buat sendiri..senang and simple jer rupanya..tapi kadang yang senang tu la payoh..
ReplyDeleteApa benda pun buatan tangan sendiri juga yg terbaik, lebih menjimatkan, lebih sedap, lebih natural....Yg menjadi masalahnya ialah kekangan masa dan sifat rajin dan usaha...
ReplyDeleteEH.. best la pandai wat mayonis sendiri.. memang penggunaan mayonis dlm family nani pun agak kurang.. sebotol kecil tu ada kalanya pakai tuk sebulan.. kadang2 je pun kalau wat berger sendiri atau cowselaw.. hmmmmm nampak mudah dan bajet.. ada masa nak cuba lah kalau kerajinan... hehehehe
ReplyDeleteSalam UA, selamat menyambut aidil adha buat ummu n family....lambat se ari ye..
ReplyDeleteSalam Aidiladaha untuk UA sekeluarga...dari Bunda..
ReplyDeletetabik spring kat UA ni... mayyonis pun pandai buat sendiri.... rasa macam nak cuba buat jugak la... boleh guna kuning telur lebihan pavlova...
ReplyDeleteSelamat beraya UA :)
Salam perkenalan... Seronoknya pandai buat sendiri mayonis.. Leh nak try jugak nanti...
ReplyDeleteAsalam UA..mmg dah lama berangan nak mncubanyer..cuma tak brape nak konfiden. ..ni da ada sifu leh lah cuba cuba try..pelanggan dah sedia ada nii
ReplyDeleteAssalam kakak. Salam kenal. akak, Sy sgt kagum... Mujur skrg tgh outstation, kalau x mmg dan2 sy buat mayonis nie.
ReplyDeleteSenang rupanya nak buat mayo nie nak try nanti
ReplyDeleteSenangnya...bolehla try :-)
ReplyDeleteYayyy menjadik. Bagu terus kan beusaha sampai berjaya :D macam mudah jr step nya, tapi nak kena gigih dan sabar jer la yer.
ReplyDeleteSenang je rupanya nak buatnya yeh UA.....tapi oleh kerana senang nak dapat kat sini...tu yg jadi pemalas hehe... tunggulah OKje bermastautin kat Fiji nanti hehe
ReplyDeletedulu akak buat potato salad...dek makan byk sgt,perut tgh kosong...termuntah2 jadinya...sampai sekarang tak boleh tgk mayonise hehe...
ReplyDeleteSalam Ummuaidan,
ReplyDeleteSenang sangat rupanya buat mayonis ni! Tentunya home-made lebih bagus, cuma x tahan lama je, kena cepat2 perhabis.
Tabik spring la ummu...life survival jadi kenalah usaha lebih bila nak guna.
ReplyDelete