Tomato yang ditanam pada penghujung bulan April yang telah membesar dah berhasil seiring dengan musim tomato disini (iaitu dalam musim yg lebih sejuk) akhirnya telah mencapai kematangan dan tempohnya ..
Setelah 4 bulan membesar dan mengeluarkan hasil yang agak menggalakkan, pokok mula mengering, setengahnya telah mati..
Buah-buahnya pula kelihatan tidak begitu segar dan memberangsangkan, warna juga tidak seelok ketika pokok masih segar & rancak berbuah. Salah satu sebabnya buah masak pada pokok atau dahan2 yang telah mati, maka tidak mendapat nutrient yang secukupnya.Namum begitu, musuh nombor 1 masih juga menjadi pemenang setiap hari malah lebih advanced, belum masak lagi sudah ditebuknya,
Memandangkan ini adalah pengakhiran musim sebenar tomato juga, hasil2 terakhir yang dikutip agak banyak kerana buah masak agak serentak. Untuk dihabiskan dlm beberapa hari mungkin tak terdaya, jadi bakal berada dalam 'deep freezer' untuk simpanan..
Alhamdulillah dengan perancangan penanam berterusan, satu lagi batch tomato yang telah ditanam pada awal bulan June telah mula berbunga dan berbuah. Walaupun musim sebenar tomato hampir berakhir, sekurang-kurangnya beberapa pokok tomato dari batch ini diharapkan dalam memberikan sedikit hasil, walaupun tak sebaik dalam musim sekurang-kurangnya kami tidak perlu mendapatkan bekalan dari market untuk kegunaan dapur..
Dan menyusul juga anak2 tomato yg telah disemai hampir 2 minggu lepas sebagai penyambung warisan kepada batch yang mula berbuah,
Inshallah setelah anak2 tomato ini dialihkan, mungkin akan mencuba menanam tomato dari varieti yang lain yang dikatakan agak sesuai dengan cuaca panas.
banyaknya buah tomato.
ReplyDeletePernah tak proses sos tomato sendiri?
kalau pernah kongsikan cara nya ya.
tak byk sangat tuh kak kalau tgk nak dibanding dgn yg lepas..pernah nak cuba buat..tapi byk sgt mehtod kat internet last2 malas nak pikir.heheh
Deletepetik.. basuh.. makan.. ;)
ReplyDeletefresh dari kebun kecik.. ;)