Wednesday, 1 August 2012

Temporary Green House

Assalamualaikum..

Bila kita tinggal dinegara panas dan menjadikan berkebun aktiviti yang serius, salah satu masalah yang dihadapi adalah cuaca yang panas menyebabkan sayuran hijau susah nak membesar dengan sihatnya. Salah satu alternatif adalah dengan menanam dibawah greenhouse atau greenshade untuk meminimalkan cahaya matahari yang diterima oleh sayuran.

Salah satu lagi masalah yang kami hadapi  dekat sini adalah time harvest tebu dan kilang mula beroperasi siang dan malam. Hasilnya..too much dust and dirt on the plants. consequences? tumbesaran boleh jadi terbantut, contohnya pada kobis..lihatlah perbezaannya;

Ini adalah kobis yang telah terbentuk dengan sempurna seberat 1kg, perhatikan pada kelopak atas berbentuk sepert topi manakala bila ditekan terasa padat.
Ini pula kobis yang terbantut pembentukannya disebabkan kesan dari kilang tadi - lapisan teratas tidak cantik bentuknya manakala bila ditekan terasa tidak padat dan longgar.
Yang ini pula kobis yang sedang terbentuk tetapi sudah kelihatan kekotoran dari factory mula menyelubungi dibahagian luar yang masih muda kelopaknya.

Jika mengambil kira masa untuk mengutip hasil kobis adalah lebih 4 bulan, dengan effort untuk menanam dan menjaga, tidak berbaloi jika semuanya ends up dengan hasil yang terbantut.

Memikirkan tentang masalah ini, so saya decided to cover 2 batas kobis yang mula membentuk nih dengan temporary greenhouse. Since Abu Aidan is very busy lately with his school works, voluntary organisation works dan etc, so have to use tenaga sekerat seorang ni sahaja. dan dalam masa 1 jam..

Materials and equipments :
  • The greenshade- about 5m long. Yang paling penting dan perlu ada. This one we've been using  it for more than 10 yrs already, jenis heavy quality, panas atau hujan memang tak rosak atau koyak. Abu Aidan bought it about $11 permeter.
  • 2 pieces lebihan dawai pagar (Lenght 5m, width - 2m). pun dah lama usianya. .
  • Kayu2 untuk buat tiang dan turus, pun yang recycle.
  • Last, hammer untuk kerja2 mengetuk.
 
Steps:
  • Lembutkan tanah tempat yang pacak tiang, tanah terlalu keras, jika tak dialirkan air terlebih dahulu memang tak boleh nak tembus kedalam walupun ketuk sekuat mungkin dengan hammer. Bila dah lembutkan tanah dengan air, ketuk dengan hammer memang senang tembus kedalam tanah.
  •  4 tiang dipacak disetiap bahagian. Buat yang rendah jer supaya dapat tutup lebih banyak ruang sikit.
  • Kemudian letakkan palang2 diatas tiang2 yang telah didirikan, ini sebagai sokongan kepada dawai yang akan diletakkan diatasnya. Tak payah paku atau ikat sebab temporary jer lagipun jika tiang dah cukup kuat untuk menyokong ia takkan runtuh begitu mudah.
  • Kemudian dawai diletakkan diatas palang2 tadi..2 keping cukup cukup. nasib baik sebab saya main agak jer tanpa mengukur terlebih dahulu..
  •  Kemudian letakkan the greenshade atas dawai tadi, dawai terlebih tak apa asal greenshade dapat tutup area yang kita nak cover tadi.
  •  Jika takutkan  greenshade kena terbang dek angin letakkan beberapa kayu diatasnya.
Pandangan pokok2 yang berada dibawah greenhouse- just nice and enough for them to grow, inshallah.

So siaplah temporary simple greenhouse yang boleh dibuka tutup anytime. Masa yang diambil dalam 1 jam. Alhamdulillah. moga Allah protect the plants..
.
For those who take gardening seriously sebagai sumber sayuran dirumah tidakkah rugi untuk invest membeli greenshade ini kerana ia memang bermanfaat dan tahan lama sampailah lebih dari balik modal yang dilaburkan.

10 comments:

  1. smga kobis akak jd gemukkk dan sehat!takla trasa letih sbb hasilnya insya Allah ok. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tima kaseh unty yut..kalau awak dok dkt2 tiap2 minggu akak bg awak, inshaallah

      Delete
  2. Banyak lah kubis tu.Kalau tengok rupa jenis tanah lebih kurang je dgn tanah di tempat akak ni, tapi kenapa benih kubis tak pernah menjadi ketika disemai, kalau tumbuh pun dia jadi macam pokok sawi, lurus je daunnya,tak nampak macam kepala pakai topi tu..

    cuaca jenis panas lembab.Terangkan sikit ummi..

    ReplyDelete
  3. kobis tuh sebenarnya tanam berterusan, sekali tanam tanam 10 jer..lama2 jd bykla..
    benih tak menjadi ketika disemai sbb mungkin benih lama..sy selalu kene camtu..tpi bila beli benih yg baru..mmg cepat tumbuh..

    kak..sy rs boleh tanam wpun bukan pd cuaca sejuk..tgk blog mylittlevegegarden depe tanam kobis..tapi dpt hasil yg kecik jerr..sy pernah cuba tanam dlm musim panas..tp dlm greenhse la kak..

    kak..mcm pokok sawi tuh sampai berapa lama tanam? biasa mula 'folding' lps umur 2 bln kalau cuaca sejuk..kalau dlm cuaca panas lambatla..

    ReplyDelete
  4. bagus la inovasi akak ni. menarik. mungkin boleh cuba guna jaring yang buat elak nyamuk masuk rumah. tebal sikit la tapi. boleh letak semaian kat luar kalau ada mini greenhouse mcm ni

    ReplyDelete
  5. boleh..tebal tak per ..janji boleh buat halang 50% heat drp sunlight pun ok..kalau rajin cuba2 check kat hardware shop mahal tak..

    ReplyDelete
  6. a lot of effort..power tu ..sejam dah siap...well planned work..alhamdulillah dimudahkan Allah siap kerja2 nya..nak sahur jap lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baiknya kak mar..sahur2 pun sempat jgk kita.. thanks kak mar, kadang semua kene buat nanti tunggu 'bos' yang sentiasa sibuk,berkurunlah jwbnya..

      Delete
  7. Hebat ah u sis! sejam dah siap. super efficient! i tak ada luck nak tanam kubis la. asyik asyik semai tak jadi. urs one really look nice. Kalau la kobis dah tak suka kat kekotoran kilang tu, effect kat org pula??

    ReplyDelete
  8. olive..practice makes perfect ..hehehe... i think seed yg u bought to must be old seeds that's why tak menjd...happened to me..yg factory tuh dust too much cause they have to burn sugarcane before proses.. that's why kotoran tu more like ashes. kat orng so far not that serious...

    ReplyDelete

Harap maaf sekiranya jejak anda tidak mendapat kunjungan balik yea,..mana2 komen yang berbentuk pertanyaan inshaallah akan cuba dijawab sebaiknya..kalau tak sempat tuh mintak maaf banyak2lah yer..:)

Nuffnang Ads